12 January 2012

Anak ibu dah besar

Eisya adalah penggemar bintang berbulu. Asal nampak, mesti dia nak datang dekat. Pastu cuba-cuba beranikan diri nak pegang. Dalam-dalam takut tapi teruja. Lebih-lebih lagi kucing. Yelah, dah kucing je yang asyik jumpa. Kucing la yang paling dia jatuh hati. Mungkin juga sebab masa mengandungkan dia dulu aku suka main kucing kan, tido ngan kucing. Tu yang dia pun berkenan sangat kat kucing.

kucing jumpa kat Balai Polis Petaling Jaya. Sementara tunggu abah selesai buat report, Eisya main lah ngan 'cat' ni. Nasib baik cat sporting, rajin nak layan kerenah budak kecik ni.

Tak kira lah, kucing terbiar tepi jalan ke, kucing parsi bulu kembang lagi dia geram. Tapi bila dia geram nak pegang 'dog' aku geleng kepala je. Tak dapat menangis pulak tu. Eisya.. Eisya.

Last week bawak dia gi menghilangkan bosan. Nak bagi dia main gelongsor puas-puas sebab aku geram tengok dia buat lorong untuk wheelchair tepi tangga tu jadik gelongsor. Habiskotor seluar jadiknya, orang tengok macam comel la kononnya. Ibu dia ni mengeram je dalam hati. Bila dimarah, tak kasik main dia ngamuk. Sudahnya, main la. Main lah puas-puas. Tu yang petang esoknya, terus bawak dia gi playground. Gelongsor la sampai puas, jangan tertonggeng sudah. Tapi sekarang Cha suka slide berbaring.. entah mana dia belajar.


Kebetulan ada budak bawak anjing dia amik angin petang time tu. Terus mengelupur anak aku nak gi kat dog. Asyik lah 'dog!! dog!!'

puas tarik tangan ibu ngan abah suruh bawak dia gi dekat ngan 'dog'. dah dekat macam ni pun tak puas hati lagi, tetap gak tarik tangan nak pegi pegang dog. seronok bukan main dia dpt tengok 'dog' besar depan mata. bila dog balik, dia nangis. hahaha..kelakar okay Eisya


budak ni rilek je turun slide, ibu dia yang gelabah

main buaian pun nak duduk sendiri sekarang. tak nak kongsi buai ngan ibu.. 
huhuhu. besar sangat dah lah tu konon.

Hhhmm, Eisya dah besar! Dah banyak benda dia boleh buat sendiri. Lepas makan dah pandai hantar pinggan ke sinki. Dah tidur sendiri sekarang. Walaupun kadang-kadang macam 'kesiannya nak biar Cha tiso sorang-sorang' Tapi gagahkan juga diri masuk bilik tinggalkan dia. Dan sejak dia dah pandai bagitau bila nak 'melepas hajat' kami dah mula potty train dia. Macam comel je tengok dia duduk bertenggek kat toilet bowl tu, tersipu-sipu sengih, pelik tengok ibu ngan abah dia tercongok depan pintu bilik air tunggu dia membuang, sudahnya terbantut hajat budak tu.. Hahaha..

Eisya dah besar!!

14 comments:

  1. cepatnyaaaaaa masa berlalu. dah jadi anak dara dah cha :D pandai pulak tu.mcm2 da bole buat sendiri.good job girl :')

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, nak tanya kat mana beli susu dulac LF 800g tu...tengah cari susu nie. tq

    ReplyDelete
  3. yerp..anak kite dah besar..seme boleh buat sendiri..rasa rindu die masa kecik-kecik dulu..cepatkan masa berlalu....

    ReplyDelete
  4. dayu jgn kasi cha pegang kucen yg tak bertuan camni.takut kotor kotor ker. kang jangkit apa2 virus kt dia pulak.kalo kucen org bela xpe

    ReplyDelete
  5. wohh..dah tido bilik asing yer dayu? naurah belom lagi la. pisah katil aje x pisah bilik lagi huhuh

    ReplyDelete
  6. susu dumex LF boleh dibeli di giant, hypermarket ada jual

    ReplyDelete
  7. Ya Allah pandainye cha!! Mesti teruja kan tengok anak membesar dengan baik, cerdik pulak tu..

    Fahrin belum pandai cakap lagi. Memang tak reti lah nak bagitau nak berak ke ape. Hehehe

    ReplyDelete
  8. kjap je..rs mcm br je dayu cite ttg prep kwen..huhuhu

    ReplyDelete
  9. bagusnya cha mau tido sendiri.... dia tak nangis ke kalo terjaga tengah2 malam dayu???

    ReplyDelete
  10. Salam
    Jemput join giveaway sy :)
    http://www.fatinarinabdullah.com/2012/01/first-giveaway-2101coffee.html?m=0

    ReplyDelete
  11. Cha dah potty train? Wah..bagusnye.tak tau camne nak start ngan kysha nie

    ReplyDelete
  12. pandainya cha..dah boleh potty train...*clap2*

    ReplyDelete
  13. bestkan... time ni la best. nanti kalo dah besar panjang lagi, dia kawan ngan member2 pulak. sekarang ni, kawan ngan kita. kita la best friend dia.

    ReplyDelete
  14. Tak sangka anak dah besar sekarang, dah boleh buat sendri, dah boleh diharap. Sayu je tengok dia membesar baik macam tu.

    Kalau husna tang tidur sendri tu belum lagi... Nak tidur ibu mesti ada sebelah, kalau tak melalak macam kene belasah je

    ReplyDelete