12 August 2011

Cha dah sedia ke?

Sejak kebelakangan ini Eisya semakin kerap mempamerkan sifat penyayang dia sebagai seorang kakak. Pantang nampak baby, mesti dia akan datang dekat, sibuk nak pegang-pegang pipi baby. Tapi selalu aku tak bagi sebab risau dia cucuk mata baby tu. Bila dapat pegang, sibuk pulak nak cium. dah bagi cium sekali, nanti datang lagi nak cium baby lagi. Tak dapat cium pipi, cium kaki pun jadik lah.

Ohh.. terserlah ciri-ciri kakak penyayang.

Dan semua orang akan kata 'boleh dah ni bagi adik' Dan aku laki bini tersenyum tersipu-sipu melihat aksi anak sorang itu.

sayang baby!!

dapat kaki pun jadik

Secara jujurnya, bila tengok Eisya yang semakin suka berkawan. Yang suka sangat kat baby, aku rasa macam 'bolehlah bagi Cha adik' Kesian gak dia, sorang-sorang je. Nak main pun takde kawan, harapkan aku ngan Ekwan malam-malam hari bukanlah rajin sangat nak melayan kerenah dia. Bila sesekali jumpa sepupu-sepupu dia, bukan main seronok dia main. Sampai tak ingat makan, tidur semua. Kat nursery pun, adakalanya macam tak nak balik sebab seronok ramai kawan nak main. Dah bawak keluar pun sibuk patah balik nak masuk nursery.. Hantar pagi pun sekarang dia da tak kesah kat ibu dia ni, dengar je cikgu panggil nama dia.. terus berlari gi kat cikgu T___T

Cha dah ready ke nak jadik kakak Cha?? Tapi ibu belum lagi Cha, camne??

Bila kebelakangan ni orang sekeliling asyik kata Cha kuat meragam sekarang ni, sikit-sikit nangis kononnya itu salah satu petanda nak dapat adik. Tapi tidak rasanya. Dia lebih kepada mencari perhatian mungkin. Nak suruh ibu ngan abah manjakan dia lebih lagi walau hakikatnya dah terlebih manja budak sorang tu.

Tapi bila membaca kisah-kisah 'rezeki' yang pelbagai.. Aku kini semakin berusaha untuk sentiasa bersiap sedia. Sebab aku sedar, siapa aku nak halang ketentuan Allah. Kalau ditakdirkan kami dikurniakan 'rezeki' dalam tempoh yang kononnya aku masih belum bersedia ni, aku akan pastikan aku terima rezeki tu dengan penuh rasa syukur, dengan rasa keterujaan yang sama sepertimana 20 Ogos 2009 dulu (:

11 comments:

  1. Samela anak kite Dayu oi, suka sangat ngan baby, nak main cucuk2 muka baby. Nangis pun makin kuat..adoi!

    Npon kite pun tertinggal kat umah jugak arini..huhu

    ReplyDelete
  2. mmg bdk baya2 cha skrg ni perangai kuat meragam.nk perhatian lebih dr mak pak dia.dan suka kan babies.

    ReplyDelete
  3. apa lg dayu...kena pregnant utk anak 2nd pulak la :) kasi eisya adik lak! ^_^

    ReplyDelete
  4. dayu..kadang2 kita rasa tak sedia, tapi sebenarnya yg tahu kita sedia ke tak...cuma Tuhan je. kalau ditakdirkan Dia bagi dalam masa terdekat ni, terima je dengan gembira. sebab Dia Maha Mengetahui. insyallah boleh punya :)

    ReplyDelete
  5. Dayu sama la.
    Pada pemerhatian saya, anak kite dibesarkan di taska which is 8-9 jam 5-6 hari seminggu bersama kawan kawan. Berbeza dengan anak kawan saya yang fulltime duduk rumah with maid agak kurang sikit sikap sosialisme diaorang.. Anak saya very the friendly type nak cium2 nak pegang2 anak dia but anak dia contra.

    Kalau mampu zahir dan batin apa salahnya bagi Cha adik Dayu...tapi kalau rasa nak fokus untuk Cha up to umur 3 tahun...Sesuai...Me also plan lepas diaorg umur 3 -4 tahun baru bagi adik. Kesian tengok manje sangat tak sampai hati nak ragut kemanjaan diaorang..

    my two cents :-)

    ReplyDelete
  6. OOHHHH
    i like the statement 'tak sanggup nak meragut kemanjaan' waahh, itu sgt tepat..
    ibu ngan abah blum puas membelai anak sulung itu
    nanti ye..

    ReplyDelete
  7. hehhe..cha nak baby tuu...bagi la..bagi la..;-D

    ReplyDelete
  8. Kalau Cha ada adik, mesti seronok dapat main sama-sama. Ye tak Cha? - Achik Aishah menyocok. :p

    ReplyDelete
  9. kalau aqil semua budak dia panggil baby..tak tau la ada adik nnt mcmn..hope he can be a good brother..cha..nak adik ke?

    ReplyDelete
  10. kebetulan tajuk entry kita nak sama pd hari yg sama. cuma sha schedule post to 13august jek. tgk2 arini entry dayu pon sama. haha. blogger mmg mempunyai pemikiran yg sama.:)

    rase2nya cha dah sedia kot. :P

    ReplyDelete
  11. rasa nya memang dah level diorang suka berkawan. dani pun dah seronok berkawan. memang kesian tgk dia.. tapi..err.. insyallah ada rezeki

    ReplyDelete