11 January 2012

Kami Accident!!

Terlalu banyak yang berlaku 3,4 hari ni. Dari peristiwa bersuka ria, bergelak ketawa bersama kawan-kawan membawa ke duduk melanguk mengenang nasib. Lumrah hidup rasanya. Asyik beriang ria je, takde peristiwa duka kang lupa diri pulak. Maka, be positif. Pasti ada hikmah di segala kejadian yang berlaku. Ye, semalam 10 Januari 2012 kami terlibat dalam kemalangan berantai. Tapi aku nak panggil kejadian tu upacara 'cium-mencium' beramai-ramai di pagi hari. Barulah muhibbah.

Senang citer, semalam kami anak beranak accident. Merasalah kete berdentum depan belakang. Depan sikit je, sebab Ekwan katanya berjaya lah jugak brek emergency lepas dengar aku menjerit. Tapi kereta belakang hentam memang super kuat lah. Rasa dia tak brek langsung kot. Dia punya kuat tu sampai merasalah aku hantuk kepala kat cermin kereta sampai retak. Memang kuat. Tapi aku memang tak sedar bila aku hantuk cermin, tahu-tahu berdenyut-denyut je dahi aku.

Tapi kesian Eisya, 2 kali dia tercampak hantuk radio. 1st impact tu, dia tengah berdiri celah kerusi antara aku ngan Ekwan. Maka, bila abah dia brake emergency, harus budak tu tercampak. Aku tak sempat nak sambut dia terus merasa hentaman kali ke-2. Menjerit-jerit dia. Terkejut mungkin. Sakit pun iye. Tapi bila fikir-fikir balik, bagus gak aku tak pegang dia. Biar dia terhantuk radio. Kalau aku pegang dia time aku terhantuk cermin tu. Agak-agak macamana keadaan dia, silap-silap badan aku terhenyak badan dia kat dashboard. Tapi Alhamdullilah, takde yang cedera. Lebam takde, benjol pun takde. Memang bernasib baik. Biarlah kereta remuk depan belakang. Bak kata abang ipar aku 'kereta boleh beli baru, orang tak boleh' Betul..betul.. tapi sayu wehh tengok kereta jahanam macam ni.

kereta yang memulakan upacra cium-mencium beramai-ramai di pagi hari ni.

diikuit oleh mangsa seterusnya iaitu kami

dan ini dia kereta yang hentam kami umpama tiada esok hari. punyalah kuat

Bila accident ni memang leceh kan, urusan nak ke balai. Nak tunggu kereta siap repair. Ni nasib baik ada kereta lagi satu, kalau tak ke menyusahkan urusan nak gi kerja semua. Cerita tentang police report ni, hangin jugak aku bila ada yang nak pakai kabel segala. Kalau dah memang salah, dah kalau memang kau yang akan kena saman, terima je lah. Tak payah nak putar belit kenyataan, nak salah guna kuasa nak buat jangan 
sampai kau yang kena saman. Sila jangan. Kalau sampai keputusan report tu nampak sangat ada yang tak kena, merasalah aku query macam-macam. Bukan senang jadik pegawai kerajaan ni. Orang sekarang dah bijak pandai semua. So tuan inspektor, sila jangan salahguna kuasa anda ye. Tak kira lah dia tu siapa.. yang salah tetap salah ye.

Bila aku laporkan status diri pagi tu, ramai yang memberi respon. Rasa terharu pulak bila orang amik peduli tentang kita, doakan kesejahteraan kita. Rasa dihargai. Terima kasih ye semua.Keprihatinan kamu sangat diingati.

selamat berpisah buat sementara wahai EG.. kami akan merindui kamu. 

*Cha macam tak fobia je. selamba je dia pagi ni berjoget-joget kat seat belakang. bila aku nak amik mengamuk-ngamuk dia marah. tak serik ke anak weh?? ibu dia ni je yang trauma, asal Ekwan brake lambat skit je aku dah menjerit-jerit
* it's might not a good start for 2012, but there can be something good is waiting ahead (:

12 comments:

  1. laa..nasib baik takde yg serius ek. Takpelah..ada hikmah semuanya.dapat lah kete baru pasnie ek ;)

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah nasib semenya selamat....dayu..mun rasa car seat tue penting untuk cha....risau pulak mun kalau tetiba xcident anak tak duduk dlm car seat..leh tercampak keluar tau....

    ReplyDelete
  3. kete ekwan yg kena ek? seb baek ade myvi lagi..huhuhu

    stukur semua org selamat =)

    depan kelisa, blakang pon kelisa. power benar mcm...kohkohhh

    ReplyDelete
  4. fuhh parok kene tu, depan blkg tu, seb bek slamat, aku pernah alami kejadiaan yg sama, huhu smpai skrg aku xtukar pun cermin depan tu, biar jadi kenangan smpai bila2 & nk tunjuk kat org betapa kuatnye kepala aku smpai retak cermin tu, kehkeh

    ReplyDelete
  5. Letak cha dalam car seat weh! Bahaya!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semua selamat..cha sama cam ammar masuk keta duk lompat joget2 bukannya nak duk diam2, moga dijauhkan jadi perkara gini..

    ReplyDelete
  7. adoii nasib korg xde ape
    kete rosak bleh repair kan..
    kalo aku pn fobia wei
    huhu

    ReplyDelete
  8. ni namanya...sandwich...huhu
    kene depan belakang..jd sandwich kt tengah...

    yg penting semua selamat..

    apekah punca sebenar?

    ReplyDelete
  9. syukur selamat semuanya dayu... :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah,
    awak sekuarga tade pepe..
    nk2 lg anak yg terhantuk tu..

    tp mcm tula, kl sy fobia la awal2 ni..
    malang tak berbau, kite dh berhati2.. org len plak..

    ReplyDelete
  11. uish bahayanya... so Eisya mcm mana? ok? next time pakai la seatbelt blakang... :D

    ReplyDelete