15 August 2011

Mak tak hot mana, tapi boleh la

Aku baru terima baju eksklusif ni minggu lepas lepas. Orang lain semua dah sarungkan kat anak masing-masing. Tapi aku masih belum berkesempatan nak kasik Eisya bergaya dengan baju dengan nama dia sendiri kat blkg kolar tu. Berkeinginan tapi takde kerjasama dari tuan punya baju. Sedih ibu awak Cha.. Ibu punyalah beriya tempah baju ni untuk awak, tak sabar nak tengok baju tu terletak kat badan awak. Tapi boleh awak buat tak layan je bila ibu tunjuk baju tu kat awak.

Dah la bila ibu tanya 'lawa tak Cha?' Awak siap boleh pegang baju tu lepas tu campak baju tu. Ibu sedih. Geram pun ada jugak.

tepuk-tepuk pastu amik buat lap muka *sadis*

akhirnya dapat juga kasik dia bergaya ngan baju tempahan khas ni. dia suka baju ni sebab ada bear kat baju. asyiklah sibuk nak pegang bear kat baju tu

Nampak gayanya ramai yang berminat nak adakan 2nd batch untuk tempahan blogger baby shirt ni. Lepas raya lah ye kita bukak order. Sekarang ni dok pikir hal raya je ni. Tudung raya, kasut raya, biskut raya, handbag raya... (: Semua la pasal raya.

6 comments:

  1. mya pon mcm xsuka bj tu.sedih sungguh.org tanya cantik tak? dia jwb tokkkk (loghat phg).nyampahh.jadinya bj tu tak tersarung2 pon ke bdn dia lg

    ReplyDelete
  2. Belum berkesempatan nak pakaikan kat Nashriq. Malam ni boleh capture kot. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. hee...
    mcm nak order je :D
    tp hot ke omaknye ni? huhu

    ReplyDelete
  4. a'ah ..a;ah
    cha je yang hot.. ibu dia tumpang sipi2 ke'hot'an cha

    ReplyDelete