10 August 2011

Aksi tak menahan

Eisya semakin lasak. Semakin buas. Dan kini tiada lagi tido selepas maghrib. Tak pukul 11, takde maknanya dia nak masuk bilik naik katil. Selagi lampu tak padam, selagi tu dia tak duduk diam. Letih jugak nak melayan kerenah dia. Selalunya.. biarkan aje. Asal tak membahayakan, suka hati awak lah Cha...

Ini antaranya...

puas hati dapat masuk dalam bakul ini. kasik jelir sikit lidah kat ibu. sikit je.. banyak-banyak nanti kena lepuk ngan ibu

bosan sudah. nak keluar tapi macam tak boleh je.. ibu!!! help!!
-pertolongan di minta dalam bentuk tangisan..nyampah ibu tau tak-

Kadang geram gak aku ngan Eisya ni, sikit-sikit nangis. Tak dapat pape nangis je kejenya. Bukan nak memikir ke apa.. tak boleh je nangis. Mainan tersangkut kat bakul, tak bleh nak keluarkan.. nangis. Nak naik atas kete mainan, pastu tak reti nak turun.. nangis. Nak selongkar wallet abah tapi tak boleh nak keluarkan kad-kad.. nangis.. Issskk... cubalah usaha skit Eisya wehh, jangan tau nak nangis je.

Eisya kini memang di dalam fasa manja maksima. Layankan aje lah

9 comments:

  1. hehehe masing2 dah menunjukkan taring,
    :D

    ReplyDelete
  2. mmg fasa nangis agaknya, ammar pun lbh kurang garang & nangis..usik sikit marah2 sakit sikit nangis pastu tunjuk2 tangan suh tiup hihi

    Layankan je selagi larat kalau tak biarkan je tapi telinga pulak tak tahan duk dgr irama yg xberapa enak dia tu kan..

    ReplyDelete
  3. sama masalah dgn Naurah nampak si Cha nie..keje nk menangis x kire masa T_T

    ReplyDelete
  4. Cha comel tau!

    samalah dengan si husna tu, Asik nak menangissssssssss je keje, sampai tak larat nak layan. Ingatkan husna je camtu.. lepastu salahkan hubby tak jaga masa pregnant, sebab masa pregnant fashya banyak nangis, so terkene dekat husna...hahaha

    ReplyDelete
  5. Itu tandanya nak mintak kawan tu Ibu. Reverse psikologi. Hehehehe.

    ReplyDelete
  6. sebijik sama dengan mirza....tak boleh buat menangis..bukan nak buat sendiri...

    ReplyDelete
  7. lebih kurang sama je perangai ank kita2.maybe baya dorang tu kerenah camni kot

    ReplyDelete
  8. sama lah macam dani... silap sikit, menangis. jatuh sikit , nangis..kdg2 memang kena jugak..geram rasa

    ReplyDelete