Weekdays rumah sangat disaster.
Cik Eisya sekarang tak suka tido lah. Dia dulukan main. Berjaga sampai 4-5 jam. Tido kalau dapat 30minit dah kira syukur. Rasa macam baru je letak dia atas katil, gi dapur settle kan sinki tahu-tahu dengar suara dia merengek carik ibu ngan abah. Tengok jam, eerrkkk 15 minit je tido. Camne la badan nak mengembang Cha weh, main kuat, tido tak nak. Berat Eisya hanya 8 kg sahaja diusia 10 bulan. Nurse tu kata 'dia tinggi ni, tu nampak slim je' Tapi 8kg pun aku dah tak larat nak dukung dia. Nasib baik dia sekarang mahu duduk dalam stroller. Tapi stroller kena gerak eh, kalau stop habis dia memanjat.
Lasak.. Eisya memang lasak. Sape pernah jumpa dia pasti setuju.
Jam 3 petang, lepas isi perut anak. Bagi dia dalam keadaan kenyang, biar tak meragam. Senang urusan ibu dan abah nak bergembira.
As usual, Sunway Pyramid jadik pilihan. Dekat. Tapi memang haru kalau gi petang-petang. Parking entrance pun dah jammed. Tapi redah je lah. Rezeki kami mungkin, sekali pusing jumpa dah tempat nak tinggalkan kereta. Betul-betul ke pintu lif lak tu. Suka aku. Dan terus gi mencari tiket.
Eisya: Kita nak tengok pakcik ni kat tv besar ke ibu?
Ibu: A'ah, abah peminat besar pakcik ni
walau sebenarnya nak tgk citer ni. tapi sebab complimentary pass tidak layak. kita layan lah pakcik Matt Damon.
Ibu: A'ah, abah peminat besar pakcik ni
walau sebenarnya nak tgk citer ni. tapi sebab complimentary pass tidak layak. kita layan lah pakcik Matt Damon.
Sementara menunggu waktu tayangan. Kita gi selesaikan urusan lain dulu di Jusco. Dan dalam perjalanan ke Jusco tiba-tiba Eisya yang tadinya tenang je dalam stroller terus hilang kawalan. Terus pusing badan nak keluar dari stroller. Terkejut ibu Cha wehh.. Korang tahu sebab apa, sebab dia nampak benda ni.
perghhh... anak ibu dah semakin bijak. pantang bagi main 2 kali. terus cam dah benda ni. lepas ni tiap kali kita gi Mydin, naik je escalator mesti dia mengelupur tunjuk-tunjuk benda ni. siap sedia je lah. tapi ni kasik dia duduk je dalam ni. mana nak carik coins. pastu dia macam tak puas hati. dukung angkat keluar pun tangan dok tunjuk-tunjuk kereta merah ni. upah belon sebijik, lupa la dia.Huhuhu, budak-budak ni ngan mainan syoknye kejap je kan. Belon tu aku rasa 30minit je kot dia berkenan, lepas tu bila hulur kat dia, dia campak. Aduhai... Sudahnya ibu je lah yang dok pegang belon tu sambil menolak stroller. Nasib baik bila bawak umah, dia macam berminat semula dengan belon tu. Siap tak kasik ibu pegang, dia je nak peluk. Pape lah Eisya wehhh...
Eisy layankan keterujaan ibu tengok itik ngan arnab. Cha rileks je. Ibu pulak macam jakun terlebih.
Dan pengalaman kali ke-3 dalam panggung bagi Eisya ada kisah tersendiri. Pada mulanya memang aku enjoy habis sebab, masuk-masuk, duduk je Eisya dah gosok mata. Dia dah ngantuk, bagi susu terus dia tido. Aku pun layan, seronok habis la menonton walau dah berkali-kali tukar posisi memangku anak. Tapi lepas 40min dia bukak mata, pusing kepala pandang skrin. Tangan still peluk badan ibu. Posisi badan belum beralih. Aku terus tepuk-tepuk peha dia dalam cubaan nak menidokan dia kembali tapi gagal. Terus dia bangun dan tangan menunjuk-nunjuk skrin sambil mulut pun berceloteh sama. Ahhhh...sudah.
