Telah berjaya ke Pavillion dengan menggunakan perkhidmatan awam. Huhu, saya mcm takut naik monorail tu. Muka keras je, pegang besi kat tepi tempat duduk tu. Gegar2 je rasa benda tu. Sangat tak sabar nak turun.
Dah lah jalan sorang-sorang dengan tak pastinya kat mana letaknya Pavillion tu. Ye, mmg saya tak tahu dia kata mana. Selalu dtg Bukit Bintang ni mesti berteman. Aku ngekor je. Tapi hari ni gigih gi sendiri. Sampai En Ekwan kata 'uncit aku, kalau bab shopping besungguh betul' Alah, dah takde masa. Tak carik hari ni, entah bila nak beli. Nak suruh pakai kasut gi keje ke sanding nanti?? Harus 4 keturunan gelak kan aku nanti.
Turun je monorail, terus call En Ekwan kesayangan yang juga merangkap GPS bergerak ku. 'yang, Pavillion arah mana??' bagi je kedudukan terkini anda, dan dia akan bagi direction untuk kaki ni melangkah. Siap dengan pesanan penaja 'jangan gedik2' Buat yang tak tahu *mmg lah takde sape yg tahu* itu pesanan favorite dia setiap kali tunang dia ni keluar tanpa dia di sisi, pesanan wajib tiap kali 'cik yu' balik kampung. Pe dia ingat suka sgt ke 'cik yu' mengedik. Bukan best pun...
Masuk2 pavillion, terus carik Parkson. Tapi sempat gak lah buat muka paling yakin, masuk butik2 kat kiri kanan tu dalam perjalanan ke Parkson. Biar budak2 salesgirl tu tak pandang aku atas bawah mcm aku tak mampu je nak beli barang2 kat dlm kedai tu. Walau hakikatnya, memang tak mampu pun. Boleh je kalau nak beli sebenarnya, pastu aku takde duit nak makan. Maka, haruslah aku dulu kan makan. Namun, walau puas buat muka 'orang berduit', tetap budak2 tu pandang aku semacam.
Sudah lah korang...nyampah tul aku ngan perangai korang ni...
Masuk parkson pun aku mcm 'eh,nape susunatur parkson ni tak sama mcm kat The Mall ni?? mana kasut dia ni??' Merayau2 jap dalam tu, tak gak jumpe barang yang dicarik. Terus keluar bawak diri. Bukan setakat keluar dr Parkson, terus keluar dari pavillion.. terus rasa kesedaran dalam diri muncul. Aku belum mampu untuk berbelanja di sini. Tunggu 5 tahun lagi, mampu lah kot. Huhu, dengan gaji seorang engineer pun masih belum mampu nak shopping kat Pavillion. Kesimpulan, tak lah banyak mana gaji engineer. Jangan nak paw aku sesuka hati.
Dan dengan redha membawa diri ke Lot10. Iye, kat sini baru lah rasa best nak belek2 kasut,baju smua. Kasut2 kat Isetan lagi best lah dr kat Parkson Pavillion tu. Tengah syiok2 try kasut, En GPS call 'kamu di mana uncit??' Ko tengok, mesra tak mesra dia panggil tunang dia ni. Rasanya, sampai beranak pinak dia panggil aku uncit ni kang. Dan, dengan kuasa veto milik seorang bakal suami 'jom gi makan, jap lagi la beli kasut awak tu' Dan dia suruh jalan semula ke Pavillion. Lunch kat sana je dia kata. Layankan je lah. Mmg perut dah lapar ni.
Food court Pavillion mcm best lah. Dah lah makan tengahari bersama lelaki pujaan hati sampai mati kan. Harus lah lagi rasa best+seronok yang melampau. Dia belanja pulak tu. Hati perempuan mana lah yang tak berbunga riang.
Selesai sesi mengisi perut 'awak nak orang drop awak kat mana ni?? Lot 10??' Dan saya jawab 'tak nak lah. nak gi sg wang lah' Iye, ari ni saya kuar masuk shopping complex je. Dan misi mencari kasut harus dijayakan. Jangan sia-siakan cuti anda *cuti lah sgt* Dan habis Sungei Wang aku tawaf. Dah lah punyalah banyak kedai kan. Sepanjang petang kat sana. Tapi sebab nak balik ngan En GPS, kena tggu smpai 4.30, rasa mcm takpe lah kuar masuk semua kedai.
Dan setelah rasa penat yang amat dan rasa dah tak larat nak mencari. Kasut pilihan hati telah ditemui. Susah sungguh mencari kasut ni lah. Yang berkenan smua heel berinci2. Aku mana bleh pakai heel tinggi2, En GPS tu ketinggian dia lebih baper cm je dr uncit dia ni.
