07 October 2010

demi kebaikan bersama

Eisya sudah berusia 5 bulan.

Semenjak dari habis Nifas aritu, sampai hari ni aku tak period lagi. Rasa rindu pulak nak beli Kotex. Hahahaha.. Dan dalam tempoh 5 bulan ni, tiada sebarang bahan bantuan perancangan keluarga diambil. Kononnya terlalu yakin yang apabila kita menyusukan baby dengan susu badan, kehamilan adalah dicegah secara semulajadi. Aku mmg nak percaya tapi rasa fobia kalau tertiba 'berisi' kembali tu melebihi segala-galanya. Bukan menolak rezeki beb.. tapi biarlah kita nikmati rezeki tu betul-betul kan. Kalau menerima dalam keterpaksaan, tak elok pulak.

Biarlah Eisya puas bermanja dulu. Bagi dia nikmati menjadi anak sulung puas-puas. Biar dia betul-betul bersedia nak jadi kakak. Aku pun nak pastikan aku betul-betul puas membesarkan dia. Nak bagi sepenuh perhatian, kasih sayang kat dia. Penuhi keperluan dia sebaiknya. Memang setiap anak tu ada rezekinya. Tapi bagi aku, penting bagi aku pastikan aku juga bersedia dan mampu nak penuhi keperluan membesarkan anak-anak. Aku sentiasa impikan yang terbaik untuk anak aku. Maka, aku nak pastikan keadaan ekonomi juga adalah memenuhi syarat. Demi keselesaan anak-anak.

Lagipun aku tak rasa aku cukup gigih, kuat dan bertenaga nak mengurus anak kecil ramai-ramai dalam tempoh masa terdekat ni. Ngan Eisya sorang ni pun aku terkulat-kulat, balik keje terus rasa nak terbongkang. Kalau ditakdirkan Eisya jadik kakak masa umur dia baru setahun lebih, mahu menangis aku.

Betapa aku belum bersedia nak menambah anak.

Segalanya dijalankan secara 'semulajadi' selama ini. Paham sendiri sudah, aku tak kuasa nak citer lelebih.

Tapi semalam bila bawak Eisya for her monthly check-up, aku teringan mulut tanya kat nurse tu 'nurse, nak amik injection for birth planning boleh tak?' Dan nurse tu macam 'lah, tak amik pape lagi ke, anak dah 5 bulan ni' Dan sambil tersengih aku mengeleng kepala. Dan dia pun terangkan option-option lain yang ada selain injection. Dia cadangkan pil. Tapi awal-awal aku tolak, aku ni pelupa sikit orangnya. Aku kan suka benda-benda yang menyenangkan hidup aku. Maka, terus aku kata 'saya nak injection lah' Melihatkan aku yang bersungguh-sungguh nak kena cucuk, trus la nurse tu setuju je. Dan disebabkan aku tidak period langsung selepas nifas, dia suruh aku buat pregnancy test dulu, siap melawak lagi 'manalah tahu, entah-entah kena bukak buku merah lagi'

Untuk kaedah perancangan mengunakan suntikan(hormon), syaratnya adalah:
Selepas kelahiran :
- jika tak menyusukan bayi: 3 minggu selepas melahirkan
- jika menyusukan bayi: 6 bulan selepas bersalin *maka, aku adalah terlebih layak

Dan disebabkan suntikan ini adalah bakal mengacau hormon dlm badan, siap sedia lah nanti kalau tiba-tiba aku akan mengalami period seperti biasa, tak period langsung atau period setiap hari tapi sikit-sikit. Dan paling macam sedih bila nurse tu kata 'injection bleh buat susu kurang tau' Harap-harap fakta tu berkesan kat aku.

Sakit siot kena inject kat punggung. Malu tau.. tapi redah je lah.

Kalau ada sesape nak mencuba kaedah ni, pergi je lah mana-mana Klinik Kesihatan yang berhampiran. Free je beb. Kalau nak amik implant, mungkin kena buat appointment dulu. Rancang lah kehamilan, demi kebaikan bersama. Biar kita betul-betul bersedia dari segala segi.

eisya petang semalam. tido di opis ibu. malas nak antar dia ke nursery, maka angkut je lah bawak gi opis.

Untuk lebih info mengenai perancang keluarga, rujuk SINI

20 comments:

  1. tak bole pecaya kalo x dtg period tu means kita xkan pegnen.. byk kes dah dia x dtg period pas bersalin so ingt x subur lah kan..tup2 pegnen. sian ank kecik lg.. so rancanglah keluarga hehe. sy mkn pil hehe. tiap2 mlm set alarm.so bila alarmku berbunyi tu tanda tettt..mkn obattt. haha

    ReplyDelete
  2. hi dayu, baguslah dayu amik contraceptive method ni, mana la tau teraccident. heheh.. nasihat untuk i jugak, tapi nan ado. tak pegi2 pun kelinik. huhu. btw eisya dah besar kan? seronok tgk dia membesar dlm blog u. igt lagi dulu dia lahir merah2 gitu...

