04 May 2009

Promosi percuma untuk tokei kedai kertas kat Brickfield

Iye, saya banyak mendapat email 'dayu, mana beli kertas tu?? Brickfield kat mana??' Ada gak yang tanya 'pe nama kedai?' ada gak yang kata 'bagi peta boleh'
Bila pergi sana, lupa pulak nak amik gambar2 kedai tu. Banyak kali gak gi sana, tolong kawan2 beli kan kertas. Tapi kali ni, dengan gigihnya dayu menyediakan peta ke sana. Alah, google maps saja.

Panduan ke Brickfield, mencari kertas untuk meng'D.I.Y kad kahwin budget.

click la untuk image lebih besar ye. tak pun google je sendiri. kat search map tu, masukkan 'kuala lumpur sentral'

Selalunya Dayu akan datang dari Jalan Bangsar, pastu masuk Jalan Traverse. Masuk jalan Tun Sambanthan. Monorail kat kanan, lepas traffic light belok kanan. Jumpe traffic light, belok kiri. Dan jumpa lah deretan kedai-kedai kertas tu.

Kat Jalan Padang Belia tu, mmg banyak kedai kertas, kedai printing. Kena lah rajin masuk semua kedai tanya. Tapi mengikut pengalaman, untuk mencari kertas artcard ni, kedai yang paling sesuai adalah Minly Sdn Bhd (kedai dia yang paling besar kat situ, signboard warna kuning). Kertas dia sangat banyak pilihan, tapi harga agak mahal. Tapi sampul dia mmg murah. 500 pcs, RM35 je. Kedai lain ada yang sampai RM42.
Note: 230gm dia, harga range dari RM18. 250gm, bermula dari RM24.. Ikut jenis kertas.

Dan untuk membeli kertas, kedai yang dicadangkan adalah Amicom Trading (kalau tak silap). Dari Minly tu, terus je. Dia bertentang dengan gerai-gerai makan, kalau masuk dari petronas, dia sebelah kiri. Kat sini kertas agak murah, tapi stok dia tak banyak mcm Minly.
Note: 230gm dia RM14 je. 250gm, RM 18 pun dah dapat. Nak kertas lagi lawa, lain lah harga dia.

Untuk kad kami, kertas 230 gm (untuk side ekwan) dibeli di Amicom.

Dan kalau nak pergi, jgn pergi lewat petang. Derang ni tutup kedai ikut opis hour. Sabtu pun half day je.

Harap-harap, dapatlah membantu ye. Dan selamat lah meng'D.I.Y kad kawin anda. Rasanya selain Brickfield ni, ada lagi kedai lain kan. Katanya kat Bangsar, tapi mintak maaf. Saya tak tahu kat mana. Tak pernah pegi.

*kena mintak caj perkhidmatan lah kat tokei kedai ni. dah tolong promosi percuma ni.

6 comments:

  1. huhuh kalu yana dpt g mmg kompem print sdn jerk kad kawen tuh

    ReplyDelete
  2. dah lama bozzo tak lalu area brickfield...dulu masa student kat UM slalu gak lepak sana...dulu la...

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah...
    tahniah..bakal bergelar isteri...
    hope majlis nanti berjalan dengan lancar...
    insyallah....

    org johor ke?
    samalah kiter...
    kt kat area pasir gudang jer...
    amik mak andam mane yer?
    papepun, all da best yaa....

    ReplyDelete
  4. brickfield ni mcm tersorok skit lah kan
    tu yg ramai tak tahu tu...
    ni boleh sampai sini pun sebab en ekwan bawak
    kalau tak, jgn harap nak tahu mana letaknya brickfield ni

    ReplyDelete
  5. wah2..thanks dayu..lap u..heheeee

    ReplyDelete
  6. thanks dayu... muaaahhhssss...:):) nnti nak g cr kat stu..:) moga majlis sanding kat gumah en hubby juga bjln lancar..:)

    ReplyDelete