Sebelum ni ramai gak yang bertanya 'dayu, rupa mana grill pan kau tu'
Rasa macam nak jawab 'kau google je lahw eh, melambak-lambak image kuar' Tapi kata bulan puasa, kena beradab sopan secara lebih berhemah. Kena jaga hati dan perasaan orang. Tapi kalau kawan-kawan jenis hati kental, selamba je aku jawab guna ayat penyata kat atas tu. Anyway, dah semalam aku meng'grill ayam untuk bersahur. Amiklah gambar walau rasa macam 'senonoh ke tak ni?' Tapi layan je lah.
grill pan saya
Grill pan ni dah lama aku berkeinginan nak membeli sebenarnya sebab suami aku tu memang suka makan ala-ala western. Dia suka suruh aku panggang daging, bakar ikan. Aku pun suka makan berasaskan panggang + bakar ni. Tapi sedia maklumlah, klau nak bakar ikan guna kuali biasa tu.. nak balut-balut aluminium foil.. Tu pun melekat-lekat lagi. Nak bakar pakai oven, tak sedap. Hilang moisture ikan/ayam tu smua.
Tu yang bila Sogo buat warehouse sale hari tu, aku tengok kuali ni tinggal RM59. Aku terus beli. Nak beli Tefal tapi buat pe nak melabur lebih untuk hasil yang lebih sama. Yang ni aku beli brand Maxim. Sangat puas hati lah. Senang keje memanggang aku sekarang. Segala benda aku nak panggang sekarang. 2 hari lepas panggang sotong... terbaik!!! Lagi best bab membasuh, sangat mudah. Kalau malas, lap-lap pun bleh. Pastu panggang lah benda lain lak. Tak ke memudahkan tu namanya.
Berbaloi la kuar duit beli kuali memanggang ni. Bila panggang daging tiba-tiba feeling macam steak Victoria Station lak. Ngan garis-garis kat daging tu.. pergghhh!!
wah nak beli lah dayu.....teringin dan tengah survey yang sesuai...so bile entry nie sedikit sebanyak membantu mun....
ReplyDeletemmg best la dayu..
ReplyDeleteaku siap tunjuk blog ko pasal grill pan ni kat kakak opis aku...
die punyer la sibuk nak tahu cara membakar ayam lagu mane...tibe ko kuar lak entry pasal ni,,mmg terbaekk la..
so die pon nk beli gak grill pan ni kat sogo..hihihi..
btw, thanks 4 de info dude=)
beli wehh..beli
ReplyDeletetak rugi melabur beli grill pan
memudahkan keje membakar
kalau setakat nak masak daging burger, hotdog..lagi capcap soi jadiknya
bagus jugak grill pan ni. smlm bakar ikan pkai pembakar biasa, habis melekat2 ikan..
ReplyDelete