16 January 2012

Gyro Bowl: Mesti Beli

Aku tak buat lagi review pasal Gyro Bowl tu kan.. Tapi memang pembelian yang berbaloi. Alah, RM12 je pun. Tak rugi beli. Untung ada. Serius, memang best. Makanan memang tak tumpah. Tak bersepah. Setakat budak kecik yang hayun-hayun mangkuk tu, tunggang terbalik memang tak tumpah la makanan. Bila aku bawak balik mangkuk ni dan kata 'Cha,ibu ada mangkuk ajaib untuk Cha' Ekwan macam tak caya. Bila balik rumah, dia punya beriya cuba nak tumpahkan kismis yang aku isi dalam mangkuk Cha.. tak terkeluar pun. Ajaib kan (:

apalah pulak ibu beli ni?? tapi macam menarik

isssk..apasal tak terabur lagi isi dalam mangkuk ni. mana bleh kasik ibu rileks-rileks goyang kaki tengok tv. kena terabur kan ni.. bagi ibu menjerit pastu terbongkok-bongkok kutip. tapi apsal tak terabur lak ni??

Hahaha.. padan muka Eisya. Lepas ni tak boleh dah nak kecahkan rumah dengan makanan. Ni kalau tak, asyik la keje nak mengutip makanan atas lantai. Lantai rumah pun 'berkilat' lah jadiknya. Lepas ni kurang sikit lah keje aku nak mengelap lantai. Eisya pun sejak ada mangkuk ni, nak makan dalam mangkuk ni je. Siap bawak mangkuk gi depan fridge suruh isi anggur dalam mangkuk dia ni.

Maka, sesiapa yang pernah berhasrat nak beli mangkuk ni tapi rasa was-was. Okay, tak perlu curiga lagi. Beli je. Tak rugi. Mana nak beli?? Boleh beli dari Puan Maria Rajab. Dengan dia bleh dapat RM12 tak termasuk duit pengeposan. (Klik kat nama Puan Maria di atas untuk maklumat lanjut)

bila tanya 'mana mangkuk Cha??' dia terus peluk sayang mangkuk dia. atas sebab apa, aku tak pasti. 

*tapi makanan berkuah tak sesuai lah. memang la tumpah kan. tapi setakat bijirin, buah, nasik, mangkuk ni memang penyelesai masalah. boleh cuba.

10 comments: