03 January 2012

How to: DIY Fabric Wall Decal

Sebab ada lebihan kain daripada projek DIY Fabric Frame dulu, puas lah aku berfikir, apalah nak buat dengan baki kain tu. Niat hati nak buat frame lagi, pastu nak sedekah kat adik aku buat hias dinding rumah dia. Tapi sebab memerlukan tenaga kerja dan bantuan En Ekwan yang super busy tu, asyiklah tertangguh projek DIY aku tu. Maka, aku selongkar la hasil keje Kak Jessica Jones tu. Aku memang sangat adore dengan hasil keje dia. Semua menarik je aku rasa.

Apa aku buat?? Ni hah.. Fabric Wall Decal


Dah lama dah aku buat benda ni, dan sekarang baru berkesempatan nak share. Bukan apa, sebab macam tak sudah je lagi hasil kerja aku ni. Gambar tak letak lagi. Ingat lepas dah letak gambar, baru la amik gambar the final output kan. Baru boleh publish. Tapi entah apa malas entah. Tak jugal aku selitkan gambar kat frame ni.

Menampal frame kain ke dinding bagi aku adalah sangat sesuai kalau kita tak nak rosakkan dinding tu. Tak payah nak drill dinding sampai berlubang. Macam landlord umah sewa aku dulu, mana dia kasik tebuk-tebuk lubang nak gantung frame ke apa. Kepada yang alami situasi yang sama, boleh try guna benda ni. Yang lagi seronok, kalau kita cabut semula pun takde apa-apa kesan pun tertinggal kat dinding tu.

Macamana nak buat?? Sangat mudah, dan senang.

Bahan yang diperlukan hanyalah: Kain, Gunting, Stiffened Spray (aku guna brand 3M)

aku guna stiffened spray yang ni sebab dia yang paling murah. tak ingat dah berapa harga dia, dalam RM12 kot. tapi ini umpama pelaburan sekali je. sebab boleh guna banyak kali, untuk pelbagai projek
Edited: Spray gam ni boleh beli kat mana-mana art shop. yang ni aku beli kat Kedai Maria, Seksyen 2, Shah Alam

How to:
1. Sediakan template frame untuk kain. Kalau korang memang tangan seni, boleh la lukis sendiri corak/bentuk frame macamana yang berkenan di hati. Tapi kalau tangan agak failed bab-bab sketching ni, download jelah template frame yang melambak-lambak milik pakcik google tu.

2. Print template dan trace la atas kain. Pastu gunting.

3. Kemudai sembur kain tu guna stiffened spray. Biarkan dia kering. Bila dah kering, panaskan iron dan lekatkan la ke dinding. Kalau ikut Kak Jessica, dia spray siap2 kain tu.


4. Dah lekatkan, pastu longgarkan sikit border frame tu dan selitkanlah masuk gambar yang hendak ditayang. Nak lagi mudah, sebelum potong lubang frame tu, ukurlah size gambar siap-siap.

Amacam?? Mudah kan. Cubalah. Tak payah beli frame. Tak payah susah-susah nak tebuk lubang. Dinding pun elok je tak berlubang sana sini. I like!!

*Ni nak masuk bawah kategori mana erk?? 'Knowledge Sharing' ke 'How To'

3 comments:

  1. suke!! dapat idea untuk deco umah baru nanti. Akak memang penuh ngan idea i like.

    ReplyDelete
  2. kak dayu.. nak tanya, gam yang spray tuh awak beli kat mana?

    ReplyDelete