17 March 2011

mak bapak versi moden

Kami ibu bapa yang 'rawk'??

Iye ke? Hahaha, tak mahu percaya. Sebab aku rasa, aku adalah masih ibu muda *muda la sgt* yang adakalanya sangat patuh kepada kata-kata peringatan dan pesanan orang-orang lama. Adakalanya lah. Tapi bila ramai mula kata kami 'rawk' tidak benarlah fakta yang sendiri keluarkan tu. Perasan sendiri je lebih.

Dan aku mula muhasabah diri, ingat kembali segala perilaku aku sejak hari pertama bergelar ibu.

Dalam tempoh berpantang lagi rupanya aku dah jadik mak 'rawk'.

Aku pulang ke Johor selepas bersalin 5 hari. Sehari di Johor, Eisya mula kena jaundice. Ngan berstokin, bersweater aku keluar ngan Ekwan gi klinik bawak Eisya amik darah. Ni dah langgar pantang dah ni. Pastu bukan reti balik umah terus, boleh pulak gi singgah Giant beli diapers Cha. Giler la, hari ke-6 dah bawak anak masuk giant. Bila mak aku call tanya apasal tak balik-balik lagi, beriya la cover kata nak sampai dah. Sedangkan tgh melilau dalam giant. Aku ingat lagi camne makcik-makcik kat foodcourt tu tengok aku. Iye...iye.. begitulah anak muda skrg selepas bersalin. Degil (:

Tapi lepas tu aku patuh balik, gigih melalui proses berpantang. Bertungku, berbengkung smua. Aku buat eh.. tak ngelat. Tapi 2 minggu je lah *sengih*

Eisya mula jejak Jusco seawal umur bape erk?? Tak pasti, tapi memang awal la. Ibu dalam pantang lagi sebenarnya tapi tak sedar diri. Iyelah, asal abah dia balik mesti bawak anak bini jalan-jalan. Mak mertua tak boleh nak kata apa dah. Dia tak halang, tak marah. Laki aku pun selamba badak la bawak anak bini masuk kete.

Memang mak ayah 'rawk' rupanya.

Bila dah membesar dan mendidik anak berdua di Kuala Lumpur, aku rasa aku tidaklah main ikut suka je. Banyak juga rujuk kepada yang lebih arif. Takde lah aku main harung je bawak dia keluar malam-malam. Lagi-lagi masa umur 3,4 bulan dulu Eisya jenis yang tak boleh diganggu langsung waktu tidonya. Bawak dia keluar time dia mengantuk, silalah hadap tangisan sepenuh jiwa raga dia tu. Maka, memang jarang la dia keluar malam hari.

Tapi memang Eisya masuk tawaf shopping mall awal lah. Umur baru 2 bulan dah masuk Ikano, gi Brand Outlet shopping baju. Masuk The Curve teman ibu shopping. Tengok wayang buat pertama kalinya pada umur 7 bulan. Umur 6 bln dah gi Genting. Tak nak roller coaster je.

Hebat anak aku. Ibu rasa ni semua bila umur dah 20++ Cha. Awak umur bulan-bulan dah merasa macam-macam.

Umur 5 bulan aku dah bagi dia makan bubur. Awalnya beriya lah aku nak menunggu dia 6 bulan, tapi akhirnya gagal. Merasalah anak aku makan bubur awal. Bab ni aku ada sikit frust lah ngan diri sendiri. Terus aku pasang azam, adik Eisya nanti aku akan tekadkan diri, jangan mengalah ngan faktor persekitaran.

Bila dah imbas balik segala tindakan diri. Ohhh, memang 'rawk' rupanya aku.

Tapi aku belum pernah bawak Eisya lepak mamak tengah malam. Tak cukup 'rawk' lah kan.


