22 December 2009

saya masih dalam mood SUKA

Oohhh, hari ni macam suka lagi. Mood hari ni adalah HAPPY.. lagi2 minggu ni keje 4 hari, lagi happy lah jadiknya. Kalau sepanjang tahun mcm ni, mesti sampai umur 40 aku tetap kelihatan mcm 26 tahun. Tapi saiz badan tak pasti, adakah akan tetap sama atau mengembang rancak sejajar dengan tahap kegembiraan tuan dia. Ohhh, aku semakin suka merapau.. Maafkan lah saya..

Tapi kali ni macam suka sebab bila gi blog Fiza, dia buat shortlisted peserta conetst melaram handbag yang dia anjurkan. Itu contest pertama aku dengan yakinnya telah turut serta. Bila browse down list tu.. wahhh, tak sangkanya. Ada gak gambar aku di sana. Tak sangka.. sungguh tak sangka.. Dapat jadik shortlisted pun rasa mcm dah cukup bertuah. Macam tersenarai dalam calon-calon Anugerah Bintang Popular.. Hahahaha, ok..ok.. aku melalut lagi. Mintak maaf sekali lagi..

Saya ada training ni.. 3 hari mengukuhkan ilmu AutoCAD, dengan harapan lepas ni tak payah nak tggu darughtman lukis kan, aku boleh lukis sendiri. Personal training mcm ni mmg bagus, baru lah aku rasa kerbekesanan dia. Terima kasih ye JKR sebab hantar sediakan training2 yang begini.

Ohhh, semalam tiba-tiba suami saya kata 'yang, hari ni dah 21hb' Aku pulak yang sedang asyik main Cafe World kat FB, ngan selamba menjawab 'habis tu nape??' Tapi masih sempat berfikir, apa yang istimewanya 21.12.09 ni?? Memang belum gaji lagi, tp cara dia cakap tu mcm dia sgt suka ngan tarikh ni. Maka, confirm..dia bukan tak sabar menunggu hari gaji dan juga hari menerima bonus *aku yang tak sabar adalah* Pastu dia kata 'ayang ni, tu pun tak ingat' Okay..okay, aku tinggalkan laptop, perah otak pikir.. dan tiba-tiba dia bersuara lagi 'lagi 3 minggu birthday orang lah' Huhuhuhu.. suami saya..suami saya.. Dan aku masih saja buat malas nak layan 'habis tu ayang nak buat wishlist present lah ni??'

Dan sila lah mati akal aku memikirkan apa nak bagi kat dia nanti..

6 comments:

  1. birthday en ekwan bila? amy plak lagi 2 minggu jer.

    jangan ke kata dayu yg tak biasa dengan auto-CAD tuh nak training. if amy pun, amy nak training gak. banyak giler benda yg amy still tak tahu. kadang-kadang tuh, commands yang dah lama tak guna. boleh tak ingat langsung dah. especially bab2 nak buat 3d guna autocad. aiseyh.....

    ReplyDelete
  2. hehehe... hubby dayu siap remind another 3 wks bday dia tu.. sila jgn lupa present ye pn dayu.. mau merajuk hubby kamu nnti.. heheheh..;P

    ReplyDelete
  3. mira dlu ms pregnant cepat lupa.. hehehe.. colleague yg perasan sbb die ckp b4 pregnant mira x mcm tu.. cuba observe k.. adakah hormon sms pregnant menyebabkan org cpt lupa... hihi

    ReplyDelete
  4. sebab dia macam dah bersungguh2 mengingatkan.. maka kena perah otak secara bersungguh2 gak memikirkan hadiah..

    nak masak apa erk??
    oohhh.. kena berpikir dr skrang..

    tak lah lupa, tp sebab hint dia bagi tu umum sgt..tu yg mcm tak boleh tangkap apa yg cuba dia sampaikan

    ReplyDelete
  5. nak bg apa tu present? list byk2 hadiah apa yg perlu diberi

    ReplyDelete
  6. aku ingat dia nak cakap "hari ni anniversary ShaHana..n da genap setahun hp awak hilang.." hehehe~

    ReplyDelete