13 January 2012

Sleep Separation

Baru 3 minggu je Eisya tido berasingan dengan ibu dia. Berasingan secara total. Dia tidur kat depan tv kat ruang tamu, aku tido dalam bilik atas katil secara berleluasa pula. Dulu masa berkongsi katil dengan dia, 3/4 katil adalah milik dia. Kalau masuk kawasan dia nanti dia halau kuis-kuis perut ibu dia ni dengan kaki. Tu kalau perut. Kalau naik ke muka, ampun kan je segera. Budak tu tak paham apa lagi.

Ini semua sebab aku berinspirasikan Hannah yang dah berasing tempat tidur dengan Myiesha sejak dia ekcik lagi. Eisya dah 20 bulan, so aku rasa aku memang dah patut berpisah tempat tidur dengan dia. Kena ajar dari sekarang sebelum dia makin liat. Sebelum dia makin susah nak berpisah katil dengan aku. Lagipun kesian kat Ekwan. Selama ni, dia yang terpaksa mengalah. Dia yang kena tidur sorang-sorang kat depan TV. Nak buat macam mana, nak tidur ber-3 atas katil queen tu, haruslah sakit badan esok pagi. Tak selesa langsung.

Sebelum ni pun memang aku akan tidurkan dia depan tv. Dah tidur, baru angkat masuk dalam bilik. Dia sekarang tak nak tidur dalam bilik. Tak yah la berangan nak bawak dia masuk bilik, tak pasal-pasal meroyan budak tu nanti. Sedangkan kalau aku rileks-rileks, baring dalam bilik nak main twitter pun dia tak kasik, tarik tangan suruh turun katil. Ini kan pulak nak suruh dia baring sampai tidur atas katil, jangan harap.

Sekarang Eisya yang amik alih tempat tidur abah dia. Dia pulak yang tidur sorang-sorang atas tilam bujang abah depan tv. Bertemankan bear, rabbit. lion dan segala soft toy yang ada.

Percubaan pertama, Alhamdullilah. Berjaya. Dia tak menangis. Tak bangun carik aku. Masa aku tinggalkan dia nak masuk ke bilik pun dia lena je. Syukur. Gembira aku dapat katil sendiri semula (: Tapi kenalah aku bangun, turun katil sekali dalam satu malam nak menyusukan dia. Kalau dulu, tidur sekatil senang sikit. Tarik je dia. Tapi takpe.. itu masalah kecil. Lagipun dia jaga minta susu dalam pukul 5.30am, time tu memang aku dah kena bangun pun. Maka, jangan anggap itu masalah (:

Alah, bilik aku dengan ruang tamu bukan jauh pun, 3,4 langkah je. Setakat dia merengek sikit-sikit pun aku boleh dengar.


Eisya kini sudah mengannggap tilam di depan tv ini adalah milik dia. Itu tempat tidur dia. Kalau aku ngan Ekwan baring terlebih layan kat tilam ni, nanti dia marah. Dia tarik tangan kita suruh bangun, pastu dia yang baring. Pastu pandang ibu dia 'susu'

Ekwan mulanya macam kesian nak biarkan anak dara dia ni tidur sorang-sorang kat depan. Kecik lagi dia kata. Tapi aku nekad je. Mula tu memang sayu gak hati nak masuk bilik, 2,3 kali gak jenguk dia sebelum terlena. Tapi dah 3 minggu ni, okay dah. Ekwan pun, takde dah nak golek-golek teman anak dia tidur. Tahu-tahu aku tengok dia yang dah berdengkur dalam bilik. Seronoklah tu dapat katil besar semula (: Buat masa sekarang tak terfikir lagi nak suruh Eisya tidur dalam bilik sebelah, takde keyakinan lagi. Biarlah dia kat depan je. Aku risau, aku tak dengar kalau dia nangis ke apa. Nantilah, tunggu umur dia 3,4 tahun ke.

Bila Eisya tidur sendiri ni, dia tidur macam lena je aku tengok. Pagi-pagi aku ngan Ekwan bersiap tak lah kacau dia tidur. Nak keluar rumah pun tak bangun lagi. Seronok je tengok dia peluk bantal. Tapi bila hulur susu, laju je perabis..

Eisya.. Eisya. Ibu sayang awak!!!

13 comments:

  1. hmmmm.... sangat kagum.... =)) gug girl la cha nih....

    ReplyDelete
  2. hehheh comel je kakak eisya sleep...
    adam mmg dh kein separate kan once wean off bf..so mmg dia akn tido dlm baby cot dia which is seblah katil kein je...tp kadang2 bila rindu busyuk masyam dia harusla adam ditgh2 eheheh..

    ReplyDelete
  3. memang bagus sebenarnya anak tido asing nie....mirza dari baby dah tido asing tau dayu...

    ReplyDelete
  4. alalala touchingnya....nice try dayu... :)

    ReplyDelete
  5. Congrats Eisya! Dah big girl lah dia. Congrats to Dayu juga kerana gigih.

    Best kan, dapat tidur atas katil secara berleluasa? Hikhikhik.

    ReplyDelete
  6. ada chance la dayu timang baby 2012 ni yer ehehehe.mya xnak tido asing lg.masih lg share queen bed with momy & papa.mmg dia jer yg konker ruang luas2 atas katil tu.then nanti adik dia dh lahir pon still xkan asingkan dia kot.adik yg kena beralah tido dlm babycoat.

    ReplyDelete
  7. mmg ade baiknya rumah kecik & tak double story neh. kalo aku nk bg naurah tido kat depan tv, maknanya kalo dia ngigau aku kena turun dr tingkat atas =.=

    bilik kt tingkat atas agak jauh pulak dr master bedroom. aku takot aku x dengar kalo dia melalak. pastu bilik kami ada ekon. kalo bukak pintu barang sikit pon, baik x payah pakai ekon je kan?

    so stakat nie masih lagi la kami berpisah katil sahaja dgn si kecik tu. 3 langkah la dr katil aku nk ke katil dia huhuhuh

    ReplyDelete
  8. Wahh best best. Tapi tido depan ruang tamu tu nyamuk takde ke yu? Tv pastikan off.

    Fahrin belum berpisah bilik lagi. Berpisah katil sudah. Takpelah slow2 la tu.

    Good girl eisya!

    Ibu abah dah tido berdua semula. Ehem:p

    ReplyDelete
  9. waa..good gurl la eisya..leh tido asing ngan ibu...congrats Dayu, rs xsume ibu2 yg sanggup tidu asing ngan anak...:)

    *xtau la part sy cm ne nti*

    ReplyDelete
  10. Pandai Eisya. Aku igt nak buat juga, tapi now pun Kakal bangun kalau tak nampak muka Ibu dia ni dia nangis mcm kena pukul :(

    ReplyDelete
  11. Jeles betul tgk anak yang boleh tidur sendiri tanpa ibu kat sebelah, Husna sama dengan kakal, fie. Tak nampak ibu dia kat sebelah melalak macam kene pukul. Ish

    ReplyDelete
  12. Hi... jom tukar2 blog. Blog I:
    http://health-wellness-nature.blogspot.com.... see u there

    ReplyDelete
  13. aku pun ingt nak ajar dani tido asing. sempit la. die da la lasak. setiap hari bangun, aku mesti sakit leher

    ReplyDelete