23 August 2011

Air tangan

Entah kenapa, boleh teringin nak membuat kuih raya sendiri. Tapi tak sangka pulak, dengan ada anak. Boleh jugak aku main butter, tepung smua buat kuih raya. Ucapkan tahniah kat diri sendiri. Biarpun hanya sekadar Biskut Sarang Semut. Aku tetap nak bangga ngan diri sendiri. Biarpun gigih bangun pukul 2 pagi atau tido pukul 12 malam, aku puas sungguh bila tengok bekas-bekas tersusun penuh berisi Biskut Sarang Semut hasil air tangan sendiri.

Lagi seronok bila Eisya suka betul makan biskut tu. Walaupun akhirnya aku rasa nak ngamuk je tengok biskut terabur atas karpet. Budak tu memang, orang suap tak mahu. Nak suap sendiri. Vacuum carpet sambil bebelkan anak, tapi dalam hati suka bukan main anak sengih-sengih makan biskut buatan sendiri.

Bila tanya 'sedap tak Cha biskut ibu??' Tersengih tayang gigi je lah dia.

hasil membakar jam 3 pagi tadi

Ni first time buat sarang semut. Dan malam tadi adalah malam ke-3 main sagat-sagat tepung. Seronok pulak aku sagat tepung (:

Adunan setiap kali membakar adalah berbeza. Kalau korang google resipi biskut sarang semut pun, sure korang akan dapat pelbagai version. Tu yang aku main tukar-tukar resipi tu. Apa yang macam terkurang kat resipi pertama, kita kasik elok masa 2nd time. Tak puas hati lagi, tukar time 3rd time. Tapi yang kali ke-3 ni bagi aku dah perfect kot. Rangup cukup. Warna pun cun. Wangi pun ada.. Rasa pun insya allah sedap untuk dihadap makan depan tv raya nanti.


Sesungguhnya, sangat mudah la nak buat biskut ni. Cuma lecehnya, tang nak sagat tepung tu. Adunan pun 10min je siap. Entah-entah lagi cepat. Kos pun murah. Telur sebiji je. Butter seketul. Tu pun aku pelik, apalah ada yang jual sampai RM19 untuk 50 bijik biskut ni. Tapi Ekwan kata 'kira lah sekali kos elektrik, kos tenaga awak' Hhhmm.. tetap gak aku rasa tak patut. RM15 dah lah. Paling tak pun, RM17 lah.. 50 bijik jual RM19 .. mahal la wehh..

Nak resipi ke?? Alahai macam malu pulak rasa nak bagi. Tapi nanti orang kata kedekut, lagi pun ilmukan elok dikongsikan. Maka, selamat lah mencuba. Ni aku main adjust sendiri je kuantiti tepung dia ni.. Hasil 3 kali membakar. Dan aku rasa ni lah adunan yang terbaik.

Bahan-bahan:
1. 280gm tepung gandum + 100gm tepung jagung + 70gm tepung kastad (campurkan dan ayak)
2. Butter seketul (250gm)
3. Gula kastor 100gm
4. Kuning telur 1 biji
5. Esen Vanilla 1 sudu teh

Cara-cara membuat:
1. Pukul butter ngan gula kastor. Kasik sebati. Pastu masuk kuning telur. Pastu masukkan pulak esen vanilla. Pukul lagi sampai sebati
2. Masukkan campuran tepung dan gaul rata guna tangan. Pastikan adunan tak melekat kat tangan ye.
3. Dan kemudian, boleh lah parut/sagat doh itu. Panaskan oven. 170 degree, api bawah sahaja.
4. Kaut lah adunan yang telah dipaurt masuk dalam papercups itu. Taburkan lah coklat rice.
5. Kasik bakar, dalam 5-10min. Ikut kesesuaian oven korang.

Senang kan. Tapi kalau dah namanya amatur. Oven pun oven murahan. Haruslah ada yang terlebih bakar. Dah hangit skit atas tu. Tapi siyes beb, yang sedikit hangus ni pun sedap gak. Lagi rangup. Tapi biasalah, hanya yang cantik molek je terpilih untuk masuk dalam balang. Yang legam sikit ni, masuk mulut la siap-siap.

Selamat mencuba!!

bahan kudapan

*mood raya dah kembali. tudung tak habis beli lagi. Rumah baru siap kemas 40%

11 comments:

  1. wee.. sedapnya. dulu lepas spm sy pun tlg mak wat kuih raya dan sarang semut ni antara yg tersuka la.. tapi skrg mkn kat umah org je la. hehe

    ReplyDelete
  2. kan leceh nk sagat kan..
    lg2 klu berkilo2 tepung..
    ok lah dayu dh pandai buat..
    ne tau sok2 wat production kueh raya..baru tahu knp dorang jual dgn harga mcm tu..:)

    ReplyDelete
  3. sagat mcm mana aa Dayu? mak Fie dulu suka buat utk kitorang.

    ReplyDelete
  4. mudah dan sedap biskut ni
    tak raya pun nak buat la nanti

    sagat camne??
    google je lah fie.. kita guna sagat biasa. yang buat sagat carrot/kentang bubur cha tu

    ReplyDelete
  5. na mmg dr taun lepas lg tringin nk bt sarang semut ni
    tp xde sagat tu ler, ekekek
    dayu gune sagat carrot??
    yg cane eh??
    sbb sagat carrot ade kt umah na, cer tunjuk sagat dayu tu, kot2 same,
    ley try ler..
    bhn2 semua ade kt umah,
    butter 5ketui lg ni...hehehhe

    ReplyDelete
  6. try choc chip gak dayu...lg senang xyah sagat bagai, hehehe na pu nk bt round 3 mlm ni kot choc chip xpuas mkn :p

    ReplyDelete
  7. suke gile biskut ni tp yg jual kt opis ni satu pun xde..nak buat sendirik tp xmampu..hahahaha bgn malam lg xmampu

    ReplyDelete
  8. rajin nye dayu..memang sedap biskut ni..

    ReplyDelete
  9. dayu, raya ni kitorg nak gi beraya umah dayu lah. (sbb nak rasa kuih ni) hehehe

    ReplyDelete
  10. dayuu kite pon baru lps wat wiken aritu. jenuh menyagat. dgn eryna skali tolong sagat haha :P tp mmg sedap n senang. mlm2 dok kunyah je

    ReplyDelete