Permulaan sesi pemakanan secara sehat dan berhemah bermula semalam. Punyalah berkobar-kobar semangat aku nak membuang lemak. Takde tangguh-tangguh dah. Kalau tangguh nanti entah bila entah bermula, maka start je dari sekarang.
Kalau selama ni, bermula selepas raya tahun lepas, malam je mesti aku balun makan nasik. Tu belum kira breakfast nasi dagang, lunch nasi campur. Sehari 3 pinggan nasi aku amik. Macamanalah badan tak melebar. Pantang kurus sikit, terus lupa diri. Bila seluar baju dah mula sendat baru nak insaf. Huhuhu, biasalah.. tengok makanan sedap-sedap bukan senang nak menahan nafsu. Semua teringin, dah la memang kaki makan kan. Ingat senang nak pandang je. Harus aku jamah sikit, dah rasa sikit.. tangan bukan reti tak menambah. Lagi-lagi bila tengok makanan banyak, tak tambah kang tak habis. Tak baik membazir.
Mencipta alasan memang seronok.
Tapi malam tadi aku betul-betul berazam, tak mahu ambik nasik sehingga aku betul-betul puas hati dengan pengurangan lemak di badan. Walaupun suami aku tu kata 'jangan lah tak makan, kurangkan je nasik tu' Tapi aku tak percaya kat diri sendiri. Takde istilah sikit la kalau dah makan nasi. Baik tak payah amik langsung. Bila dah rasa sikit, kang teringin lebih susah. Boleh jadik kempunan. Baik jangan jamah langsung.
Salad Udang
Tapi nasib baik sedar diri, separuh mangkuk makan 3 beranak. Eisya pun suka, tapi udang je lah. Aku bagi telur ngan kentang dia keluarkan balik. Hulur udang pantas je dia bukak mulut, siap 'lagi' Abah dia pun sama, udang je yang dikerjakan. Tapi nasib baik memang melambak aku letak udang tu. Memang puas lah bersalad kami anak beranak semalam.
*nasib baik google dihujung jari, taip je. melambak-lambak pilihan keluar. senang jadik bini zaman sekarang
huhuhu..pasnie kurus balik ah dayu mcm mase lps pantang dulu...
ReplyDeletedapat badan macam lepas pantang memang syiok lah. habis semua lemak-lemak kat badan. muka pun kurus.. perrghh.. mengidam ni
ReplyDeleteHihi..lawak la ko ni dayu..suke aku bace entry ko pg ni..
ReplyDelete'mencipta alasan mmg seronok' ekekekekeee....i lioke..!
Btw, ko nk tahu rahsia maintain langsing aku x,walaupon anak ke2 aku dh 8bln dh..meh aku share..tp rasenye mmg sume org pon dh tahu kot..
1st makan nasi tp time LUNCH jew
2nd mnum air SUAM jew, air sejuk CANNOT
...tu je rahsia aku, huhu...smpai la ni berat aku masih mcm anak dara 39kg.
(psst; tp factor lain yg membantu aku kekal langsing juga adalah mempunyai 2 org anak lelaki yg rapat selang setahun dan apartment yg tdk mempunyai lift dan tggal di tingkat kedua plg atas,sekian!)
good luck dayu..=)
ReplyDeletegudluckkkkk......kite pon nak diet balik
ReplyDeletego go go dayu
ReplyDeletediri sendri blum tergerak lg ni, malam td makan nasi ayam huhuhu
ni jeles ni, org yg dh kurus beria2 diet, kite ni T___T
ReplyDeleteorg yg dah kurus?? sape?? sape??
ReplyDeleteDayu sy penah try makan sup sayur/tomyam campur je mmg berhasil..diet karbo kot namanya sbb xmakan nasi.. :)
ReplyDelete