25 January 2012

Penghargaan yang tak seberapa

Tahun ni Ekwan memasuki area 30-an. Tua dah laki aku. Tapi takpe, masih comel. Kalau kata 20 tahun pun orang percaya agaknya. Hahaha.. yelah, laki aku tu kan kecik je badan dia. Perut pun belum ketara sangat buncitnya. Tapi makin hari makin tersembul. Nak tunggu umur 30 kot baru nak menyerlah. Tak sia-sia hasil aku bertungkus-lumus setiap hari. Balik keje, letak beg, tanggal tudung terus masuk dapur *ni statement membangga diri ke apa ni??*

Sebab nak menjangkau umur 30, aku macam sedikit teruja nak meraikan ulang tahun dia kali ni. Beriya aku gi beli hadiah awal-awal. Walau mulanya kata tak nak bagi hadiah, tapi aku dengan baik hatinya, beli juga hadiah harijadi dia.

Ni ada satu rahsia nak bagitahu ni, sejak kawin, nak masuk tahun ke-3 ni. Kami takde pun bagi-bagi hadiah time birthday. Valentine lagi jangan harap. Anniversary pun takde hadiah. Sungguh, tapi tak kesah. Tak pernah rasa 'hhmm, tak sayang lagi ke?? dulu bujang-bujang ada je hadiah. Ni apsal dah kawin takde hadiah dah??' Bila dah berumahtangga ni, benda-benda ni semua macam remeh kot. Ini semua bukan keutamaan. Cukup sekadar dia ingat, tak pernah lupa. Ucapan pun memadai. Pastu kiss seketul dua kat pipi ngan dahi *malu* Tu pun dah cukup. Banyak lagi benda lain perlu diberi keutamaan. Dapat hadiah memang seronok. Tapi kalau dek kerana nak menyediakan peruntukan untuk hadiah, akhirnya nanti terpaksa ganggu keperluan yang lain. Aku lagi rela takde hadiah kot.

Tak kesah.. tapi kalau dapat, pasti lah menyengih kegirangan. Takde hadiah, tak semestinya tak sayang kan.

Belanja makan pun dah cukup. Tak payah masak sehari tu macam lagi seronok je dari dapat bunga sejambak. Hah.. bunga memang aku tak hingin. Kalau nak belikan aku bunga, belikan je artificial. Boleh aku isi dalam mana-mana botol. Lagi menarik. Bunga fresh achik tak nak.. (: Tapi kalau nak bagi hadiah jugak, achik nak oven 50 litre *demand kau*

Tapi bila tengok orang lain sibuk fikir nak bagi hadiah harijadi apa kat suami, aku rasa macam perlu gak aku bagi dia something. Pastu terfikir, tak nak rumahtangga aku ni suram sangat. Macam takde usaha nak kekalkan kemesraan antara aku ngan dia. Terus aku rasa, apa salahnya aku berikan sedikit tanda penghargaan kat dia, sempena ulangtahun dia kali ni. Tanda terima kasih atas segala kasih sayang yang dia beri selama aku jadik isteri dia ni.

Kebetulan ada peruntukan lebih sikit kan, boleh lah aku realisasikan keinginan aku ni. 

kad buat sendiri, di hujung waktu.

Membeli mengikut kemampuan. Ini je lah yang dapat aku beri. Kebetulan minyak wangi hantaran dia dah habis kan, dok balun aku nyer je. Maka, amat praktikal la perfume ini buat masa ni. Membeli kena bijak. (:

pembelian berbaloi untuk suami tercinta 

Beriya aku memikirkan elemen kejutan yang aku nak berikan kat dia. Mana aku nak letak hadiah ni, biar esok pagi dia bangun, dia jumpa sendiri hadiah ni, pastu datang jumpa peluk cium aku kata 'thank you yang' Hahaha.. impian tinggi, tapi kreativiti kurang. Sudahnya, Eisya jugak digunapakai. Bagus, untung ada anak kecik yang patuh dengar arahan ibu tanpa berdolak dalih. Pagi tu, aku bagi paper bag ni kat Cha, suruh dia bagi kat abah dia. Pastu aku buat-buat sibuk bancuh teh kat dapur. Tak sabar aku nak tunggu orang tu datang cakap TQ kat aku. Tapi takde pun.. tahu-tahu dengar dia jerit kat Cha 'cha, ibu bagi abah hadiah !!!"

Pastu aku masuk bilik, semerbak bilik bau White Musk for men BodyShop tu..

6 comments:

  1. ehhehe gitu...=)...nie tgh dok pkir gak nk bg ape kat adil..masuk 3series jugak tuh...hurmmmmm

    ReplyDelete
  2. so far kami sambut birthday aje.... valentine mang idak le....anniversary wife teruja nak sambut tp hubby buat dek aje hahahaha

    die kata ' mcm tak payah kot' wish aje lah

    ReplyDelete
  3. aku pun da lama tak celebrate hari2 special mcm ni. kdg2 lupa, kdg2 malas..hehe

    ReplyDelete
  4. hi dayu
    parfume for men @ bodyshop mmg best taw baunya!!i ske bli utk hubby(~.~)

    nak celeb bagai mmg xde laa coz my hubby xske sgt...so slalunya i pun blikan bodyshop parfume jer...just anniversary thn lpas,blikan wallet coz wallet hantaran kawen dl,dah lunyai,hehehe

    ReplyDelete
  5. ye sy pon gunakan ank jugak tlg pass kan adiah kt papa nyer.ank dh buleh harap kan

    ReplyDelete