06 July 2011

Memang sah anak En Ekwan

Disebabkan sekarang Eisya dan aku adalah sebumbung dari jam 8 pagi hingga ke jam 5 ptg. Eisya berpeluang untuk meninggalkan 'school' sedikit awal. 4.30pm aku dah turun amik dia. Tapi kalau ibu tiba-tiba busy, ada meeting ke. Balik macam biasa lah ye nak ye. Tu pun sekarang, Eisya akan jadik antara yang terawal meninggalkan school. Seronokkan Cha..

Kalau amik dia 4.30pm, aku bawak la dia naik opis dulu. Kasik dia main lari-lari, main sorok-sorok celah partition, selongkar laci ibu. Masuk dalam kotak. Aku masih belum habis mengemas, malas nak selongkar kotak. Eisya datang dia tolong kemas. Habis dia keluarkan semua kertas, buku dalam tu. Pastu dia masuk dalam sambil sengih-sengih puas hati. Pelik sungguh aku. Suka betul masuk dalam kotak. Kotak kasut pun dia nak masuk. Tak sedar ke dia tu besar, ada hati nak duduk dalam kotak kasut.

Yang paling dia berkenan kat opis ni adalah mesin photostat dan printer. Masuk-masuk je terus tuju ke printer tu. Pandai pulak dia buat tray tu, pastu seperti biasa. Semua kertas dicampak keluar. Semua dok kata 'memang sah la ni anak Ekwan'

Cha, buat apa tu?

Eisya nak jadik macam abah ke?? Isskk, tak payah la Cha. Tak sesuai orang pompuan keje gitu.

Aku tidak lah sampai ke tahap nak menentukan kerjaya anak-anak, hala tuju hidup diaorang. Tapi seboleh-bolehnya aku nak bantu anak-anak aku buat keputusan dan pilihan terbaik. Macam aku dulu, mak ayah memang tak masuk campur. Segala keputusan aku buat sendiri. Just maklumkan derang je. Aku nak sambung belajar kat mana, nak pilih jurusan apa.. Mak ayah aku tak kesah, suruh sign, ayah aku sign je.

Untung lah dapat anak macam aku kan, kalau kena yang amik kesempatan, kesian mak ayah *apakah ini? memuji diri sendiri

Dulu aku tak tahu kenapa aku macam boleh dan mahu menceburkan diri dalam bidang kejuruteraan. Dari tingkatan 4 aku dah pilik nak ke sekolah teknik. Bila buat diploma amik jugak engineering. Tapi bila dah habis diploma, baru aku macam sedar, jiwa aku tak kena sangat ngan engineering ni. Masa nak sambung degree beriya aku nak tukar course, nak amik management je. Mungkin sebab malas ke apa.. Malas nak perah otak hadap subjek engineering kan.. tu yang nak buat management je. Tapi akhirnya dapat gak sekeping ijazah kejuruteraan.

Mungkin dah memang takdir kan. Dah ditentukan aku akan jadik seorang jurutera.

Tapi takde lah rasa macam jurutera sangat. Sebab aku merasa keje ngan private sebulan je. Time tu mmg betul-betul rasa tercabar. Sampai ke tengah malam aku berkampung kat site. Giler la. Sampai mak aku suruh adik aku gi teman sebab risau. Yelah, kat site tu almost semua lelaki. Aku ngan akak QS tu sorang je pompuan. Tengah-tengah malam tengok orang concrete tiang segala tu. Esok pagi kena masuk keje kul 9 balik. Memang giler keje sungguh aku time tu. Tapi mak ayah aku sibuk suruh berhenti. Risau anak dara keje gitu gaya.

Seronok memang seronok. Penat tapi best. Biarpun gaji ciput. Tapi dah namanya fresh graduate, RM 1.6K tu banyak tu.

Sebulan je lah aku kat sana. Lepas tu terus join JKR. Dan bermula lah fasa mengembangkan badan sebab kejenya asyik gi meeting je. Pastu asyik lah makan je. Jaga projek puluh-puluh juta, ratus juta pun ada.. harus lah makan pun masyuk kan. Badan pun kembang dengan 'masyuk' jugak.

Hahahha..okay, aku dah jauh melalut. Hilang fokus sebentar. Tapi aku macam tak berapa berkenan kalau anak perempuan aku nak masuk bidang engineering ni. Cariklah bidang lain. Macam mana all-out pun, bidang ni tetap milik orang laki. Kalau dapat join government, okaylah. Tapi kalau ngan private, dah ada keluarga. Memang susah lah. Masa aku nak join TNB dulu, jujur je orang yang interview tu kata, derang memang tak nak perempuan sebab nak hantar ke kawasan pendalaman, nak buka plant baru, hutan lagi. Tak kan nak hantar engineer perempuan. Nasib baik dia mintak maaf baik-baik, kalau tak hangin gak aku. Dah lepas sampai stage 3, baru nak bgtau tak nak pompuan. Lain kali, maklumkan siap-siap dalam iklan, takde lah aku terhegeh-hegeh update resume.

Biarlah anak-anak perempuan aku nanti kejenya sesuai dengan gender. Yang memang bidang khusus untuk wanita. Yang mereka boleh bersaing secara adil untuk sampai ke tahap tertinggi.

*aku nak Eisya jadik pembaca berita.. Ekwan geleng kepala. selamba aku jawab 'nanti bleh tgk Cha kat tv tiap2 hari' nasib baik tak kena sekeh
**anyway, abah Cha keje repair mesin je. tiap ari balik sluar kotor kena toner.. geram aku

7 comments:

  1. pembaca berita pun OK kan. luas pengalaman.

    ReplyDelete
  2. wow femes la jd pembaca berita, heheh

    ReplyDelete
  3. best ape jadi pembaca berita. hihihi.

    ReplyDelete
  4. pembaca berita? satu tanggungjawab besar ye eisya...tapi kalau baca berita bz gak macam engineer..:-)

    ReplyDelete
  5. ekwan keje ape ek??..ehh mmg kelako lah bila membayangkan cha nk masok dlm kotak kasut.kih kihkih

    ReplyDelete
  6. glamer la cha kalau jadi pembaca berita..ntah2 mak dulu yang lebih2 glamer...hehehhe

    ReplyDelete
  7. setuju dayu..maria pn nk bgtau kt anak2 nnt..bukan nk halang mereka tp tak nak diorg jd mcm maria..huhu..mencabar esp kalau kerja swasta..yelah bersaing dgn kaum lelaki..fhm2 la kn..hhuhu..

    ReplyDelete