27 March 2011

Mc'D hunting on Sunday Morning

Eisya bangun seperti biasa walau pada hari minggu. Bila la agaknya aku nak merasa bangun pukul 10 pagi semula erk?? Tapi nak buat macamana, dah tuntutan anak kan penuhi je lah. Kang aku biarkan dia memekik sorang-sorang, ada orang ketuk pintu pukul 6.30am ni kang. Anak dara aku tu kalau menjerit aku rasa satu row ni boleh dengar. Maka, bangunlah aku bukak kan dia tv dan layan dia tengok kartun entah apa tu.

Dan terus kejutkan Ekwan sebab aku ada agenda nak dijayakan.

Agenda yang tiba-tiba dirancang petang Jumaat. Ketika bersadai di Twitter. Shazz Zulkefly lah ni mulakan. Dia tanya mana nak dapat kupon breakfast FREE kat Mc'D. Dan Azie yang menyedari segala persoalan kami terus membawa sinar harapan bila dia kata 'mahu kah? bak sini email' Lebih kurang ginilah ayat nyer, tapi ini versi aku lah :) Dan aku tanpa berlengah trus bagi email dan menunggu email Azie masuk. Bila dah dapat trus print. Lagi 2 minit nk kul 5 time tu. Kemas bag dan trus kutip kupon kat printer on the way ke pintu keluar.

sah sehingga 31 Mac 2011

Dah terlanjur Eisya bangun awal. Trus kami anak beranak menyiapkan diri dan menuju ke Mc'Donald paling berhampiran di USJ Taipan. Jam 8.30am waktu itu. Bila sampai, kami seperti tidak percaya. Punyalah ramai umat manusia di sana. Beratur hingga ke luar. Bukan sikit2 lak tu. Queue yang sangay panjang ye. Peergghhh!!! Giler lah. Semua nak breakfast free.

Mc'D Taipan kena serbu

Tak kuasa nak join mereka beratur sama. Kami pikir mana lagi Mc'D berdekatan. Puchong lah kot dan ke sana lah kami. Lebih kurang 8.50am kami tiba. Restoran adalah agak penuh tapi masih mudah la mendapat meja. Nak membeli pun sekejap je. Tapi bila kami mahu pulang, lebih kurang jam 9.40am, orang sudah merubah restoran itu menjadi sangat padat. Rimas pulak aku. Nasib baik nak balik dah. Aircond pun aku dah tak boleh nak rasa.

Betapa rakyat Malaysia amat gemarkan benda Free kan.. Taklah free sepenuhnya, bermodalkan RM8.50 kami dapat 3 set breakfast. Berbaloi-baloi kan.

Ada 4 hari lagi, gi lah serbu Mc'D. Bagi semua Mc'D padat sepadatnya.

*takde gmbar kat Mc'd yang dah macam sardin sempat dirakam sebab sibuk suap anak makan pancake Mc'D. seronok dia, habis 1 1/2 dia kejekan

11 comments:

  1. bila pikir mcd yang super pack tu, rasa bercinta sgt nak pergi queue =(

    ReplyDelete
  2. hhhaa nak gak leh?print saja kan?

    ReplyDelete
  3. kak...nk kupon...email kat laili boleh...ngeee~~~~

    charmbakers@gmail.com. laili.thx so much sis

    ReplyDelete
  4. sis..nk kupon freee...email kat laili ea..ngee~~~

    ReplyDelete
  5. hahahaha!! aku pon same!! jap aku buat entry jugak. wahahaha

    ReplyDelete
  6. DAYU...ADE LAGI KER KUPON NIH???HEHEH...

    ReplyDelete
  7. lor..patut la mc'd kat umah aku pon tibe2 jadi sesak..
    rupenyer ada boucher free breakfast...
    ok la tu kan....mkn free, mc'd lg gitu..sape xnak kan? tp tu la...aku tgok mmg sgt ramai gile manusia, especially warga cina...huuhu...

    ReplyDelete
  8. rasanya kita mungkin berselisih di McD Puchong tu ....

    akak start beratur jam 9 lebih. Kat sejam gak lar baru dpt

    ReplyDelete
  9. di Pontian ni takde McD tapi kupon sudah ada di tangan..
    jawabnya nak pergi McD tu kena tunggu bila Abah tak kerja lah..

    kid dapat bayangkan..
    comel je mulut cha kunyah pancake tu.. :)

    ReplyDelete
  10. murahnya....berbaloi-baloi betul

    ReplyDelete
  11. blurp alhamdulillah, murah rezeki pepagi..hehe

    ReplyDelete