30 May 2009

esok dayu akan dinikahkan.. doakan semua berjalan lancar ye

-di kala entry ni ditulis, ada 3 minggu lagi nak ke 31.5.09-

Atas rasa, kesungguhan, tak mahu blog ni sunyi bila tuan dia sedang sibuk kontrol ayu, buat muka sesuci embun pagi duduk atas pelamin. Dengan rajin, entry ni di sediakan. Rasanya nanti, mesti takde masa nak ber'internet. Kalau ada pun, mesti mak akan sound baik punya 'nak menikah pun ko sibuk ngadap laptop lagi ke long??' haahahahahah....

As nak publish entry ni on 30.5.09...

Mengikut perancangan, malam ni mak ayah akan buat majlis doa selamat. Semoga majlis esok akan berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan *jangan lah ada mana-mana insan yang membuat huru-hara di majlis aku, aku sumpah ko tujuh keturunan* Semoga Ekwan tenang mengadap tok kadi. Dengan harapan sah lah kami menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz *amin*

Tapi sekarang kalau tanya dia 'awak dah practice yang??' Selamba kodok je dia jawab 'org mana kena practice2..' Yakin je menjawab dia tu, entah2 dalam hati dia nyer berdebar mengalahkan cik yu ni. Heheheheh...

Rumah pasti sesak time ni. Sedara mara mungkin dah ramai yg sampai. Ikut perancangan, tukang kapit juga harus dah sampai, temankan dayu tido di malam terakhir bergelar anak dara. Ye..ye, mesti tengah sibuk juga pakai inai.

Dan pasti malam ni, perasaan berdebar nak mengadap hari esok akan lebih terasa. Akan kah?? Ke sebab terlalu sibuk, yelah, layan benda2 yang tak selesai lagi akan buat dayu lupa perasaan cuak tu. Entah lah, selagi tak lalui detik tu, mana kita tahu camne rasa dia kan. Harap2 dapat lah tido awal, tidak mahu mata ku sembab esok pagi..

Saya sangat mengharapkan doa restu iringan kamu semua. Doakan majlis kami akan berjalan lancar. Dan harap-harap esok tak hujan.

-jemput hadir ye smua-

9 comments:

  1. selamat pengantin baru dayu n ekwan....

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru kak dayu..saya doakan semuanya selamat :)

    ReplyDelete
  3. salam...k.dayu..best nyer sok dh jd isteri org kn...huhuhu...mira doakan smga segalanya berjalan dgn lancar tau..huhuhu...pe2 pun all the best to both of you...(^_^)

    ReplyDelete
  4. hai dayu..
    salam..
    congratulations! akhirnya berakhirnya satu penantian dengan kisah yang cukup membahagiakan!
    tahniah!

    semoga segalanya berjalan lancar!
    doa saya buat kalian berdua...

    kekal berbahagia dalam apa jua keadaan sepanjang hayat!

    turn nieza..sabtu ini! doakan yer

    ReplyDelete
  5. tahniah dayu
    semoga segalanya berjalan lancar dan spt yang dirancang..

    doaku buat kalian..

    semoga berkekalan bahagia dalam apa jua keadaan..AMIN..

    p/s: turn Nieza sabtu ini.

    ReplyDelete
  6. congrats Dayu..:) dh jd isteri org dh.. hehe..:) moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. aminnn..:)

    ReplyDelete
  7. dayu...yang pasti aku akan hadir kemajlis persandingan kau tu...semoga kau selamat diijabkabulkan...amin

    ReplyDelete
  8. Selamat Pengantin Baru Dayu..

    Semuga Bahagia ke anak cucu..di rahmati Allah SWT. Be a gud wife ok!

    ReplyDelete