14 March 2011

Weekend yang sendat: Khutbah Nikah yang menginsafkan

Hari minggu yang padat dan sendat. Eisya pun ngamuk-ngamuk duduk dalam kete. Penat mungkin. Bosan iye jugak. Padat dengan aktiviti memenuhi komitmen sebagai kawan, dan anak sedara. Biar badan penat tapi jangan sampai dikata tak mengenang. Selagi mampu dan larat, penuhi lah. Kalau tak berdaya, nak buat camne kan.

Sabtu, 12 Mac 2011 diikutkan kami ada 2 jemputan. Tapi tak mampu nak hadiri semua. Terpaksa memilih, dan Ekwan pilih untuk hadiri majlis rakan sepejabatnya. Yang boleh dikategorikan rapat. Banyak membantu bila diperlukan. Maka, minta maaf ye pihak yang lagi satu. Badan kami tak boleh nak dibahagi 2, kami juga tak mampu nak berada di Bera selang sejam selepas berada di Hulu Langat. Takpe, lain kali masih ada kan. Insya Allah, acara itu kami turut serta.

Beginilah kalau keluarga dah makin berkembang. Kalau dulu, ada keluarga kita je. Acara keluarga ngan kawan-kawan kita je kita nak layan. Ni dah ada keluarga belah suami. Kawan-kawan dia. Acara opis dia. Kenduri-kendara sedara mara dia. Nak tak nak kena beralah. Kena pilih memilih. Pepandai la bahagi membahagi kalau dah sehari ada 3 majlis, tak senak gi semua. Kalau dekat-dekat takpe, ni kalau dah beratus kilometre, tak sesak jadiknya.

Alhamdullilah, percubaan pertama bawak Eisya ke majlis syarak, berlokasi dalam surau adalah mententeramkan. Diam je dia duduk atas riba abad dia tengok uncle Zul diijabqabulkan. Syukur. Mungkin dia tengok orang lain semua diam, dia pun diam je. Kusyuk ke dengar imam baca khutbah nikah. Tapi lepas tu, sila lah buat macam tak rumah sendiri.


seronok dia merangkak satu surau. org tengah sarung-sarung cincin, serah mas kahwin. aku main kejar-kejar ngan anak

mata dok perhati tudung ibu. tangan siap sedia untuk mencengkam

Bila dengar balik khutbah nikah malam tu, rasa macam diingatkan kembali. Memang setahun sekali kena didengarkan kembali la. Bagi reminder kat pengantin-pengantin lama macam aku ni hah. Aku jeling-jeling gak laki aku. Pe agaknya perasaan dia bila diperdengarkan semua khutbah nikah ni. Tapi aku tengok dia rileks je main rambut anak. Entah dengar entah tidak.

7 comments:

  1. suami tengah dengar le tu. Kalau dia tak dengar, dah lama angkat kaki keluar. hehe

    ReplyDelete
  2. btoi tu dayu. afni tringat bila mama afni nangis2 pesan dkat hafiz jaga elok2 anak perempuan dia. tapi skang bila ada salah faham, rasa nak repeat ayat tu byk kali..grr

    ReplyDelete
  3. dia dengar.. macam farid.. ade gak ikut pegi kenduri, dia dengar semua tuh.. cume laki kan.. ego :D

    weh bile nak jumpe? rendu cha ah

    ReplyDelete
  4. dengar buat2 tak dengar kan
    saje2
    sedangkan diri sendiri pun insaf sama

    ReplyDelete
  5. of coz dia sedang memasang telinga..sbb tu dia diam je ralit main rambut anak hehehe.

    ReplyDelete
  6. kaalu dengar khubah nikah jeling kat si suami. entah kenapa tah. haha

    ReplyDelete
  7. memang patut kena dengar selalu. bg insaf sesama sendiri.



    *teringat Program keluarga sakinah negeri Johor. part ibu & ayah menyerahkan anak perempuan kpd suaminya. perghhh sendu sungguh bila teringat saat tu.*

    ReplyDelete