Bulan 10 ni aku bakal dapat adik ipar. Hoyay!! Ada lah assistant kat umah lepas ni. Selalu aku ngan mak berdua je kelimpang kelempung kat dapur tu. Dan sejak ada Eisya ni, selalu mak sorang-sorang je boleh beraksi. Aku duduk kejar Eisya sana-sini. Dok kutip tupperware yang dia campak sesuka hati tu. Sambil aku kutip tupperware, dia gi main bawang pulak. Sama-sama lah aku nga opah dia menjerit. Akhirnya, mak masak sorang la. Aku dok kat meja teman dia borak sambil perhati Eisya main bawah meja.
So nanti bila mak dah dapat menantu pompuan, harap-harap ringanlah skit keje mak.
Harap-haraplah.
Tapi dari pemerhatian awal ni, macam memberangsangkan.
Baru seminggu bertunang, adik aku tu dah mula gelabah. Asal call 'long, mana bridal okay??' Pastu esok call lagi 'photographer long?' Dia punya kelam-kabut mengalahkan aku. Iyelah, orang tunang 6 bulan je kan. Pastu tunang kat KL, dia yang kat Johor. Harus lah dia yang gelabah ayam. Ngan mak-mak aku sekali dia angkut jadik gelabah. Sampai aku ajak gi berjalan cuti-cuti Malaysia bulan 7 nanti pun dia tak nak, sibuk uruskan angah kawin katanya. Majlis belah laki ni. Nasib masa kenduri aku dulu tempoh nak bersiap sedia tu lama.
Anyway, majlis berlangsung minggu lepas, 20 Mac 2011.
rombongan kami nak menyerang.
ingatkan tak ramai nak menghantar, sekali sampai 7 bijik kete kau.
hasil kerja tangan i
Dan inilah bakal adik ipar i, bakal Mak Ngah Eisya.
Kecil molek ok tunang adik aku ni. Aku rasa macam gergasi je kalau diri sebelah dia. Adik beradik dia pun 4 orang gak, sama macam kami. Yang bezanya, dia sorang laki. Kami, aku sorang pompuan. Merasalah adik aku hidup dalam keluarga ramai pompuan. Oklah tu, nanti ada geng menantu laki. Ekwan gak kesian, dia sorang lah menantu laki mak ayah aku.
puas aku berusaha kecikkan badan. tetap kelihatan mcm gergasi.
Eisya pulak berusaha nak tarik shawl bakal Mak Ngah
Semoga ikatan janji yang dibina akan berkekalan. Semoga hubungan berkekalan hingga disatukan. Tak lama, 6 bulan je. Tapi dugaan boleh datang pelbagai rupa. Pandai-pandailah jaga diri ye. Apa-apa pun sempena dah gaji ni akak nak gi beli kain. Korang dah ada tema kaler kan.. Alang-alang carik baju raya, carik yang sama kaler ngan tema korang. Jimat duit kak dik.. Ke korang murah hati nak taja kain 2 gulung?
Puan Fahreen, sila maklumkan ibu anda. Baju raya kami sekeluarga tempah dengan beliau ye.
wah seronoknya.. :)
ReplyDeletemasa majlis tu nanti mesti cha dah berlari.
jenuhlah ibu kamu nak kejar nanti.. :P
wah..bestnya bertambah lagi ahli keluarga =)
ReplyDeleteklu dekat2 dgn org kecik molek mmg sllu rasa diri mcm gergasi..huhuh =.=
wah nnt jemput kite skali..boleh la jumpa cha lagi..hehe
ReplyDeletewah...dayu nk dpt adik ipar siot...
ReplyDeletetahniah2...
boleh la ko buli adik ipar ko siap2..hihihii...
~ishk,,,xbaik btol aku ni kan...~
tp seyes beb, klu adik ipar boleh nk buli, tp klu kakak ipar amatlah susah nk buli...uhuks2...
okeh nanti gua inform mak ani. ehehe
ReplyDeleteweh comelnye bakal adek ipar ko. kecek molek ha. tapi ko sedang elok da tu. tinggi kurus. lawa da bagi aku. heee
kiter pun nk terjah kain berela2 ni..habis kopak duit pada kain jer..
ReplyDeletekejap je ek tunangnye.
ReplyDeleteadik zuris yg tunang 13hb haritu tunggu setahun setengah lagi paling lama.
sempatlah nak baik2 ngan bakal adik ipar tu ;P
tahniah
ReplyDeletestatement kamu nak mengecilkan badan mengelikan aty saya...pekena plak picture yang kamu letak...hahhaahha...tergolek-golek saya membacanya...btw smile sokmo..:P
ReplyDelete