16 comments:

  1. ye mak bapak cha sungguh moden tapi kalau cha serasi selesa apa salahnya iye tak?


    bab pi giant beli diaper tu mmg sama kes mcm nurul. yang nurul ingat hari ke 8 kot dah pergi tesco cari pam manual nak keluarkan susu badan nie.


    masa tu tak tahu bab2 ilmu susu badan ni so tak terfikir nak sediakan payung sebelum hujan beli yang pam betul2 punya kan.

    terserempak dengan kawan ibu nurul dia mcm terkejut

    aik baru bersalin dah keluar siap berstokin bagai ni.

    masa tu tersenyum tersipu2 malu

    ReplyDelete
  2. owhh kire mika lg sedey dpt ibu babah terover rawk..
    babah blk kerja kol 3-4pg
    time tu la bru nk berjalan nk pusing2 ngn babah pun,
    xde g jln mane melainkan mekdi 24/7 tu je :p

    ReplyDelete
  3. aku da penah bawak fahrin naik lrt, star.. da bawak pegi mamak.. cukup rawk x?? hihi

    ReplyDelete
  4. hahahahahahah
    korang lagi rawk rupanya
    gini lah mak bapak skrg
    geleng kepala org tua tgk

    ReplyDelete
  5. rasenya ramai je parents yg rawk skang ni. kita pun tak terkecuali.

    ReplyDelete
  6. kite masa dlm pantang pon merata berjalan. tp mostly sbb hntr abah g KK utk check up la. bkn beronggeng yer..heheh..

    pastu nk habis pantang da drive balik kota tggi bwk naurah & parents. mmg rawk..keh keh =p

    ReplyDelete
  7. dah dulu takda menda shopping mall tu semua..
    macam mana mereka nak rawk..
    huhuhuhuhu.. :P

    cha mmg rawk..!! :)

    ReplyDelete
  8. Tak tau rawk ke tak.

    usia Husna 5hari lepas bawak dia cek jaundis, terus ke Manjaku carik barang baby. Terkangkang2 jalan masa tu.

    Ulang alik Klang-Seremban malam-malam jangan cerita ntah brapa kali. Every week balik Seremban rasanya. Sampai MIL tegur, bawak anak jalan malam-malam.

    Hari ke 23 bawak pegi tesco jalan-jalan.

    Hari ke 26 pegi taman tasik.

    sekarang ni asal ayah Husna datang Jb, sampai Jb pukul 12-1 pagi usung dia naik kereta tgh malam buta.
    Hadoi.

    ReplyDelete
  9. sah..sah
    semua mommy blogger adalah rawk

    kita dah rawk gini
    anak kita nanti?? trus tak nak pantag lps salin agaknya

    ReplyDelete
  10. Yo rawk moms! Apecher? Haha!

    Suka entry ni. Kita pun rawk sama.

    :D

    ReplyDelete
  11. sy rs bnyk mak ayah skrg yg dah 'rawk' melainkan ada org tua kt rumah yg melarang...

    ReplyDelete
  12. haha.. kita semua ibu moden rawk yg masih takut pada pantang larang orang tua. afni pun pantang 2 mggu je. 5 hari lepas bersalin, afni da minum ribena yg bergas.

    tapi afni setuju, rawk2 kita pun tidak lah sampai bawak anak berembun =)

    ReplyDelete
  13. hihih sama la elly... masa dalam pantang kene p KK sebab nak follow up luka ceaser yang melecet tu..KK dekat tgh bandar...depan dia ada mall..ada kedai kasut..ada kedai anakku..pegi pulak naik teksi..ha amek ko..dengan pakai track suit..pakai stokin..p masuk mall..hihi tapi elly masih tak cukup rawk la sbb anak elly sensitif..tak berani nak lasak2 sangat..sian kat dia

    ReplyDelete
  14. kita jadik rawk sebab tuntutan keadaan sekeliling
    hahahahah
    ada je alasan

    ReplyDelete
  15. zaman sekarang 'rawk' adalah perlu. tapi belum cukup rawk lagi rasanya sebab Kakal belum jejak Genting & movie. benci!~

    ReplyDelete