18 August 2011

Teres vs rumah bertingkat

Dari dulu hingga kini, aku sebenarnya lebih suka tinggal di rumah jenis teres. Rumah di atas tanah. Yang mana memang dah sah sahih ruang lingkup kawasan dibawah hak milik yang perlu dijaga dan diurus. Semua bawah tanggungjawab sendiri. Bersih dan sedap mata memantang, hati sendiri bangga. Kalau bersepah, lalang kat halaman rumah dah sama tinggi dengan pagar. Pandai-pandai la sorok muka time bukak gate bawak kete masuk parking.

Ohhh.. aku memang suka duduk rumah teres.

Paling best, tong sampah depan rumah. Tepi gate. Tak payah berjalan jauh-jauh nak buang sampah. Tengah malam nak keluar buang sampah pun tak takut. Tapi harus aku bukak lampu terang benderang, pastu bukak pintu tong sampah tu dari dalam gate je. Takut tetap takut. Tak boleh berani sangat. Lagi-lagi rumah teres sewaan dulu tu kat lorong jalan mati. Tu satu hal, tapi aku risaukan anjing je lebih sebenarnya (:

Tapi yelah, sampai ke bila nak duduk menyewa kat rumah orang. Dah la asyik keje nak naikkan sewa sesaje. Aku suruh tambah kipas kat bilik jawab boleh tapi nak naik sewa. Suruh betulkan sinki pun sibuk gak nak naik sewa. Sudahnya.. takpe. Setakat setahun jelah kami tolong bayarkan duit rumah tu. Kami dah beli rumah sendiri. Biarpun tak dapat lagi memenuhi ciri-ciri rumah idaman. Kami puas hati. Duduk kat rumah sendiri. Boleh menghias sesuka hati. Jaga harta sendiri.

Aku sebenarnya tak berapa tahu menahu yang laki aku nak beli apartment ni. Tau-tau dia kata nak tukar nama dah.. huhu.. Nak surprise kan aku agaknya. Layan je lah.

Suka harus suka. Mana tak suka. Laki aku ada inisentif nak membeli rumah. Tak ke rasa macam 'woow.. berfikir panjang laki aku' Hahaha.. Tapi kalau dia bagitau aku, mesti aku ajak dia beli teres. Buat share loan. Tak dapat 2tingkat seperti yang diidamkan, teres setingkat pun jadik buat sementara ni. Nanti bila dah agak berduit, boleh upgrade. Aku tau, laki aku tu pun memang suka rumah teres. Tu dulu lepas kawin dia beriya nak sewa teres. Dia pun tak suka rumah bertingkat-tingkat ni.

Antara sebab kami tak berapa berkenan dengan apartment@rumah bertingkat *condo ok kot*:

1. Parking : alhamdullilah lah rumah sekarang parking melambak-lambak. boleh main pilih-pilih lagi. nak parking yang boleh nampak kete dari tingkap rumah.. no hal la. tapi tetap rasa insecure parking kete gitu je..
2. kena share lif, share tangga. share tong sampah. tong sampah dah la jauh
3. takde ruang nak menyidai baju yang boleh dapat sumber matahari secara maksima
4. tak boleh nak bercucuk tanam

Ok lah, bab perlu berkongsi tu terpaksalah terima dengan hati terbuka. Kata dah ni je standard yang mampu buat masa kini kan. Belajar la hidup berkongsi segala ni. Aku pun no hal je sebenarnya. Tapi aku jadik hangin jugak bila terpaksa hidup ngan manusia-manusia yang macam takde sivik ni. Tak ke hangin bila pagi-pagi nak keluar gi keje, tengok tepi pintu rumah ada plastik sampah. Aku tahu la rumah aku dekat ngan tangga. Tangga tu access paling dekat nak ke tong sampah besar. Pastu sesuka hati lak nak tumpang letak sampah kat rumah aku..

Turun tangga lagi panas je hati. Melambak-lambak sampah kat tepi tangga. Tepi tangki air. Kalau sampah kering takpe jugak, ni sampah basah. Siap berbau-bau dah. Geram je aku laki bini tengok. Tau la ada akak cleaner yang tolong sapu smua. Kesian aku tengok akak tu kutip sampah-sampah tu bawak buang ke tong sampah besar.

