Kalau pergi, sila order Satay Daging 100 cucuk. Hahaha.. senang, sekali order je. Kalau dah order 50 cucuk, pastu tiba-tiba tak cukup, merasalah menunggu semula. Kedai sentiasa penuh okay. Kalau hari cuti lagi lah. Merasalah berdiri luar kedai, orang bangun je serbu meja. Satay daging dia memang nyum nyum!! Selain tu ada jugak menu lain. Mee bandung dia pun terbaik!!
Aku siap tak makan apa-apa dari petang, sebab dah set, malam tu nak isi perut dengan satay semata-mata.
Satay di atas api
Satay 100 cucuk, RM0.60 secucuk. Nasi impit + timun + bawang RM 2 sepinggan. Habis dalam masa tak sampai 15minit.
Selepas 10min. Segan-segan lak nak perhabiskan lagi 3 cucuk. Habus 3 cucuk, terus tambah lagi 20 cucuk. Memang giler melantak lah malam tu.
Kat mana kedai Wak Radol ni?
Orang JB patut tahu lah. Tapi bagi yang sekali sekala datang JB, kedai satay Wak Radol ni terletak kat tepi highway Pasir Gudang, kat kawasan Kempas. Kalau lalu kat highway tu, tiba-tiba nampak kedai makan, ada lampu-lampu tepi jalan. Kereta berderet-deret tepi jalan. Kedai Wak Radol kat depan tu lah. Pergi time cuti, malam tahun baru. Merasalah menapak 300m (anggaran aku je) dari parking ke gerai Wak Radol. Tapi sanggup.. dari jauh asap satay dah membelai muka kau..
Datang JB jangan lupa singgah tau.
Hah, kepada warga JB, 8hb ni boleh lah beramai-ramai gi serbu kedai Wak Radol Ada apa entah, tapi banyak pulak banner dia tergantung kat Kg Melayu, suruh datang beramai-ramai gi kedai Satay Wak Radol 8/1/2012. Wak Radol buat makan-makan sempena tahun baru kot (:
tgk satay ni teringatkan kesedapan hanis satay kt ampang.70sen secucuk
ReplyDeleterindunya nak makan sate nie..dulu arwah mak long ada rajin elly p jb..semata2 nak makan sate nie..skang ni je..dah dekat 5 tahun rasa tak p jb
ReplyDeleteOrang Jb yang ini tidak tahu satay wak rodol ni, harus cuba lain kali...banyak tu 100 cucuk. brapa orang makan dayu?
ReplyDeletememang terbaek satay wak radol ni...baru jek pi kedai dia masa balik jb baru ni..dtg lewat sikit jek memang kempunan la..nak2 time cuti..masa kami gi tuh tggl 30 cucuk ngam2 utk kami ;p
ReplyDeleteaku masih tak berkesempatan nak menyinggah. sbb die tepi hiway, itu yg kalo terlepas, aku tak kuasa nak patah balik.
ReplyDeletedulu saya dah masuk entri wak radol....sekarang baru jer upload pics masa makan kat satay hj samuri di shah alam baru2 nih. Not bad. Kuah dan sambal lain dari yang lain.
ReplyDeleteSenang2 jenguk blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan...makan :) Kebanyakan review restoren2 menarik di area Johor maklum la orang JB kan tapi tempat2 lain pun ada.
Jangan lupa follow yer blog saya TQ bebanyak.