Orang kata kalau si ayah selalu mandikan anak, basuh kencing berak anak semua, anak itu akan lebih rapat dengan ayah. Tak boleh berenggang. Asyik nak berkepit je dengan ayah dia. Sama lah jugak dengan mak. Sape yang banyak bersentuh kulit, bonding itu akan lebih akrab.
Tapi bila mengambil kira kes anak aku ni.. aku macam 'ni fakta ke auta ni?'
Eisya adakalanya sangat melekat dengan abah dia, sampai tak boleh nak dipisahkan. Adakalanya kalau abah dia tengah duduk-duduk pun, tiba-tiba dia datang dari belakang peluk abah dia. Abah tengah berdiri pun, dia datang peluk kaki. Pastu mintak dukung. Yang buat ibu jeles, bila ibu hulur tangan, tak nak tu. Geram. Tapi nak kata selalu sangat abah awak basuh berak awak, ibu lagi banyak kot.
Kejadian yang begini lagi lah kerap. Tengah sedap-sedap duduk dalam pangkuan ibu, boleh pulak dia melangkah nak duduk kat riba abah. Abah tengah bawak kete lah anak wehhh.. tapi apa dia peduli.. nak abah!! nak peluk abah jugak.
-muka puas hati dapat duduk atas riba abah-
geramnya la ibu bila awak buat muka gini Cha.. menyombong ye bila ibu suruh duduk ngan ibu semula.
aaargghhhh!!! siap palingkan muka.. peluk abah kuat-kuat
Aksi begini adalah kerap terjadi, boleh kata hampir setiap kali bergerak dalam kereta. Eisya mana reti duduk diam. Bila dah tak tahu nak buat apa, ginilah dia. Sibuk nak duduk atas abah, pastu nak ke ibu semula. Pastu nak ke abah semula. Pening..
Biar banyak kali dia buat gini, tapi aku tetap geram bila dia siap palingkan muka... tak nak aku amik dia semula *biasalah mak-mak ni memang ntah pape perasaan dia*
anak pompuan mmg gitu kot dayu.. macam jue anak ellaki asyik nak berkepit ngan mama je.. takleh ilang langsung mulalah mencarik huhuhu
ReplyDeletecamne la nak gi outstation pas raya ni ntah..
wah bahaya tue dayu....drive sambil pengku anak....hahahaa...memang manja lah cha nie eik
ReplyDeleteowhh mika rapat ngn babah dia,
ReplyDeleteingtkan sbb ank laki
rupenye bukan sbb ank laki je rapat ngn babah ek,
mane2 anak pun,
ke sbb kite ni ibu yg garang ek? huhuhu
hihi syomel eisya... isya skang pun tak reti dok diam kalau dlm kete..so skang dah start letak dalam car seat
ReplyDeletebab manja ngan bapak tu..erm tak leh kata ape dah dayu..isya memang anak bapak..huhuhu
my son pun soo la attached dengan Babahnya...cute Cha buat muka sombong tu kan..hehe
ReplyDeletehusna pun berak ayhnya yg basuh..kui2..tp mcm balance la sbb susu maknya yg bg..tp skrg g taska ayh bawak die sambil drive..huhuhuh nmpk gaya nnt bakal jadik mcm cha jugka
ReplyDeletehheheh comel gile pls.agaknya sbb jarang tu lah dia manja. mcm mya manja betul ngn tok mama.kalau balik rumah je kdg2 mummy nye tak heran. hai la anak
ReplyDeleteBahaya aksi tu.. Kalau boleh, laranglah.. Ada kisah di suatu kampung ni, kereta yang diapndu ayah terlanggar kereta di hadapan.. Kereta x rosak mana, ayah tak injured pon, tapi anak di pangkuan hayatnya sampai di situ aja, ribs all crushing internal organs.. Wallahualam..
ReplyDeletemujur mya tak diajar dok dpn.dia dok blkg dgn momy nya. kalo tak, sure ada jgk aksi2 begini dlm keta
ReplyDelete