23 April 2012

Kisahnya

2 minggu ni aku macam takut dengan kadar pengambilan makanan dan susu Eisya. Susu 1kg 3 hari je habis. Selalu tahan jugak seminggu. Ni 3 hari.. 3 hari okay. Kalau tak makan nasik tu yelah kot. Ni lepas makan nasik setengah pinggan saiz dewasa, basuh je tangan 'susu!!' Takut aku nak bancuh susu bagi dia. Tapi bagilah jugak. Selamba je dia habiskan 9oz. Pastu tak sampai sejam, dia minta susu lagi.

OMG!! OMG!! Time berselera tak hingat, time tak nak makan, sesudu pun tak lepas.

Badan gitu jugak. Tapi bila dukung.. Errk.. Sakit pinggang kau. Berat.

budak ni lepas terperanjat, dia terpulas handle motor sekuat hati. nasib baik tak melompat. tu muka macam takde perasaan tu
*ok, gambar macam off topic. maafkan saya*

Petang semalam gi Tesco. Saja membuang masa. Sangat. Kau ingat Ekwan rajin nak layan aku buang masa gitu gaya?? Takde maknanya. Ni pun puas remind dia. Kan katanya F&F kat Tesco tu ada jualan murah. Tu yang nak meninjau tu. Mana tahu boleh menambah koleksi baju anak dara tu. Baju sedia ada banyak dak terjungkit, lagi-lagi tang perut. Anak saya buncit bebenor sekarang ni. Tapi kecewa sedikit, sale memang sale, tapi stok banyak dah habis. Keciwa kau!!

Tapi takpe, nasib baik aku memang selalu beli baju basahan Cha kat Tesco. RM5 je kot. Tapi design comel-comel. Kain pun boleh tahan. Paling aku suka legging dia. RM10 je, Amik 3,4 pasang habis RM50 je. Achik suka. Alah.. baju pakai kat rumah, pakai kat nursery. Kuar jalan-jalan pun pakai jugak. Eisya pun suka. Tiada permasalahan di situ. Anak suka, selesa. Poket ibu abah selamat. *Senyum*

Sila jangan kata kami berkira, kedekut ngan anak. Eh, orang tak kata apa, kau nak bagi reminder siap-siap lak Dayu. Harus.. sebelum achik sentap (:

Nyesal tak bawak stroller. Merasa lah aku sakit pinggang, lenguh lengan segala dukung budak ni menyusu. tapi mata tetap ligat, leher tetap panjang menjengah baju-baju yang tergantung

sudahnya selamba je aku melabuhkan kaki di tepi offer rack ini. lantak. peduli lah orang nak tengok ke apa. tak larat ok nak dukung budak ni menyusu. patut hypermarket kena sediakan baby room kat dalam shopping area lah. more convenience.. 

tapi tak lama sebenarnya, terus Ekwan angkut letak Cha dalam trolley

sehingga akhirnya tertidur dalam trolley. kesian anak ibu. tapi lena juga sampai ke dalam kereta. ngantuk sangat lah tu. tapi bagus, senang ibu awak nak shopping

Taklah shopping mana pun. Beli barang tak seberapa, suku trolley pun tak sampai, pun habis beratus. Hhmm, kecik sungguh nilai wang sekarang ni kan. Gi kedai runcit sebelah rumah, bawak RM50 pun adakalanya bila kuar kedai, masuk pintu rumah, tinggal RM20 je. Alahaii.. Tingginya lah kos hidup kat Kuala Lumpur ni. Bila fikirkan hal-hal yang begini, terus rasa tak kesah kalau kena tukar ke kawasan luar bandar, tapi bila pikir tang seronok.. pilihan pertama bila isi borang pertukaran KL jugak dipilihnya.

Takpe lah. Belajar lah dulukan mana yang penting. Utamakan keperluan. 

Dan syukur. Start bulan depan, ada pertambahan gaji, Terima kasih. Dan terus semat azam nak bekerja dengan lebih dedikasi, agar apa yang diterima setimpal dengan apa yang diterima.



8 comments:

  1. aqil pun mcm tu jg kdg2. kejap2 minta susu. kadang tu kena marah dgn ayah dia. hehe.. kasi dia mkn benda lain dulu. mmg laju je stok susu dia klu mcm tu..

    ReplyDelete
  2. hihihi sama je ngan isya..paling suka makan biskut cicah milo..skali makan abih 5 keping..lepas 10 min mintak lagi..hihi

    ReplyDelete
  3. AKU PUN SELALU BELI BAJU BASAHAN RAINA KAT TESCO SUKA TANG LENGGING DAN BAJU GAMBAR CAR, ELEPHANT KE LION KE MURAH. BERBALOI2. HARI TU BELI SEKALI BYK UNTUK STOK BAJU BASAHAN. ANAK AKU SUKA TANG GAMBAR2 TU

    ReplyDelete
  4. kan..kan.. baju budak kat tesco lawa-lawa
    gambr dia cantik2, murah lak tu
    cha pun suka.. warna terang2

    ReplyDelete
  5. tesco xmcm dulu..skrg dh byk bju cantik2..bukan setakat bju bdk..bju mak bapak bdk pun cantik2 what..

    ReplyDelete
  6. cantikkan..kita br je rembat sehelai dua bj budak2 ni kat tesco..kitrg jarang beli bj kat tesco..sbb jrg g tesco..hehe..

    skrg mmg...rm50 skit je nilai dia..kejap je dah habis..pengsan berbelanja..huhu..

    ReplyDelete
  7. Assalam..saya pun suka shopping baju budak kt tesco sbb murah,cantik+kain pun sedap..pendek kata berbaloi2..:)

    ReplyDelete