04 August 2011

Hebahan Sosial: Tolong!! Tolong!!

Pagi ni, sambil draft report, sambil blogwalking. Multitasking kan.. Hebat tak? * (: * Dan sampai ke blog Yanie (kalau aku tak silap nama lah). Dia buat hebahan umum, aku abca pun macam 'sedihnya.. dah la puasa-puasa ni' Terus tergerak hati, nak buat khidmat sosial. Menyebarkan maklumat, mana tahu boleh membantu.

Kakak senior sekolah dia kehilangan suami. Suami dia keluar rumah, depan rumah je kot. Nak gi amik tafsir Al-Quran dalam kereta. Pastu tak masuk-masuk semula, sampai la sekarang. Memang dugaan sungguh. Sedih aku. Dah la husband dia keluar tak bawak I.C, duit, handphone semua takde. Entah apa jadik kat suami dia sebenarnya kan, kena culik ke, rompak ke.. Setakat ni dah 48jam suami dia hilang.

-ni gambar suami dia, ITHNIN NGADIMAN-
kalau terjumpa/ternampak di mana-mana tolonglah hubungi akak ni (013-3101221) atau mak dia (016-3713248) tak pun gi jelah balai polis berdekatan

Sayu aku baca bila akak ni kata, dia akan keluar meronda carik suami dia... Kasih seorang isteri kan.. Semoga akak tabah dan kuat hadapi dugaan ni.

Sebagai sesama umat, marilah kita sama-sama berdoa semoga suami akak ni ditemui dan kembali ke rumah dalam keadaan selamat. Amin. Akak ni pun dalam usaha nak memohon bantuan pihak media mewar-warkan hal ni. Nak mintak bantuan menteri, meh la kita tolong 'tweet' hal ni kat Dato' Shahrizat, mana tau dia ada cara yang lebih efisen nak membantu...

*Allah menguji umat dia, pelbagai cara kan. Harap-harap aku sekeluarga dijauhkan dari dugaan yang sebegini.

12 comments:

  1. Kesian gile! Tak terkata bile jadi gini. Mintak dijauhkan. Semoga suami dia selamat dan kembali ke rumah seperti sediakala. Amin.

    ReplyDelete
  2. Bulan baik ini mintak² Allah lindungi suami dia. Semoga jumpa lah suami dia nanti. Huhu. Sedih kite.

    ReplyDelete
  3. dina pun tahu pasal ni..dina kenal kak siti ni kat group MALAYSIA CLOTH DIAPERING PARENTS @ FB...
    sian dia..

    ReplyDelete
  4. ya Allah..
    ni budak satu kelas masa matrix dekat Penang dulu ni...

    moga-moga dia berada di bawah lindungan Allah..

    ReplyDelete
  5. kesiannya....hurm harap2 ketemu semula lah husband die ye...selamat kembali ke rumah

    ReplyDelete
  6. Kesian nye..nak-nak bulan puase ni..Moge Allah lindungi suaminya dan segera kembali kepada keluarga..amin

    ReplyDelete
  7. Ade jugak kawan fashya hebahkan pasal kehilangan suami ni kat Fb.

    Semoga suami dia balik dengan selamat nanti. InsyaAllah...

    Kita doakan sesame ye

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, kesiannya. Kalau jadi kat kita macam mana lah kan?

    Semoga suami dia segera dijumpai dalam keadaan yang selamat. Amin.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah
    beratnya dugaan yg Allah beri utk dia
    Semoga suami dia akan kembali dengan selamat
    InsyaALLAH

    ReplyDelete
  10. tq dayu tlg hebah kn...yup my name yanie :)

    ReplyDelete
  11. CIANNYER..SEMOGA HUSBAND DIE SELAMAT PULANG.

    ReplyDelete
  12. tibe aku baru jew bace isu yg same dr one of my fav blogger nieh; hanaseman.blogspot.com
    rupanyer Pn Salwa (isteri kpd mangsa) adalah kenalan die..
    ape2 pon, semoga suami Pn.Salwa tu selamat,,,ameen~

    ReplyDelete