08 March 2011

Siapa aku nak review blog orang

Sebenarnya dah agak lama aku pasang niat nak turut serta apply jawatan kosong yang Hannah tawarkan, tapi sebab perasaan malu dan segan yang menguasai diri aku tangguhkan niat tu. Siapa la aku nak buat review blog orang kan.. terasa tak layak di situ. Tapi setiap kali lepas baca entry Hannah, aku mesti terpanggil untuk menulis tentang blog dia, kenapa aku suka mesti ternanti-nanti entry dia setiap hari..

Dan petang ni, dengan kilat sabung menyabung di luar.. aku mula menaip.

1st time aku jumpa blog Hannah lama dulu. Sebelum menjadi tunangan orang lain. Sama juga seperti Hannah. Tapi masa tu baca je, tak tinggalkan jejak. Dan aku juga lupa nak bookmark link url blog dia. Tapi serius, aku tercari-cari link blog dia. Tapi aku tak berjaya, higgalah bila dah masuk dalam kategori 'Bride to Be' nyer bloglist. Jodoh menemukan kami kembali. Tapi di awal-awal tu, aku tetap memilih nak mendiamkan diri. Baca dan pergi. Tak tahu kenapa tidak terasa nak menegur, kenalkan diri. Tapi bila masing-masing dah jadik bini orang, dah sama-sama mengendong nyawa dalam perut. Aku mula mesrakan diri. Bertegur, kongsi segala apa yang boleh. Dan bila sama-sama ada anak kecil. Perempuan pulak tu. Aku rasa makin serasi.

Mak-mak orang memang mudah mencipta chemistry kan.

Dan saat ini, aku tiba-tiba teringat entry Hannah memperkenalkan Myiesha. Oohh.. memang ciptaan Allah yang terindah lah Myiesha tu. Ngan putih gebu. Aku memang sangat adore dengan anak Hannah, siap berangan dapat anak sama tone kaler gitu, tapi tak sedar diri. Lupa pulak warna kulit dan suami.

Hannah, sebelum mengenali dia secara fizikal. Bila hanya mengenali dia dari penulisan aku kategorikan dia sebagai seorang yang berani. Berani luahkan apa dia rasa, apa yang dia fikirkan melalui entry-entry dia. Dia tak berselindung. Tak peduli pendapat dia diterima ke, ada yang nak cemuh ke. Dia hanya tulis apa yang dia rasa, betul salah dia tak kira. Kalau aku belum tentu lagi berani. Asyik je berfikir 'boleh ke nak tulis gini??' Itu yang aku suka. Sebab tak selalu aku jumpa blog yang macam ni. Tu dulu bila hilang link dia, beriya-iya aku carik semula. Walau tak kenal, aku rasakan Hannah seorang yang tetap pendirian. Sentiasa yakin dengan cara dia. Aku suka, sebab aku belum tentu boleh jadik gitu. Aku selalu jadik lalang.

Yang penting, cara dia sampaikan pendapat dia tetap bersusila. Tang singgung sesiapa secara sengaja. Kalau ada yang terasa pedas memang sebab org tu yang makan cili, bukan Hannah gi tonyoh cili kat mulut dia.

Semua mesti mengenali Hannah dengan entry yang panjang berjela. Tapi sesungguhnya, aku berani kata bila baca entry dia aku tak pernah skip. Aku baca line by line. Dan aku hanya akan baca entry dia bila aku betul-betul in blog reading mood. Aku tak mahu tergesa-gesa, sebab aku nak feel sama apa yang dia sampaikan. Aku nak betul-betul faham apa dia tulis.

Tapi bila berpeluang bertentang 4 bijik mata dengan dia. Aku sungguh terpesona. Dia sungguh lembut orangnya. Dah lah kecik molek gitu. Tapi aku tak berkesempatan nak berbual lanjut dengan dia tempoh hari. Maka, aku tak boleh nak kata banyak tentang dia secara luaran. Tapi macam tak penting smua tu, sebab aku rasa kalau tak pernah bertemu pun. Terasa dekat je. Biar tak pernah secara lisan mengaku dia kawan, aku akan tetap describe dia as 'kawan orang' bila bercerita tentang penulisan dia kat Ekwan.

Hannah memang berbakat lah menulis. Gi tulis buku la babe.. mesti bleh jual punya.

Setakat ni je aku nak kata, takde apa lagi aku nak review. Rupa bentuk blog Hannah juga menepati citarasa aku. Simple, nice dan mudah dibaca.

Sekian trima kasih dari saya

**sekarang tak payah nak bookmark url blog dia, sebab aku memang dah hafal.

5 comments:

  1. yup! me too. suke sgt baca blog dia yg bersahaja. even kitorang tak penah bersua muka kitorang still contact melalui blog n fb plus myiesh yg semakin comel itu!

    ReplyDelete
  2. yana pun suka gak bc entry die..mmg dia berani..tp sempoi

    ReplyDelete
  3. yeay betul tu. nak baca blog hannah kena btol2 "in reading mood" cos kena hayati apa yg dia try nak deliver. keep up hannah =)

    ReplyDelete
  4. Dayu! Thanks for the review. I really appreciate this. Tu la, kenal hanya kat blog tak sempat berbual panjang, but hope our friendship will last forever because I really love reading your blog as well.

    Keep writing. & I will keep writing too. :)

    ReplyDelete
  5. kan dayu? hannah lembut sungguh orangnya selalu bgtahu saiful " nak try lebih lembut mcm kwn nurul tu la" tp apakan daya diriku nie bukan lembut mana :D

    ReplyDelete