Kali terakhir potong rambut adalah... Susah giler nak dapat kan semula memori bila last potong rambut. Nampak sangat dah terlalu lama tak pergi mencantas rambut. Bila erk?? *perah otak*
Tak silap lepas habis pantang kot. Masa Cha dalam umur 2,3 bulan. Tu pun bukan gunting sangat pun, just trimmed skit. Pastu kasik layer rambut tu. Setahun yang lepas la maknanya kan. Tu pun dulu rambut aku dah paras bawah bahu. So bila dah selepas setahun ni, rambut adalah sudah panjang maksima. Sampai aku pun naik rimas dengan rambut sendiri. Mak aku pun asyiklah 'tak nak gunting rambut ke Long?' Dia pun serabut kot tengok rambut anak dia panjang-panjang gini.
Tapi Cha suka main rambut aku. Siap boleh main chak-chak lagi ngan rambut ibu dia.
Lebih kurang panjang gini la rambut aku. Panjang sikit lagi kot.
Kalau tanya laki aku, kata nak gunting rambut dia okay je. Aku pun tak pasti sebenarnya dia prefer aku rambut panjang ke pendek. Tapi sepanjang dia kenal aku, 2 kali je kot aku berambut pendek. Tu pun atas bahu. Sebab aku rasa sangat tak yakin bila berambut pendek. Rasa macam pelik je muka kalau rambut pendek. Kalau rambut panjang, boleh feeling gadis ayu.
Tapi rasanya sebelum raya ni nak tak nak kena gak gi masuk kedai gunting rambut. Kasik rawatan sikit kat rambut ni. Kesian dah aku kat dia. Macam tak bermaya sungguh.
*tiba-tiba teringin nak rebonding rambut lah. rambut raya katanya
Aku ade kupon salon potong rambut. Mahukah?
ReplyDeletekite dah cuci & potong rambut 2 weeks ago. kali nie mmg nk simpan pjg sket sbb last year raya pendek cam lelaki. x suke..
ReplyDeletelepas potong pendek cam laki raya last year, nie baru gunting kasi trim. so dptla bawah bahu & layer jer pastu kasi nipis..x berat sgt =p
bestnya rambut panjang..kayrul dulu sebelum bersalin rambut sampai paras bontot, lepas bersalin terus potong pendek. asal panjang sikit jer rimas coz rambut banyk gugur
ReplyDeleteLast potong rambut betul2 pendek macam lelaki, sekarang dah panjang sikit paras bahu..makan masa lama gak la nak panjang....
skang mmg trend potong rambut pendek.. musim panas kot
ReplyDeletepanjang nye rambut dayu kalo mcm tu..afni ni pun da naik rimas rambut panjang. nak pendekkan tak berapa berani..
ReplyDelete