31 August 2008

Sehari di JB

Bertolak dari KL about 10pm, jalan agak penuh ngan kete tapi masih boleh speeding la. Boleh lah lagi nak tekan minyak smpai 140km/h tapi sendiri takut, slow lah sikit, 120 cukup la.

Ekwan drive smpai Pagoh,sementara tu Cik dayu tido *yang tak berapa nenyak* Time dia stop kat R&R tersedar, Ekwan kata nak tido jap. Tengok jam dah 12 lebih, so i decide biar i lak drive. Dalam setengah jam je dia teman, dia kata takut i ngantuk, tapi lepas tu smpai depan pintu rumah baru dia bangun *agaknya kalau bleh dia nak trus tido dlam kete*

Masuk rumah, lepas salam2 mak yang dari tadi menunggu ketibaan kami, terus lompat atas katil, pasang kipas, peluk bantal dan tido..

Dan esoknya, Ekwan kejut suruh i bangun. Dia lapar, dia suruh buat breakfast *manja sungguh manusia ini* Maka, bangun la Cik Dayu ke dapur. Buat jemput-jemput sudah, Dayu malas nak goreng nasik. Dan makan lah kami berdua, adik2 masih tido. Mak ayah lak keje Sabtu kan.

Kemudian tengah sedap layan astro, Ekwan ajak keluar carik kasut. Maka ke Tebrau City la kami *Jusco paling besar kat JB* En Ekwan memang cerewet ok kalau nak pilih barang. Penat tau ikut dia carik kasut. Dah la Jusco tu besar. Pastu bleh lak pakcik ni tak jadik nak membeli, dia kata kat KL je lah. Chhaaiitt!!!

mana uncit saya ye time ni..owh dia gi toilet :>
terus gi order Baskin Robbins yang mahal giler tu..nasib baik sedap

Tetiba Ekwan ajak gi gunting rambut. Dia kata rambut dia dah serabut. I tengok ok je.. tapi dah dia ajak gi je lah. Nak gunting kat salon-salon dalam Jusco ni macam tak mampu je. So, ingat nak carik kedai2 kat area Johor Jaya. Tapi tak jadik, gi je kat kawasan sebelah Jusco tu. Ntah...tak tau lak nama taman tu *aiyooo...org JB pun tak tau ke*

Tengok harga kat luar punya la murah, Wash & Cut RM8 je. Sekali student service la. Tak berani la nak suruh student yg potong, so Ekwan decide nak professional yg gunting rambut dia, RM20 ye..

org suruh pilih nak potong style camne, dia layan Motor Trader lak

mana bleh bagi uncit je gunting rambut. dayu pun nak gak. potong skit je and tune fringe yg dh panjang tu.

Mak dah call suruh balik sebab dia kata makcik bridal dah call tanya bila nak dtg. Ye..ye..sabar ye mak. Nak balik la ni...
*penat lak rasa badan...kita go esok bridal tu bleh mak??

29 August 2008

kami nak balik JB

Weekend ni kami *iaitu Dayu + Ekwan* akan menghabiskan masa di Kg. Melayu Majidi, Johor Bahru. Dan itu adalah umah mak dan ayah Cik Dayu.
-turn uncit lak tersipu-sipu ngadap bakal mak dan ayah mertua-

Mungkin akan gerak around 10 pm malam ni, itu pun kalau Ekwan boleh siap lah. Dia nak basuh baju dulu katanya. Mak pun dah call tanya balik kul bape semua..*tak sabar ke tunggu kepulangan bakal menantu mak??*

-ekwan siap request mak masak special untuk dia lagi-