Aku umpan dia ngan muffin. Bagi dia makan skit. Senyap lah kejap, pastu bunyi balik. Last-last aku bagi je dia main ramas-ramas muffin tu. Buat la apa pun Cha, asalkan awak tak jadik pengulas filem. Nasib baik kaedah itu berkesan. Tapi bila muffin dah hancur dia boring semula. Tak duduk diam dah... melompat-lompat. Tak mahu duduk. Dan hidung aku macam terbau sesuatu.. Arrghhhh.. anak aku membuang lah!! Dia dah lah jenis pengeli. Nak tak nak ke toilet lah aku. Hah, ni lagi satu, boleh tak toilet dalam panggung ni sediakan kemudahan untuk baby's diapers change.. terkial-kial aku nak menguruskan pampers Cha aritu.
Aku umpan dia ngan muffin. Bagi dia makan skit. Senyap lah kejap, pastu bunyi balik. Last-last aku bagi je dia main ramas-ramas muffin tu. Buat la apa pun Cha, asalkan awak tak jadik pengulas filem. Nasib baik kaedah itu berkesan. Tapi bila muffin dah hancur dia boring semula. Tak duduk diam dah... melompat-lompat. Tak mahu duduk. Dan hidung aku macam terbau sesuatu.. Arrghhhh.. anak aku membuang lah!! Dia dah lah jenis pengeli. Nak tak nak ke toilet lah aku. Hah, ni lagi satu, boleh tak toilet dalam panggung ni sediakan kemudahan untuk baby's diapers change.. terkial-kial aku nak menguruskan pampers Cha aritu.
Tapi setakat ni aku tak serik kot nak bawak dia masuk tenok wayang lagi. Tunggu jadik kes yang betul-betul buat aku fobia, baru aku layan Astro First je tiap bulan.
x pernah lg try bwk Naurah masok wayang. x berani lahh..hihi..takot tayangan belom habis dah kene keluar panggung..hahaha...
ReplyDeleteastro 1st tak bestlah dayu. asek citer melayu aje semuanya. boring..=p
teringin gak nak g menonton d wayang...belum penah try agik...tambah lak qaseh skang ni cepat busanbile asek duduk jerk...heheh
ReplyDeleteheheh..aqil setakat ni okay lg..tp penah sekali jadi pengulas filem..nasib baik ms tu dah dekat ending..sbb die nmpk ada gamba tikus dlm filem tu..aishh..
ReplyDeletehahaaa.cha sama kes ngan kysha.nak jadi pengulas movie tu.
ReplyDeletetp tetap tak serik nak bawak lagi.
nak wat camne..mommy daddy kaki wayang ;P
aqeef kalau excited mau die jerit2...tp teringin gak nak bawak tgk movie ni hehe
ReplyDeletehuu sama la macam dani..lasak masyaallah. tdo pun tdo2 ayam. berat x naik akibat lasak. =(
ReplyDeletenasib baik cha nak naik kete mainan je kan cha... dibuatnya cha nak test drive kete ibu die, tak ke haru.. ;)
ReplyDeletehihihi wah..bestnye..teringin nak bwak isya masuk wayang..tp kang wayang ke mana kita ke mana..hihi
ReplyDeletewahahahaha...dulu time umo mikhail bape bln ntah ..rs nye 6-7 bln kot penah stop jap bwk dia p tgk movie...sbb dia melalak time sound effect yg kuat...agak2 sebulan pas tu try bwk smule then dia ok..so smpai skrg la leh bwk je...walaupon mmg x tahan n kena say sori kalo dia tarik2 tudung/topi/rambut org depan...n jd pengulas filem cm cha..adoii...dok bebel sorg2..jap nk dok atas riba...jap nk berdiri...jap nk dok kat lantai...mcm2 dia wat...
ReplyDeletekalo time dia 3-5 bln..sumbat nenen tdo trus...senang gle time tu
nasib lah anak 1st ni
ReplyDeletemak ayah feel muda lagi. blum bleh tinggal aktiviti zaman bujang
nak tak nak anak kena join sekali
tapi syiok ohhh
selagi anak belum 2,3
time ni lah nak berjimba
nanti dah 2,3 org mmg tak kot
wah eisya dah masuk wayang ek..
ReplyDeletedulu masa muda belum kahwin..
mesti marah parents yang bawa anak kecil ke wayang..
mana kita nak tengok movie..
anak mereka main lompat-lompat kat tangga tu..
haish..
sekarang ni macam nak bawa haqq..
tapi takut nanti haqq buat perangai je dalam wayang tu..
lepas tu turn kami pula la kena marah dengan orang lain.. :P