11 August 2011

Terima dengan rasa syukur

Rezeki Eisya memang murah.

Dengan status cucu sulung di sebelah keluarga aku, dia memang menjadi cucu manja. Dan sangat dimanjakan. Lagi-lagi oleh atok dia (ayah aku). Kalau dengan atok, dia memang berkepit je. Atok dia pun kalau dah pegang cucu, tak bleh lepas. Asyik lah digendong budak tu, ke hulu-hilir. Lagi-lagi kalau aku ngan mak tengah sibuk kat dapur dan budak kecik tu sama sibuk nak tolong kupas bawang. Atok dia apa lagi, terus kaut, bawak gi main kat playground depan rumah.

Seperti biasa, Eisya tak reti puas. Bila ajak balik, masuk rumah dia meronta. Maka, patah balik la atok ke playground.

Tu dari segi perhatian, dari segi material aku malas nak komen banyak. SSPN Cha yang terkumpul setakat ni, hampir 80% atok dia yang bagi. Lagi 20% duit raya tahun lepas. Duit raya melambak-lambak pun sebab atok yang contribute. Setiap kali jumpa atok, ada je atok bagi 'ole-ole' Atok pesan kat ibu 'ni simpan dalam SSPN Cha' Dan alhamdullilah, ibu belum pernah lagi pecah amanah. Andai kata 'terguna' pasti ibu ganti semula.

Memang bertuah jadik cucu sulung kan..

Belum kira layanan eksklusif dari ibu abah sendiri. Itu lagi tak terkira kan. Baju, maianan, segala benda harus baru. Dia yang rasmi dulu. Memang untung jadik anak sulung. Segala keutamaan, dari segala segi diutamakan.

Dan lagi bertuah bila dikelilingi insan-insan yang sentiasa bermurah hati. Ada je pemberian yang nak dikongsi, diberi seikhlas hati. Memang sungguh bersyukur.

syukur alhamdullilah. terima kasih yang tak terhingga diucapkan

Seminggu sebelum puasa hari tu, aku dihulurkan dengan satu paper bag penuh berisi baju-baju di atas oleh seorang kakak di pejabat ni. Aku tanya 'apa ni kak?' Tersenyum akak tu jawab ' nak bagi Cha' Aku naik segan dah sebenarnya, malu nak terima pemberian dia. Sebab ni bukan kali pertama dia memberi. ni dah kali ke-3.

Syukur..memang syukur. Sejak menerima bungkusan yang pertama, stok baju harian Cha tak perlu dibeli lagi. Lebih dari cukup. Tak basuh sebulan pun baju dia masih melambak-lambak. Dengan yang orang bagi, yang aku beli lagi. Memang mewah baju anak aku. Baju pemberian kakak ni pun bukan lusuh mana pun, elok je lagi. Ada yang bleh buat jalan-jalan lagi. Tu yang jadik makin segan nak menerima bila dia hulurkan seplastik besar penuh baju gitu.

Tapi aku tetap terima dengan hati terbuka. Ini mungkin rezeki Eisya. Bahagian dia di dunia ni kan..

*bila nak gi bank top-up SSPN cha ni??

19 comments:

  1. syukur. rezeki anak mmg sentiasa ada kan?? =)

    kite parents tumpang gembira jelah

    ReplyDelete
  2. murah la rezeki cha..anak or cucu sulong mcm tu lah yer..semua orang syg..jimat xpyh beli dah sebab budak semakin besar

    ReplyDelete
  3. amboi meriah larr raya cha taun nie..

    btul lau jd anak sulung mmg beruntung ditambah pula lau jadi cucu sulung..cha sama lar dgn danish..alhamdulillah rezeki anak kita jugak kan..alynn blum lagi belikan bj raya danish wan n atuk dah spend duit utk belikan semua tu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..murah rezeki cha..

    Dayu qema letak gambar ammar pakai baju blogger hari ni, ramai tanya, nanti kuar 2nd batch bagitau ye...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.......
    murah rezeki cha

    ReplyDelete
  6. alhamdulilh....murh rzki si comel...;)
    rzzki mmg x kan putus klu ada ank nih kan dayu..

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah
    semoga rezeki untuk cha akan terus datang..
    oranng memberi.. dengan penuh senang hati sayaterima walau diiringi rasa segan..

    malu tapi mahu

    ReplyDelete
  8. murah rejeki cha tu la org kata anak tu rezeki kan dayu..

    ReplyDelete
  9. Banyak betul baju bajan Cha. Nashriq pon banyak baju bajan hasil turun temurun sepupu sepapat dia. Adalah beli sikit-sikit. Tapi tak banyak.

    Rezeki tu Dayu, jangan ditolak.

    ReplyDelete
  10. mmg..setuju!..cucu sulung mmg murah rezeki..husna cucu sulung belah yana..tiap kali jumpa atok dpt habuan..hihihihi

    ReplyDelete
  11. rezeki anak2 kadang2 tak terduga..=)

    ReplyDelete
  12. mya pon sama lah cucu sulong belah momy nya.dan mmg dimanjakan lelebih especially part material.lahir2 je dpt 1k.pastu wat aqiqah aki sponsor sekor lembu.blom kira lg duit raya ngan 'ole2' bila blk kg tiap bln tu.simpanan ASD dia dh mengalahkan ASB momy nya dah niha.
    btw untung cha dpt baju dr opismate ibu dia.tp I wonder sape lah yg mengata cha pkai baju ala2 kekampungan aritu eh??

    ReplyDelete