20 January 2012

Keberkesanan

Bukan nak promosi, bukan nak promote. Takde saper pun suruh. Ni entry promo sendiri, hasil dari kesan positif yang sendiri perolehi. Tu yang rasa yakin nak kuarkan entry berunsur testimonial ni, Kalau tak, takut juga. Kang kata lebih, tapi hampeh. Sendiri gak malu nanti.

Alhamdullilah, dah hampir sebulan aku amalkan amik 2 biji VCO Softgel dan sepaket Collagen. Sepatutnya makan collagen ni malam-malam sebelum tidur, tapi sebab aku ni selalu sangat lupa. Selalu sangat tertidur awal, esok pagi bangun baru 'alamak!! lupa makan collagen' *dah 4 hari ok lupa* Nak tak nak, bukak peti ais, tuang jus guava dalam cawan, bancuh collagen. Telan la subuh-subuh hari. Hahaha.. memang ikut suka aku je. Ye, ye..aku suka bancuh collagen tu, sebab lidah aku macam tak berapa suka telan serbuk tu gitu-gitu je.

Perubahan takde lah ketara sangat. Kalau tetiba terus hilang segala parut jerawat kat dahi aku ni, memang lah penipu namanya. Ajaib sungguh. Tapi kesan tu memang semakin pudar. 

gambar bertarikh 20hb Januari 2012
Gambar kat atas tidak melalui sebarang proses 'editing' Transfer terus dari BB, dan terus upload. Senang keje aku sekarang. Lepas ni tak payah susah-susah bukak Photoshop ke Photoscape ke nak buang parut jerawat (:

Tapi tidaklah kesan tu lenyap terus menghilang diri. Masih rasa sayang nak tinggalkan ruang muka aku tu. Adalah jugak lagi. Kalau tengok dekat-dekat, lepas basuh muka. Memang ada lagi. Maka, aku berharap dengan usaha dan kegigihan aku serta kesanggupan melaburkan wang untuk makanan tambahan ni. aku dapat merasa kembali muka suci murni tanpa parut jerawat semasa muda belia dulu. Amin. *baca selawat 3 kali sebelum makan boleh tambah kesan positif tak??*

teman karib masa kini. tapi selalu lupa nak telan yang paket gold tu. tapi kalau lupa lambat skit stok habis. hahaha

*bila umur nak masuk 30 ni, terasa macam harus pulak melabur duit untuk kesihatan diri lebih sikit. 


6 comments:

  1. mmg nampak perubahannya dayu. keep it up!!! =)

    ReplyDelete
  2. next month up lg entry keberkesanan nya yer. kita tgk camne

    ReplyDelete
  3. ramai dah mun bc testimonial orang....nak cuba tkt tak menjadi..tapi bile dayu wat entry nie....terus rasa yakin nak cuba

    ReplyDelete
  4. aku pun sama dayu. tutup mata jela labur duit nak ilangkan jerawat =(

    ReplyDelete
  5. salam pkenalan pd dayu & all the bloggers...

    yup,bl umo dah meningkat plus sibok uruskan anak+hubby...kesihatan diri pun kne laa jg...so knelaa melabur skit$ utk bli vit/supplements and all those related to health:)

    nak ty,collagen utk bli dr mn & under apa brand yerk???coz cam pnah nmpak laa before this tp xingat kat mn or dimn????

    P/S ~ dayu,actually i am your silent reader since u blum kawen smpailaa dah ada anak:)...ske bc blog u...

    ReplyDelete