Hasil kegigihan mencari sepanjang hari. Dia ni jadik pilihan. Dan hati rasa girang, sebab akhirnya dapat kaler gak kasut kaler grey. Konon match habis lah dgn baju nikah bermanik silver tu. Moga2 padan juga dengan lace beralas songket tu nanti. Arrggg, padan tak padan, aku sarung je..
Pesanan kepada sang kasut kelabu: Selamat berbakti ye pada 31.5.09 nanti. Sila lah jalankan tugas dgn cemerlang pada hari pernikahan dan persandingan ku nanti.
Dan En GPS yang baik hati telah mengutip 'uncit' dia ni. Siap pesan 'tapau org kek satu eh' Pantang tahu kita lepak minum kat Secret Recipe tggu dia. Terus bagi tempahan khas. Tapi, demi kekasih hati sampai ujung nyawa, kita penuhi je lah ke'mengidaman dia tu.
Dan sampai umah, saya terus excited try kasut baru. Saya suka!!!
*beli cincin kawin pun tak susah mcm ni. tak sampai sejam pun. beli kasut sampai seharian
*hahaha, en ekwan dpt nama baru, En GPS, juga en IT saya.. pape, saya tetap sayang kamu. sayang banyak..
bestnye (:
ReplyDeletetak pe dayu, walaupun lama nak mencari kasut idaman kalbu, janji kita puas hati. itu lagi penting.
ReplyDeletebiar sakit kaki time mencari kasut, jangan sakit kaki time nikah wooo
:D
Gaji engin mesti la banyak.huhu
ReplyDeleteBtw.Kasut tu sangat cantik ;)
Pesanan pada kasut : Slamat berbakti.heheh
p puas ht kan.. w/p agak pnt.. kasut tu nice
ReplyDeletesimple tp cantik..i loike..
ReplyDeletedayu... pavilion tempat fav kiter.. tak semua tempat mahal2... :) kat sana ada kedai kasut 'charles & keith' semua cantik2 dan afordable. kalau dayu suka baju dress yang cumil2 boleh beli dekat forever 21..
ReplyDeleteanyway, kasut tu cantik... :)
cantik kasot ko cik doyot...p/s utk cik kasot:---> jgn kamooo buat spoil ms majlis nanti k...~lalala~*mengong...
ReplyDeletehohoho sama. tidak dpt lagi mencari kasut nikah. Haha. kat kedai mana yg byk choice ni? hanie ni nanti kena jgk kuar masuk kedai la nampaknye ni
ReplyDeletecantik kasutnya.yg pasti lepas majlis pon leh pkai lg kan
ReplyDeletetu lah..biar penat asalkan hati puas kan..org pompuan, kita hal2 gini pun kita concern terlebih
ReplyDeleteorg laki senang je
kejap je carik brg dia
tp ada masanya berjam gak pusing memilih...
nak cari kasut yg berkenan mmglah sgt susah..
ReplyDeletetantiknye kasut die..suke tgk..cewah..kasut pon dh beli..aku nk bw afieq g kenduri ko..biar die jejehkan air liur die kat kasut tu..(hahhaha keji) anak aku suke main air liur skang..mnjejeh jek..
ReplyDeletecantek sgt kasut tuh..simple but adorable..
ReplyDeletecantek..tiutnya rebennyaa...
ReplyDeleteslamat berbakti juga ye kacut..
saya sangat setuju...cari kasut lagi lama cari cincin :P
ReplyDeletemcm evyn laa...bukan sehari je cari kasut..malah berminggu2...:))
p/s evyn duk puchong la dear :)
kakak,cantek kasut tu :)
ReplyDeleteberbaloi la akak beli even bukan dekat pavvy tu hehhe
pavvy tu yonna rasa mungkin paris hilton je yang boleh soping kat c2. yonna kalau masuk parkson, kalau boleh nak terbang je sebab sangat tak sanggup nak pijak lantai parkson tu hhahaha. sebab tersangat lawa. plus brand2 dia mmg yonna tak mampu la T__T
samer la kita dayu..aritu masa ari kasut, satu KLCC meround sampai cik abg naik marah..wakakakaka` at last beli kat primavera jerk
ReplyDeletekisah kasut memang pelik dayu.. aisha punya kes, esok majlis, hari ni boleh jumpa kasut warna hitam sepadan dengan baju sanding.. wah!! mau tak rembat aje kasut tuh... maka, kasut cream yang ditempah hanya dipakai sekali kat umah wahid.. hahahahaha..
ReplyDeletedayu, kasut tu cantik!! plus, sangat elegant la!!
haaa betul...
ReplyDeletecarik kasut lagi lama dari cari cincin..
setuju...
wahh...sesorang ko merayau cari kasut tu eh...gigih tu..
bukan senang nak carik kasut idaman kalbu. nak2, kasut untuk hari bersejarah. harus lah pilih betul2, kan?
ReplyDelete