Bengong orang-orang macam ni. Petang ni aku nak print kertas amaran sign A4+A3 banyak-banyak. Malam kang gi tampal kat tiang tu.

*malu okay bila orang datang rumah tgk surrounding umah macam ni.
** cepatlah mampu nak beli rumah teres. tapi harga rumah semua macam 'fulamak!!'

11 comments:

  1. patotnye buat share loan je dayu. rase rugi pulak kan? tp dia dah beli nk wat camne? sokong jelah hihi

    kite pon cam dayu suke ddk rmh teres. ada laman sikit at least bleh anak main2 beskal dlm gate. selamat sikit rasanya

    so ddk rmh skrg nie eventho rumah in law, buat cam rmh sndiri ajelah. rezeki kami menumpang rete mertua. deme pon jenis x kisah. mmg beli utk kesenangan anak cucu. so terima jelah dgn tgn terbuka

    nti dah mampu nak jgk beli rumah atas nama sendiri =) insyallah

    ReplyDelete
  2. rumah teres mmg ok berbanding rumah atas2.. tp citarasa orang lain2 kan.. dah ada rumah sendiri tu pun ok dah tu kan.. elly ni walaupun rumah sewa..atas tanah..tapi 3 tahun dah membayar kat orang..tak best..entah bila nak beli rumah sendiri..ermm lom ada rezeki

    ReplyDelete
  3. rumah teres mmg ok berbanding rumah atas2.. tp citarasa orang lain2 kan.. dah ada rumah sendiri tu pun ok dah tu kan.. elly ni walaupun rumah sewa..atas tanah..tapi 3 tahun dah membayar kat orang..tak best..entah bila nak beli rumah sendiri..ermm lom ada rezeki

    ReplyDelete
  4. Itu yang aku tengok semalam tu rumah besar RM3.6 juta. Bapaklah. Termenung lame aku dalam umah tu. Merase jugak pegang dinding umah dia. Hahahaha

    ReplyDelete
  5. pasal tu la akak sanggup beli umah kat Rawang.. semata mata nak duk umah teres. klu kat area KL rumah teres punya harga.. OMG .. menggigil tangan nak membayarnye bulan2

    ReplyDelete
  6. pja pon nk dok umah teres...umah skrg menyakitkan hati..nk buang sampah pn manual je..kan besh kalo bleh letak kt tong yg melekat dlm pagar batu umah..hehehehe
    pastu umah teres ade laman sendiri..leh kasi mikhail n adik2 berlari2 dlm laman sendiri je...ni x...asal berlari je..trus dia lari ke jalan tar...bahaya....ate..umah x de pagar...

    ReplyDelete
  7. nurul suka umah bungalow...hehehe..sometimes rasa nak gak dok kondo mewah..huhu..ntah bila nak jadi jutawan ni....
    apapun nak beli umah sendiri... tunggu umur 35 tahun br decide, sekarang nak enjoy dgn duit yang ada..lagipun mana la tahu akan dtg harga umah masih ada yang murah..so skrg terpaksa la dok umah bertingkat menyewa dulu

    ReplyDelete
  8. ade 1 lagi sis x sebut bile dok rumah tingkat nie . shiling kau lantai aku . lantai aku shiling kau . hehe n sebalik nye larh .

    ReplyDelete
  9. tang siling ko lantai aku, lantai aku siling kau.. tu pun satu hal gak
    kena jirang tetangga yang tak de jam kot kat rumah.. malam2 nak bertukang.. mmg hangin
    rasa nak je aku gi serang umah dia

    ReplyDelete
  10. teres mmg lg seronok..ade laman..ade parking sendirik..yg penting xperlu nk naik tngga..skrg dh merasa..thn depan xsabar nk masuk umah baru pulak..huhuhuh

    ReplyDelete
  11. haha..aku tengah merasa benda yang sama skang..duduk rumah bertingkat sangat tak best!

    ReplyDelete