19 May 2009

status baru, azam baru

Bakal suami saya ni pandai betul lah memberi serangan balas. Sangat pandai memerangkap bakal isteri dia ni. Sampai pihak yang tadi kononnya baru je nak buat serangan, terus mengundur kalah. Trus angkat bendera putih. Sampai terus kata 'yelah, org lah lagi kejam' sambil gelak2 sebab nak cover salah silap sendiri.
*ini adalah salah satu tips supaya tidak kelihatan teruk di mata bakal suami, mengaku salah dalam keadaan yang kononnya paling comel*

Tu lah kan, adakalanya kita mcm tak sedar apa yang org buat untuk kita. Tahu nak carik salah orang. Kejenya asyik nak ungkit apa yang kita dah buat kat orang. Nak balasan lah kononnya. Tapi dalam tak sedar, macam kita hargai pe yang orang buat untuk kita. Siap boleh tak perasaan lak tu *huhuhu..mintak ampun* Maka, hari ni.. 11 hari sebelum saya sah menjadi milik mutlak dia. Di mana saya perlu taat sepenuhnya kepada dia *selagi dia tak suruh buat hal2 gile yang mendatangkan dosa* saya mahu memasang niat.

1. Saya akan cuba seikhlas hati bangun pagi2, sediakan sarapan untuk kamu. Jom gi Ikea beli tupperware baru. Harus En Ekwan kata 'tupperware pun nak carik kat Ikea, ngada lah awak ni' Harus lah, baru lah semangat nanti pagi2 awak nak makan. Baru lah boleh dengan bangganya tolak pelawaan bila kawan2 awak ajak gi breakfast. Kalau ada tupperware baru, tak lah awak segan nak tayang kat kawan2 ultraman awak tu *gigih kah aku?? dah lah 6.30 nak kena kuar dah*
note: panggil engineer2 fuji ultraman sebab uniform derang mcm baju ultraman *hahaahah*


2. Saya juga akan seikhlas hati gosok baju ultraman kamu. Tak mintak upah nye lah. Jangan risau. Tak sanggup saya tengok kamu gi keje ngan baju kedut2. Buat malu aku je nanti. Tak mahu lah orang dok ngata 'pe malas sangat bini ko ni??' Habus jatuh tergolek reputasi i tau.

3. Saya juga akan merajinkan diri mencuba masakan-masakan baru untuk kamu. Dah lah kamu ni boleh tahan cerewet bab makan. Okay, saya juga akan pastikan takde tompayak, petai atau sambal belacan dalam peti ais rumah kita nanti. Tak makan konon... ngada tul.. tapi tak kira, benda2 ni akan tetap hadir kat dapur kita. Jangan la kamu berani sabotaj buang eh..

4. Saya juga akan cuba untuk mengurangkan kegemaran tido petang saya. Yelah, skrg ni balik keje boleh la nak terus golek2 atas tilam. Nanti dah duduk serumah ngan kamu, harus sampai2 rumah je kamu ngadu lapar. Kamu tu dah la suka skip lunch, tu yg asyik lapar je petang2.

Dah lah. Saya lapar. Nak gi beli buah lah kat bawah. Banyak lagi azam saya sebagai seorang isteri ni. Tapi nantilah, tggu betul2 pegang title tu. Baru lah boleh huraikan secara mendalam. Ada jugak yang terlalu peribadi. Yang hanya boleh dinyatakan kepada sang suami. Yang itu kita simpan dalam hati. Mana boleh bagitau smua kan...

Sekian.

26 comments:

  1. emm.......bguslh..!!

    ReplyDelete
  2. bagus dayu.. bagus!! azam macam tu la yang nak dengar!! kah kah kah.. tau la macam mana peningnya kepala bila tak dapat tido petang nanti!!

    oh, selamat berdebar-debar dayu!!

    ReplyDelete
  3. amboi sungguh bersemangat kamu mahu bergelar isteri..


    lagi seminggu je kan.. pejam celik pejam celik.. opss dah ade atas katil .. wakakakaka sungguh gatal kakak mu ini ;)

    ReplyDelete
  4. dayu..kamu bagus btol azam kamu setlh bergelar isteri..mesti dicontohi ni..hehe

    ReplyDelete
  5. Kak Dayu,
    nikah berapa hb eh? (ke Chika je yang tak tahu?)

    macam nak dekat sangat je ni. Selamat Pengantin Baru (eceh, in advance)

    Nanti dah kawen, automatik akan berubah. HAHA. Benda yang tak rancang nak berubah pon, berubah juga. HAHAHA :P

    Muka Kak Dayu ni sweet jah.

