Kami semua warga Bahagian Keselamatan Jalan telah sepakat petang jumaat itu mahu gi melawat kediaman kawan kami yang baru memulakan hidup berdua tu. Sambil tu boleh aku meninjau kawasan. Melawat bagaimana rupanya kuarters di Putrajaya.
Bercerita hal kuarters ni, sebenarnya sebelum kawin lagi aku dah apply. Siap ngaku dah kawin kat status tu. Kang kata bujang kang, dia buat nampak tak nampak je application aku. Tapi sampai aku dah setahun kawin, bila call tanya status selamba je dia kata 'alah puan, baru setahun apply. orang lain ada sampai 5 tahun menunggu' Chaiittt... Tapi aku diam je lah. Paling -paling aku tanya 'bape no waiting list saya?' Bulan ni dia kata '799 puan' Ni aku bagi contoh je ni. Next month aku call tanya lagi, dia jawab '793 puan' Perrgghhhh.. berapa lama aku nak menunggu?? Dan hujung tahun lepas, mereka mencadangkan aku tukar permohonan ke Putrajaya. Aku pun setuju je. Dia siap tanya 'nak segera ke puan? kalau tak saya masukkan dalam waiting list' Aku pilih untuk masuk dalam waiting list sebab baru je berpindah. Penat mengemas tak hilang lagi.
Bila dah melawat kuarters tu, rasa macam teringin la pulak. Macam best je duduk rumah besar, rumah baru tapi bayar murah je. Biarpun tak dapat rumah mengikut kelayakan, yang tu pun dah puas hati. Tu yang tiba-tiba berkira-kira mahu ke tidak menjadi warga Putrajaya. Sanggupkah nak bangun dan keluar awal pagi? Macam-macam faktor difikirkan. Separuh hati kata mahu, separuh lagi kata tidak larat. Jauh sangat rasanya.
Dari malam Sabtu Ekwan dok bertanya 'nak duduk Putrajaya ke yang?' Dia pulak yang makin berbelah bagi.
Tapi aku rasa selagi kami berdua mencari rezeki di bandaraya kuala lumpur, di sinilah kami. Terlalu jauh la Putrajaya - KL. Kalau takde Cha ok lagi kot. Ni ngan dia.. Duduk je lah kat USJ tu diam-diam sampai berkemampuan nak membeli rumah lain pula nanti. Gombak adalah kawasan pilihan terkini. Ohhh, merancang macam sangat yakin akan sentiasa ber'posting di Kuala Lumpur kan. Merancang macam nak settle down di Kuala Lumpur sedangkan pasang niat nak balik kampung. Huhuhu...
Anyway, ini lah gambar sekitar kejadian. Gambar makanan lupa mahu snap. Sebab aku dah lapar. Aku bawak mee goreng je. Banana crumble Kak Ina memang terbaik. Nanti bleh minta resepi.
penceria kami.
top left: Alia Insyirah & Alif Imran
top right: tak payah bagitau
bottom: Alishah, Alia & Faiz
orang lain bergambar adik beradik, Cha ngan ibu je lah.
my dear Eisya Elyssa yang tidak tahu duduk diam.
top left: Alia Insyirah & Alif Imran
top right: tak payah bagitau
bottom: Alishah, Alia & Faiz
orang lain bergambar adik beradik, Cha ngan ibu je lah.
my dear Eisya Elyssa yang tidak tahu duduk diam.
putrajaya ekk?
ReplyDeleteselagi opis kt kl, x sesuai sgt kot nk pindah pjaya. sgt costly lah dayu. minyak, tol. jarak maybe da ok sket dgn adanya MEX. tp yg lain2 kene amek kira jugak kan? =)
dayu nak blk Johor. Afni nak blk KL. dilema sungguh bila merantau ni..hehe
ReplyDeletejue aplly kuarters .. tak smpi 2 bulan dh dapat.. jue apply ujung bulan 8,2008..bulan 10,2008 dah masuk..mase tu bujang lagik.. dtpt plak kuarters blakang opis.. sorgaaaa!!. kenapa Dayu dpt lambat ekk.. pelikssss~
ReplyDeletekuarters putrajaya best kan. sgt besar. tp itulah, kita keje KL ni susah sikit nak travel dgn anak Dayu kan.
ReplyDeleteapplication kat KL mmg lambat kot
ReplyDeleteberatur pjg
ada akak kat opis 5 taun br dpt
tu yg tukar ke putrajaya
tp tak pasti
nak ke duduk putrajaya
tu yg berkira2 tu
tp KL je kot