23 March 2011

Eisya dah 11 bulan

Eisya 11 bulan kini!! Sebulan lagi sudah setahun.

Tanpa sedar kini baby saya nak jadik toddler. Sudah pandai menunjukkan emosi. Sudah pandai marah bila keinginannya tak dipenuhi. Sudah pandai merajuk. Dah pandai buat muka tak puas hati bila kena marah dengan ibu. Anak saya dah besar.

Dah pandai main 'chak chak' Pantang dapat kain, mesti tutup muka pastu ajak ibu main 'chak chak' Tergelak-gelak anak ibu main sorok-sorok muka ye. Tiap kali awak gelak bersungguh-sungguh mesti sampai tersedu-sedu. Kesian pulak ibu tengok. Dan semalam, kita main sorok-sorok belakang pintu pulak. Suka betul awak bila ibu dapat 'tangkap' awak. Gelak sampai terduduk-duduk. Suka sangat gayanya.

Memang sekarang awak suka sangat main kan, sampai petang-petang bila ibu ngan abah datang nak amik balik dari nursery, awak macam tak nak balik je. Seronok sangat main ngan kawan-kawan. Pagi-pagi buat muka sedih, peluk bahu ibu kuat-kuat, tarik tudung ibu tapi bila petang sibuk tunjuk ball kat ibu ajak ibu main. Pandai anak ibu bersosial.

Dan awak kini semakin tak reti duduk diam. Lagi-lagi dalam kereta. Ibu rasa tenaga ibu habis sebab layan kerenah awak je. Kadang tu, ibu tak tahu dah nak buat apa. Letih. Memang letih. Sampai ibu sentiasa berharap setiap kali masuk kereta pagi-pagi nak gi 'school' awak akan tertido lepas menyusu. Tapi memang tidak lah. Awak sangat teruja nak selongkar setiap pelusuk kereta. Ohhh, duduk atas riba abah masa kereta bergerak adalah kegemaran masa kini awak. Bila tak bagi, awak menangis tak puas hati. Anak ibu dah pandai memprotes.

salah satu cara nak bagi dia duduk diam dalam kereta, amik gmbr pastu bagi handphone kat dia. bagi lah dia komen entah pape, dan siap sedia kalau dia campak handphone tu

turuti segala apa yang dia nak 'makan'

Ibu geram tapi ibu rasa kamu sangat comel bila kamu marah.

Bila awak dah mula pandai cemburu, macam comel pulak ibu rasa. Ibu ngan abah tak bleh pegang orang lain. Mulalah awak datang dekat menyendeng. Nanti kalau ada adik, tak boleh la macam ni ye sayang, kena share okay.

ni sape pulak ni ibu pegang ni??

Dan kini ibu menanti dengan rasa penuh keterujaan untuk melihat kamu melangkah di atas kaki sendiri tanpa sebarang bantuan dari ibu dan abah. Ibu tak sabar nak tengok kamu berjalan tanpa tolak bakul atau kerusi. Jangan malas-malas ye sayang, aritu awak dah melangkah dah. Tapi lepas tu awak terus duduk, dan merangkak. Nanti dah bleh jalan sendiri senang la nak kejar ibu gi dapur. Kan seronok tu.

Eisya,

Ibu nak awak tahu, walaupun adakalanya ibu semacam buat tak tahu je kat awak. Biar awak main sorang-sorang *alah, abah adakan* Hakikatnya, ibu sangat sayang kat awak. Ibu sanggup kehilangan segala benda dalam dunia ni tapi bukan awak. Andai kata awak takde, ibu tak pasti macamana ibu nanti. Sayang ibu kat awak tak boleh nak diluah sayang. Setiap malam, bila ibu tatap wajah awak yg tengah lena, makin mendalam kasih ibu untuk awak. Betapa ibu rasa sangat bertuah memiliki awak.

Teruslah membesar sayang... Ibu dan abah akan sentiasa berusaha memberi yang terbaik untuk awak.

