07 December 2009

senang je kan sebenarnya

Masuk je opis, siapkan slide presentation. Entah nape rajin terlebih pagi ni. Hahaha, sebab aku mahu bermalas-malasan dan bermain2 sebentar lagi. Huhuhu.. tak bermanfaaat budak ni. Isskk, saya tidak buruk perangai lah. Saya siapkan cepat2, sbb bos lata mahu tengok hari ni. Maka, jgn lah buat perangai. Siapkan lah segera.

Tapi sebab bakat multi-tasking semulajadi dalam badan. Masih sempat ber'bloghopping. Dan jumpe satu entry macam best ni kat blog Pja. Kalau diikutkan, mmg smua dlm list tu mmg kebanyakan isteri dah buat kat suami masing2. Tu lah kan, sebenarnya senang2 je kita org pompuan ni dpt pahala berganda-ganda. Tapi tulah, nak memastikan ikhlas tak ikhlas, tu yang payah tu. Takpe.. usaha selagi boleh kan.

1. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. - maka lepas ni kalau pagi2 bila dia mintak picit belakang sambil mata masih terkatup, peluk tuala tu, aku cubalah picit seikhlas boleh.. selagi dia tak suruh stop, jgn stop. walaupun dalam hati nak je heret dia masuk bilik air cepat2, byk lagi benda lain nak buat weehh...

2. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka - makin rajin la aku buat kan toast untuk dia pagi2.. ngadap kuali smua.. ikhlas paling penting, nanti aku makan sama gak

3. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya - ya allah, tak sangka sebegini besar ganjarannya, basuh baju je pun.. pakai mesin sama gak lah kan. Kalau tercangkung2 memberus, lagi lah kan.. tapi mesin sudah, stokin basuh sendiri ye, tak pun buat lah perangai 'pakai buang' tu. Ingat stokin murah ke hah??

4. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala haji dan umrah - kenyang hingga perut makin mengembang.. huhuhu.. selagi terdaya, walau penat2 ditambah rasa malas yg membuak-buak, masuk gak dapur.. demi perut suami.. smua ku layan..

Hari ni dia M.C, sampai opis selsema menjadi-jadi katanya. Bila gi klinik dpt lak MC, kegembiraan dia. Sebelum balik, sempat minta broadband. Iyelah, bagi lah.. dari dia kebosanan jap lagi kat umah. Kang dia meroyan, tak pasal2 gi beli PS2.. aku mengamuk pun takde guna. Baik berkorban tak boleh ber'FB kat opis arini..

*sudah pukul 12.30, makan time...

7 comments:

  1. haa, tu la, mudah sungguh kalau para isteri mendapat pahala dan keberkatan kan? :D thanks for sharing dayu, bab basuh baju tu yg tak tersangka tu :D

    ReplyDelete
  2. salam dayu...
    setuju sgt dgn komen2 tmbahan tu,hee,kadang2 time dah penat or ngantuk tu mmg malas jugak memicit2ke nk tolong buat airlah etc,hihik,sekarang adelah motivasi sikit...

    xoxo
    pja

    ReplyDelete
  3. hehehehe bab masak tu dah lama tak buatkan semenjak preggie ni...(semua mak jiha yg watkan..bertuah nye anak)

    tp bab picit2 i loike..i mang suke picit dan dipicit kekekeke

    ReplyDelete
  4. ish..syoknyer bergelar isteri.
    tapi jd isteri zaman skrg mmg menguji kesabaran...

    ReplyDelete
  5. mmg best la jadik bini ni kan..
    dan wanita sbnrnya mmg bertuah..tu tanda kebesaran Tuhan

    ReplyDelete
  6. huhuhu.. thanks for the info dear.. huhu.. blh dijadikan bekalan utk satu hari nanti.. btw, i link kn blog u kt blog i k.. tq.. =D

    ReplyDelete