    ReplyDelete
  3. oh belum period eyh.
    as dah period.
    as pon belum amk ape2 lg.

    ingt nk cucuk jugk.
    tpi dah dayu kte sakit.
    alamakkkk...

    ReplyDelete
  4. ayu amik pil yasmin...brapa bln je mkn..pstu REDHA..hahaha..mls tol nk telan...

    ReplyDelete
  5. xle caya..xle..kazen ku,tau2 je da 5 bln(padahal amik injection)..tp...smp skrg xamik pape..ngeri..

    eisya tdo kat opis?bestnye...anak ade d cc...

    ReplyDelete
  6. gila ah ko dayu....wat ofis cam nursery pulak...bos tak marah ker?hik!hik!hik!

    ReplyDelete
  7. 1st daughter dulu rancang sendiri jek... Alhamdulillah dh 2 tahun br melekat balik. skrg sdg preggy 6 bulan.. pas nih tak tau le nk cuba ke tak method family planning yg ada tuh. rasa takut la plak kesan sampingan...

    ReplyDelete
  8. hah?? amik injection pun boleh jadik gak ke?? huhuhu
    maka, kena jugak jalankan kaedah semulajadi la jawabnya

    hehehehe
    boss kans empoi, maka bawak je la dia masuk dalam bilik
    tp sorok2 gak beb
    nasib baik eisya jenis tak banyak bunyi..

    ReplyDelete
  9. Dayu, saya pun sama. Kaisya dah 9 bulan but still tak langsung merancang. Perasaan takut memang ada. Appointment for implan dah lama buat tapi tak pergi2 atas alasan tak ada masa.

    ReplyDelete
  10. my doc lak tak suggest inject nie sbb anak baru sorang.kalu dh 2,baru ok katanya.dia suggest pil tp pil yg selamat tuk bf tu just ada 1 jenis je.habis lak stok haritu.
    so...takdelah plan2 apa pun last2.
    hehee..

    ReplyDelete
  11. sejuknya tengok eisya tido...tenang je..

    ReplyDelete
  12. setiap method ada kesan sampingan dia, kena try dulu
    kalau yg ni mcm tak sesuai, kita tukar yang lain pulak
    tapi pil still 'no' lah
    sgt tak yakin kat diri sendiri boleh makan secara konsisten

    mmg malu besar la tadah punggung kat nurse tu

    ReplyDelete
  13. kite pulak guna kaedah yg paling org tak suke nak guna. nape yer? for me & habi paling senang & jimat. xde riso2 takot terpegnen ker hape. maybe ramai org dh terbiasa dgr ' tak besh or tak syok' bile gune kaedah tue. well, 4 me mula2 je rase lain sket. lama2 dh alah bisa tegal biasa. yg penting xde effect ape2 pd diriku ini =D

    ReplyDelete
  14. yup sokong pe dayu cakap...mmg org kate anak tu rezeki klu dah ade mmg kene trime n jage sebaiknya...tapi memandangkan ank yang ade pon masih kecik,masih perlu perhatian kita,jadik adalah baik utk kita rancang..
    mar pon amik suntikan cam dayu gak...
    mule2 dulu amik pil...tapi sbb takut lupa almaklumlah kan agak sebok...hhhe...so trus amik suntikan...

    ReplyDelete
  15. kite dh start dtg bulan masa umur Nia 3 bulan. still tk start family planning. blum berkesempatan nk visit Gynea. InsyaAllah dlm masa terdekat. suspen gak tiba2 terlekat. huhuhu

    ReplyDelete
  16. bercadang nk amik injection lepas cycle period nanti.me dh start mkn pil 2bln lepas bersalin tau.huhuuu xnak la dah mkn pil.ia nya menggemukkan sy uwaaaaa

    ReplyDelete
  17. syok je chacha tido atas sejadah berbantal kan katak ijo ek?? sy pon kekadang bila bb sitter cuti ke emergency ke terasa mcm nk angku je ank bwk pi keje.tp susah ar pulak.kang bos marah plak.maka terpaksa la korbankan cuti

    ReplyDelete
  18. antara sebab tak nak amik pil, tu lah kan, org kata mengemokkan
    naybe ada org tak, bdn kita tak tau camne kan
    maka, mari amik yg memudahkan

    huhu..teragak-agak gak nak bawak cha ke opis aritu
    tp luckily dia pun behave kan
    sorok dia dalam bilik

    ReplyDelete
  19. ly amik pil. injection tu ok gakkan takyah nak kena ingat makan pil.

    ReplyDelete