    ReplyDelete
  6. bagus... dapat suami yang tak makan tempoyak dsb. aku dapat bf yg nak cari patin tempoyak.. wei.. sungguh tak reti nak masak masakan itu..

    nak cari bf lain... hahahha

    ReplyDelete
  7. yaa.. itu yg kita mau.... jgn hangat2 tahi ayam ye je dayu..

    *pesanan untuk diri sendiri jugak

    ReplyDelete
  8. wah wah.Dua engineer.Hebat noo :P
    Bagus eh akak nie wat perubahan tuk bakal suami.Mesti dia untung dapat akak ;)

    ReplyDelete
  9. hehehehehe.. *ketawe penuh makna*

    ReplyDelete
  10. wah dayu...bersemangat npak...bagus..truskan..
    tapi betulah kata si elly tu..tup..tup..tup..eh..dah atas katil..heheee..sori..beb..

    ReplyDelete
  11. warghh dah dekat ye.. huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  12. wah bagus punya azam begitu..sy punya azam dah kantoi..tp masih belum terlambat utk bangun n teruskan azam n cita2 yg murni itukan..selamat mengambil hati suami..=)

    ReplyDelete
  13. hehehehehe
    insya allah azam ni akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin
    tak mahu hangat2 tahi ayam je
    tak mahu buat mcm azam mau kurus

    nak jaga suami elok2
    tak mahu dia carik lain
    dah dengar+nmpak byk kisah yg begini

    doakan impian+hasrat saya termakbul ye

    ReplyDelete
  14. yg pastinya life kita akan berubah totally lepas kawen nanti.takuttnya

    ReplyDelete
  15. hehehehe
    Insya-Allah semua tu boleh dayu
    cuma nak kena biasakan aje rutin seharian tu

    tips: gosok baju banyak2 terus untuk satu minggu .. senang kerja :)

    ReplyDelete
  16. chaiyok..chaiyok..!
    insap jap bace azam2 dayu..huhu..
    no more 'bermalas malasan'..dulu kena jaga siri sdiri je..lantak la nak jd apa pun kan..
    skrg ni dah ada suami yang nak di dijaga..haruslah berusaha lebih gigih..

    ReplyDelete
  17. dayu,
    dah makin dekat.. :) ..sukses ya!semoga azam baru dayu termakbul..amin..

    ReplyDelete
  18. azam seorang bakal isteri..
    permulaan yang baik..

    ReplyDelete
  19. berusaha lah dayu! :D

    smga selamat semuanya, ya :)

    ReplyDelete
  20. huhuhu! siap ada checklist ala2 post-marriage...

    ReplyDelete
  21. tahniah cik dayu
    tahniah...

    semoga semuanya selamat n berjalan lancar..

    ReplyDelete
  22. aduh kakak.sweetnya!! T_____T
    kejap je masa berlalu kan kak?
    seminggu lebih je sebelum akak bergelar isteri! hehehe
    preparation byk dah siap ke akak? heee

    selamat pengantin baru in advanced! semoga akak menjadi isteri yg solehah :)

    ReplyDelete
  23. semangat betol cik dayu ni...bagus2..hopefully, semuanya berjalan seperti yg dirancang...

    ReplyDelete
  24. serious dayu..
    pas ni dah x boleh tidur ptg..balik kerja pon dah x dan nak lepas kan lelah kejap2.. ada je benda nak buat..

    ReplyDelete
  25. mendengarkan kata2 dr mereka yg sudah berpengalaman
    nampak gayanya mmg tiada lagi masa nak bersenang2 di ptg ari lepas balik kej
    mesti ada je keje nak buat

    *boleh kurus ini mcm. kalau ye, mmg seronok

    tapi takpe lah kan
    kita yg buat keputusan nak hidup bersama
    kita anggap je aktiviti menjaga dan melayan kebajikan suami itu suatu yg menyeronokkan

    *dapat pahala senang2 je kawan2

    ReplyDelete
  26. byk azam tu..

    pelan pelan kayuh....

    janji sama sama ke hingga bila bila

    ReplyDelete