05 June 2009

hidup berdua tu lagi mengembirakan

Sudah 2 hari, bangun seawal jam 5.30 am. Jangan tak percaya, sila lah percaya. Dan segera gerak En Suami suruh teman gi dapur. Tapi jangan harap, dia dengan gaya paling manja *kononnya* akan sambung peluk selimut.
Maka, jangan harap bini dia ni nak gi dapur tu sorang2. Aku berani bangun bukak lampu, masuk bilik air,mandi pun dah cukup bagus. Ohhh, saya dengan tiba-tiba menjadi penakut. Bukan buat-buat tau, tp dia dtg dengan sendiri. Terasa rumah tu luas sgt. Adakah sebab rumah itu masih kosong... ?? Ohhh, En Suami pujaan hati sampai mati kata 'sabar eh sayang, kita beli barang skit2 ye'

Ohhh, sape ada van/lori..pinjam boleh.. nak angkut peti ais dari orkid lah..

Mahu gambar lagi kan... Nah, layan kan yang ni pulak... yang lain,sabar ye. Tgh filter, mana yang layak untuk dikongsi bersama.

Moral of the story dari gambar di atas:
Buat la penunjuk arah ke majlis anda segera. Jangan ditangguh. Nanti jadik mcm kat atas tu. Tapi boleh tahan kreatif lah adik-adik saya yang telah banyak bertungkus lumus sampai tak tido malam menguruskan majlis walimah akak dia ni.
Pukul 4 a.m, di kala akak dia ni sedang berusaha melelapkan mata sebelum dinikahkan esok harinya, dia ketuk pintu 'kakak, mana signboard nak gantung??' Hah?? Korang tanya mana signboard?? Tak buat lagi ke?? Maka, mencari la marker di pagi2 hari... dan itulah hasilnya.

TQ to S&B geng yang telah mencapture hasil kreativiti adik-adik ku itu.

Dan terima kasih juga kepada yang sudi hadir. Kepada Anaz, iron kamu sangat berjasa. Dah 2 hari dia berkhidmat mengosok baju keje Dayu dan suami. Tak lupa juga kepada yang lain, saya ucapkan terima kasih atas segala pemberian kamu.

Dan paling penting, minta maaf banyak-banyak kalau ada kekurangan di majlis saya itu. Kalau terkurang layanan, minta maaf. Sesungguhnya, ini majlis pertama keluarga saya. Malah, majlis perkahwinan pertama (side pompuan) dalam keluarga kami, maka kami sangat tiada pengalaman mengurus majlis begini. Kalau ada cacat celanya, harap la dimaafkan. Sesungguhnya kami sentiasa mahukan yang terbaik, tapi kami sedar banyak hal penting yang kami terlepas pandang. Maafkan lah ye...

*yay, malam ni katil+tilam sampai..
*terima kasih en suami, sebab dgn segera belikan saya washing machine. ke sebab awak pun dah tak larat tgk baju kotor dalam bakul tu sayang??

04 June 2009

buat pelepas, jgn sampai terngigau-ngigau

Saya sudah kembali bekerja..*walau ikut rasa hati, amat malas nak bangun pagi td* Dan hari ini adalah sangat sibuk.

Mahu gambar eh??? Namun hakikatnya pengantin sendiri tidak mempunyai gambar. Sebab semua busy,takde sape yg amik kan gambar. Ada skit je. Ni pun terpaksa minta dari opismate2 yg dtg kenduri 31.5 tu. Maka.. nah..amik sekeping cukup. Jangan sampai ada yang tak tido malam sebab ternanti2 kan gambar Pn Dayu *uuiihhh..puan sudah saya*

tatap lah ye
*sudah boleh pegang2+peluk1 lelaki ni sesuka hati*

*wahai en photog, bagi lah teaser skit