15 March 2011

Ceita Bergambar: Bila Eisya jumpa sungai

Selesai majlis menyaksikan detik bersejarah rakan, bergegas la kami pulang ke kg halaman di Pahang. Bertolak jam 11, kul 3 pagi sampai. Nasib baik Eisya masuk kereta, dapat susu terus terlentok. Tangan ibu dia lah yang kelenguhan tampung kepala badan anak. Aku ni asyiklah lupa nak bawak bantal buat sendal tangan, time ni lah handbag di multi-function kan. Kalau tak memang tak dapat lah aku nak join Eisya lena sama.

Bila sampai kampung, harus lah budak ni terjaga. Dan berhempas pulas la aku nak tidokan dia smula. Last-last, tutup lampu. Kasik gelap, kasik susu. Tido lah dia, selepas membuat bising dalam kegelapan. Dan esok, ke Jerantut pulak kami. Memberi sokongan kepada majlis sedara. Takde lah nanti bila kita buat majlis, takde langsung yang tunjuk muka. Tak gitu.

Perjalanan pulang adalah sedikit mencabar. Eisya jaga dari tido di Temerloh, dan dia tidak mahu duduk diam. Habis sudah satu kereta dia selongkar. Dia dah kebosanan. Boring. Tak tahu nak buat apa dah, last-last mengamuk tanda protes. Agaknya kalau boleh bercakap, menejerit-jerit dh dia 'Ibu!! Bila nak sampai ni?? Cha penat dah lah' Bila nak stop kat R&R Bentong, dia macam ok dah. So sambung semula perjalanan. Kami dah tak sabar nak sampai rumah. Tapi dia makin tidak boleh di kawal. Maka berhenti la kami di R&R Lentang.

Dan seterusnya, cerita bergambar dari saya. Silakan.

budak muka teruja tengok air sungai dan ibunya.
ohh, ini lah baju yang Cik Ani, mak Puan Reen jahitkan. selesa dipakai. dan yang penting, sangat pantas ye Cik Ani siapkan baju saya. 3 pasang 2 minggu dah siap. hebat -promosi sebentar-

bila abah mula bawak masuk air, macam malu-malu. takut-takut. siap angkat sebelah kaki lagi. tak mahu lah kononnya

pastu macam best la pulak ye

seronok rupanya. jom gi sana abah.. sana pulak.


gi kat ibu abah.
seronok dia main kocak-kocak air ye. tak sejuk ke Cha weh?

anak aku dah naik syiokk. gembira habis dia bila abah duduk kan dalam air.

gembiranya dia main tepuk-tepuk air. baju dah basah dah. mulut dia sangat bising ye. sambil tepuk air sampai menjerit. seronok sungguh gayanya


Eisya geram tengok air tu bergerak-gerak kot, tu yang macam nak tangkap air tu. tapi sampai ke sudah tidak berjaya.

Ingat nak bawak dia jalan-jalan lagi dalam sungai tu, tapi bila pegang tangan dia. Perrghh, punyalah sejuk.Tak pulak mengigil dia. Kalau mandi kat rumah, pantang air paip sejuk sikit. Berlari peluk kaki ibu. Ni rileks je pulak. Siap bila angkat bawak naik, bising je mulut tak puas hati. Tangan asyik tunjuk-tunjuk air sungai.

Pagi tadi tengok dia tak selsema. Jangan petang ni aku amik dari nursery idung meleleh sudah.

20 comments:

  1. Tgk eisya macam husna la pulak. hihi..

    penah gak bawak husna g main air terjun, air sejuk gile, tapi enjoy main air. Tak mau naik plak tu..

    Bestkan eisya g main air, nanti ajak abah n ibu g swimming pool pulak tau..

    ReplyDelete
  2. comelnya Eisya main2 air sungai. mcm da lain sket pulak tgk muka dia. makin comel. huhuh =)

    naurah sungai x pernah mandi lg. laut kt mersing aritu pon main kt gigi2 air jer. this weekend ada cuti2 sama in law di PD. rasanya nk perkenal swimming pool & laut pd bdk tecik tue..

    nk tgk reaksi dia mcm eisya tak. huhu =p

    ReplyDelete
  3. na klu dr kL nk blk ktn pun, wajib singgah sni,
    meriahh ekk..bes tmpat dia..
    tp sokmo ramai je org..
    huhu

    ReplyDelete
  4. mas dh termimpi2 nk bwk rijal p camping main air sungai...
    xsabar rasanya...hihi

    ReplyDelete
  5. seronok cha main air....aunty nak join jugaklah

    ReplyDelete
  6. Budak kalu dapat air, susha nak naik atas ni... Best kan?

    ReplyDelete
  7. kg awk kt ner ?sy kat jerantut ! :)

    ReplyDelete
  8. syok nyeee...cha.... main tepuk2 air eh...

    sungai lg sejuk cha... tahan eh dia.
    lom lg try letak qaish kat air sungai...nnt leh cuba....

    ReplyDelete
  9. ibu, lepas ni beli la kolam satu untuk eisya..blh cha main lama2 ckit

    ReplyDelete
  10. hiih bestnye...erm teringin nak bawak isya p mandi2 tapi cam tak berani la pulak...anak ai dh la sensitif..hihihi teringat eisya kat splash park..ibu da resign sakit pinggang eh sha

    ReplyDelete
  11. kali ni kasik abah yg abwak cha main air. ibu tak larat nak sakit pinggang. ibu amik gmbr je

    salute gak kat cha
    boleh lak dia tahan sejuk sungai tu
    tersengih-sengih
    suka je..

    budak2 mmg suka air kan

    ReplyDelete
  12. eee teringat masa 1st time Aisha dapat air kat Janda Baik, Pahang.. gitu jugak lah rupanya... hehe swonok eisya main air yerk.. hihi

    ReplyDelete
  13. seronok tgk cha main air..
    lps ni blh belajar swim swim la ye cha :)

    ReplyDelete
  14. comel jer mandi sungai..mujur air cetek jer...

    ReplyDelete
  15. hohooo patutla dengar riuh rendah je ms lalu kt lentang kemarin. suara kamu anak beranak ye dayu

    ReplyDelete
  16. sungguh cepat masa berlalu. eisya nmpk dh membesar =)

    xsbr nk tunggu baby kuar dr dlm perut nih =p

    ReplyDelete
  17. wawawawa jeles dgn cha da jejak panggung, jejak sungai.. ibu abah cha rawk!!

    auntie je sedih x berjaya bawak dani jejak mana2 panggung lagi..kegusaran dani akan meroyan masih menebal T__T

    ReplyDelete
  18. best kan cha mandi sungai..
    sejuk air sungai tak sama dengan air paip kan cha..
    huhuhuhuhuhuh...

    muka cha masa main air..
    memang melambangkan kepuasan..!!!

    ReplyDelete