14 December 2009

suami saya.. suami saya

Tag..tag.. tak sedar lah nama ada dlm list org yang bertanggungjawab menjawab tag. Tu yang agak lewat nak menyediakan senarai jawapan. Takpe..takpe, janji aku buat gak kan Pid. Nasib baik koleksi soklan tag ni mcm menarik lah untuk dijawab. Dalam kadar segera gak lah aku usaha selesaikan.

Nape panggil dia tag hah?? Bagi nama lain lah.. Soalan Mengorek Rahsia ke.. Lagi sesuai pe..

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana
Kali pertama bertemu adalah di dalam kelas, masa 1st day kat UiTM Sek 17, Shah Alam

2. Love at first sight?
Tidak sama sekali sebab masa tu aku macam berkenan kat budak lain. Tapi sebab nak tolong kawan dia ngorat kawan aku, kitaorg yang melekat. Teman org dating, tp kitaorg yg dating lebih-lebih.

3. Who is he when the first time u met him?
Sape dia?? Dia adalah budak kurus kering, ngan sweater kelabu dia.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Hahahahaa!! Bukan dia yang ajak kuar dulu, tapi adalah saya *sengih* Menggunakan alasan nak gi photostat nota di sek 2. Malas nak naik bas.. maka minta bantuan dia. Dia ngan rajin + baik hati, layan je kerenah budak pompuan ni. Tapi pastu kena belanja dia makan. Nasi goreng RM2 kat Sek 2 sudah.

5. First place dating di?
Tapi kalau yang kira betul2 1st date ... Ulu Yam kot, main jirus2 air.. uiihhh...

6. How he proposed?
Camne erk?? Entah... mcm tiba2 je kitaorg nak tunang. Bagitau mak ayah .. dapat tarikh, dan bertunag la kami. Setahun kemudian.. kawin *yeay!!! penat siot bercinta bertahun-tahun*

*masih sedang asyik bercinta*

7. Special date with your hubby?
Sah menjadi pasangan kekasih *uuwweekksss* : 7 Ogos 2002
Ikat janji (Bertunang) : 1 Jun 2008
Di ijabkabulkan : 31 Mei 2009

Tarikh yang pertama itu sudah boleh diabaikan. Macam dah tak valid. Kita beri perhatian pada yang ke-3 saja. Itu sudah memadai. Lepas ni ingat tarikh birthday anak je lah pulak.

8. Changes that he asked you to do?
Takde. Cuma dia selalu pesan 'jangan kuat membebel' dan 'awak jangan membesar sgt2 awak'

9. What is about him that you love so much?
Dia macam sgt faham + tahan dengan perangai aku yang adakalanya mengada tak kena tempat dan macam tak reti nak survive sendiri kalau dia takde.. Senang kata, rasanya tak kan ada orang lain yang boleh layan aku mcm mane dia buat. Terima kasih En suami..

10. What is about him that u wish he would change?
Hmmm...takde pape rasanya. Cukuplah dengan apa yang dia miliki skrg. Aku tak nak jadik tamak. Mana mungkin aku boleh dpt smua yang aku idamkan dari seorang lelaki.

11. You will lose your mind n crack your head when he?
Dulu-dulu zaman kat UiTM, roomate aku yang sorang tu dah biasa lah tengok aku dengan muka monyok, berkerut2 tahan marah sebab dh dekat sejam tggu dia tak sampai-sampai. Beriya aku bersiap nak kuar dating, dia gi balun tido. Call tak angkat2...
Tapi sejak kawin masalah ketidaktepatan masa dia sudah dapat diatasi. Sebab skrg dah ada banyak kaedah yang aku boleh gunakan nak pastikan dia bangun tinggalkan katil.

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Bila dia dengan sendirinya tanpa disuruh akan mengemas meja, clearkan sinki.. terus nampak dia macam sgt seksi dan mengoda...

13. complete below sentences ....
My love towards my hubby is as big as... Lori Balak.. hahahaahh!! Biar sama ngan size aku skrg.

8 comments:

  1. soklan no 11 itu adalah sama kes dengan Mr Mata. kononnya nak jogging pepagi hari. puas call berpuluh kali, tapi tak sedar-sedar diri jugak... kenapakah lelaki susah nak bangun tido???

    ReplyDelete
  2. dayu...lepas da couple balik pun still kena tunggu ekwan datang lambat kan?kan?kan?sebbaik lps kawin da berubah...

    ReplyDelete
  3. iye.. lelaki adalah seperti sinonim dengan masalah bangun lambat
    mcm tak reti nak bangun awal pulak derang ni

    maka, bila dh lama2 mcm dah immune pulak.. terima je..

    ReplyDelete
  4. kak, normal kot lelaki liat nk bangun tido.My En.bf pon sama.rasanya ada beratus kali call x sedar2 gak..berpuluh kali gak terpaksa cancel dating sbb dia tido x sedar diri.

    ReplyDelete
  5. ngee..nak ciluk tag ni bole? cam menarik je ehehe

    ReplyDelete
  6. Apa antara 'kaedah yang aku boleh gunakan nak pastikan dia bangun tinggalkan katil'?

    Macam ada tips yang sangat menarik utk di-share je tu, Dayu. Hikhik.. ;)

    ReplyDelete
  7. hahaha...same la ekhwan ngan en wan saya...susah nak bangun! dulu masa belum kawen..slalu makan ati sebab die kalau tido macam xsedar bom meletop! tp after kawen ni..dah xleh nak lengah2..sebab wife dia akan kejutkan dengan pelbagai cara.. ;)

    ReplyDelete
  8. pergh! num 12 tu tak tahan! HAHAHAHHA boleh pulak akak tgk hubby akak sexy bila basuh pinggan and basuh sinki hahaha. gile comel akak ni! :p

    tag2 mcm ni baru fun.

    bukannya tag tipikal yg org bc soalan pun rasa nak muntah :D

    ReplyDelete