08 October 2010

keterujaan ibu

Terasa bersalah pulak kat Eisya sebab 2,3 hari lepas tak dapat menyediakan bubur untuk dia. Nak lenyek kan pisang, macam tak seronok lak sebab pisang tu mcm dah terlalu lama duduk dalam fridge. Ingat nak buatkan carrot puree je, tapi asyik lah ibu ni tertido. Tak sempat lah nak merebus-rebus bagai. Akibatnya, 3 hari lah takde santapan untuk awak. Ibu minta maaf ye sayang.

Dan semalam, balik-balik keje terus ibu rendam beras. Tak nak tangguh-tangguh, nanti terbengkalai akhirnya.

Menu lazim: Bubur nasi + carrot + kentang + ikan bilis. Harap anak ibu tak bosan lah ye. Okay, next week ibu buat puree apple eh.. Ke nak bubur ngan sayur hijau pulak? Abah kata 'nape tak guna ikan je, sian Cha makan ikan bilis' Sebenarnya ibu musykil, boleh dah ke bagi awak ikan? Takut awak allergic, gatal-gatal ke? Next week kita cuba nak sayang?

Yang ibu musykilkan lagi adalah 'nape sikit sangat awak makan masa kat nursery?' bila dok ngan ibu banyak lah gak awak makan, habis gak 2 sudu. Ni selalu ibu bekalkan 2 sudu, bila petang ibu nak basuh tupperware bubur tu, banyak je lagi. Akak nursery tak rajin eh nak layan Eisya makan, anak ibu kan makan lambat. Time makan lah nak main-main kaki, nak tergolek-golek. Nak ajak orang borak. Tu yang sikit je makan ye. Takpe lah, weekend kita makan banyak-banyak ye.

Ibu nak cuba buat puri labu la Cha, suka tak?? Awak makan puri, ibu makan labu masak lemak. :) Baru adil, ibu ngan abah makan sama mcm Cha

10 comments:

  1. rajinnye ibu cha..
    ibu zarif bru nk start bl tgk dia mkn bubur org lain dgn byknyee..
    owhh hr tu cm malas bt sbb ingat dia mkn sket..huhu

    ReplyDelete
  2. sweet tol cara dayu tulis..hehe..

    ikan tu pilih yg x gatal..cm tenggiri, duri, ikan merah, bawal..(hrp mklum seme ikan yg x gatal slalunya adlh mhl² hehe)...oh ada yg murah sikit ikan selar kuning...:)

    xpe dayu, cha msh nk serasikan dgn solid food tu..mmg gtu mula2..nt dh ok..smpaikan dia nangis nk lg..tgk2 kt piuk abis dh bubur haha

    ReplyDelete
  3. entri yg sweet utk seorang ibu kepada anaknya eisya :)

    dayu,
    boleh campur ikan tp pastikan buang bhgn tulang2 yg halus. bila dah try ikan baru try ayam. jagan try ayam dulu baru ikan.

    sbb ikan is better than ayam sbb ikan tak berserat ayam pulak berserat.

    raina ni pun mula2 nurul bg ikan dulu pastu dah masuk 10 bln ni dah besar sikit baru nurul berani bagi ayam atau udang.

    nak tahu anak sesuai ke tak dgn makanan yg disediakan dayu letak dlm kualiti yg sikit dulu bila tgk 2,3 kali anak mkn ok maknanya si anak sesuai dgn makanan yg disediakan.

    ReplyDelete
  4. zuris pun tak sempat nak buat bubur kat kysha lagi.
    nasib baik makcik pengasuh tlg buatkan.kasi beras ngan sayur2 je.

    nak tnya sikitlah dayu,bubur tu dayu buat pagi2 ke?
    kalu buat time malam boleh ke?
    esok pagi panaskan aje.
    nak buat pagi2 takut tak sempat lak.

    ReplyDelete
  5. kebetulan kita wat entry pasal solid food ye.bebudak mmg cenggitu suka mkn main2.take time dia nk abeskan mkn.pepaham jela dok nursery.dorang nk wat semua cepat kan.xde masa nk ngadap si chacha sorang je.so disuap setakat mana termampu jela

    ReplyDelete
  6. dayu tunjuk la cara nk wat puri2 tuh semue.
    nk beljr ni.

    ReplyDelete
  7. bukanlah rajin mana pun ibu eisya ni, tu yg kadang2 bekal anak terkantoi, sampai penah gak terpikir 'bagi nestum je lah' tapi memikirkan demi anak..gigihkan juga

    wwaahhh, ikan mahal2 saje. kembung tak boleh ke? cencaru ke?? oohh, mmg tak kan bagi ayam, sbb tgk panduan pun suh bagi lewat skit, leps 7/8 bulan. skrg ni lebihkan sayur ngan buah2 je

    cara buat puri??
    ok..ok..next time kita share sama2 ye. senang je sebenarnya

    ReplyDelete
  8. dayu, payin macam da kuat gile menyusu.. x kenyang2.. x lena tido lak tuh.. camane ha? nak kasik bubur nasik kosong je, ade lak cakap jangan bagi.. isk

    ReplyDelete
  9. kalau rasa anak dah bersedia..
    ikut rasa hati lah
    insya allah, kan by 4months baby is ready actually
    ikut la reen
    boleh je kot nk try bg bubur kosong cair kat payin

    ReplyDelete