Selamat Ulang Bulan ke -11 Eisya Elyssa.

17 comments:

  1. selamat ulang bulan ke-11 eisya!! aunty pon sayang sangat kat cha. tak tau nak cakap sayang macam mane tapi aunty nak anak aunty kawen ngan cha *tetibe* wahahaha

    anyway, cha jadik anak yang baik, solehah, mendengar kata ibu & abah, jadik anak yang sentiase mendoakan kesejahteraan keluarga ye sayang? cha da besar da, x lame lagi da setahun tau. jangan lupe aunty okay.

    anak semakin bertambah usia memang buat kite emo. emo sebab gembira & semacam x percaya kan?

    ReplyDelete
  2. happy 11 month eisya yang comel....


    entry dayu yang menyentuh perasaan...ermm sweet

    ReplyDelete
  3. selamat 11 bulan cha..!!!
    wah dah semakin bijak ya untuk mendapatkan something.. :)

    mesti cha gelak sakan sampai tersedu tu..
    alalalalala...
    mesti comel sangat masa tu...
    geram geram..!!

    ReplyDelete
  4. semakin bijak mengeksplotasi keadaan sekeliling

    aunty reen: what??? payin nak ke kat kita?? malu lah.. tq aunty sebab kasih dan sayang yg aunty bagi.. terharu tau

    bila anak makin membesar
    mmg ada perasaan tak percaya
    rasa macam ajaib

    ReplyDelete
  5. setiap kali bukak blog dayu ...entry yg penuh ngan cha....

    auntie mesti ckp... bile qaish nak mcm cha...hihiii

    cha ni idola auntie tau...supaya qaish pun xtif dan cergas mcm cha.

    ReplyDelete
  6. wah lg sebulan..slmt ulang thn 11bulan eisya

    ReplyDelete
  7. bulan depan ada besday party eisya la ni ;)

    owh little e sudah besaaaaa :D

    ReplyDelete
  8. sudah bukan LITTLE E lagi
    sudah menjadi E si gergasi, garang dia skrg ni

    ReplyDelete
  9. wawawa...lepas nie boleh la join naurah main kejar2 yer eisya..

    sgt pantas masa berlalu kan dayu? rasa mcm baru sgt bersalinkan diorang. tau2 dah mcm2 pe'el diorang boleh buat..

    apa2 pn melihat anak membesar depan mata, tersangatlah best kan dayu? tgk kebolehan2 dia yg makin bertambah. heaven =)

    hepi 11 months dear eisya. anT x sabar nk jumpekan kamu dgn naurah =)

    ReplyDelete
  10. sudah semakin bijak
    tocang pokok kelapa 2 tu yg comel.heheee...

    yeahhh..1 month to go!!

    ReplyDelete
  11. kejap je dah 11 bulan eh...Hepi 11 month cha :)

    ReplyDelete
  12. geram tengok eisya sengih mcm tu..comey.hehe

    part yg dalam keta tu afni pun surrender dayu. kadang2 letih nak melayan dia pusing sana sini. ni favourite dani nak duduk bawah kerusi keta. biar dia main bawah. haihh macam2

    ReplyDelete
  13. hepi 11 months eisya. 10/4 ni jpm jumpa kakak raina di majlis makan2 raina. tema rainbow. mari eisya

    ReplyDelete
  14. cha...tingagal sebulan lagik...wah bes2...
    dayu bab jumpe kain main cak2 tu senijik cam qaseh...hehehhe..pantang jumpe kain skang ni...

    ReplyDelete
  15. wahhh aunT ngan mya teruja mau jumpa kamu di parti harijadi kamu nanti lah eisya. hurmm budak2 baya2 gini mmg suka main2.penat nk melayan permintaan dorang yg asyik ajak kita main bersama

    ReplyDelete
  16. alaaa eisya garang ke?camne rayyan mau ngorat nnti? HUHU ;p

    ReplyDelete