27.08.09 - i'm 6 weeks pregnant
2,3 hari kesihatan berada di tahap level yang sendiri rasa dah tak larat. Tapi alhamdullilah, masih mampu 4 hari berpuasa.
Lepas sahur, siap2 nak gi keje. Dia start dah. Kepala mula rasa nak pecah. Ohhh, ada masa lak dia datang. Saja je goda suruh tak yah gi keje. Tapi pura-pura kuat, masuk gak kete. Dalam kete, laki aku dah tak tau nak buat pe. Bini dia tak duduk diam, merengek2 sakit kepala. Siap buat drama, leleh2 air mata bagai. Tapi bila diajak ke klinik, geleng kepala. Tetap melangkah masuk lif. Sampai opis, baru pukul 9, aku dah ada dalam surau. Tido... sesungguhnya tido mmg dapat ilangkan sakit kepala tu lah. Sangat membantu tau.
Tu kisah pagi hari, bila malam lagi dasyat... *suami saya mesti pening kepala*
Lepas buka je terus lembik badan. Ohhh, dia punya pening kepala sangat menyucuk. Berpanjangan pulak tu. Dengan meja tak berkemas, sinki penuh ngan pinggan kotor, dapur tak berkemas...semua tak kesah dah, yang aku tahu..baring atas katil,sapu minyak kapak banyak2...tido. Suami seperti biasa,paksa telan paracetamol. Telan je lah.
Bila sedar, Alhamdullilah... boleh lah mandi smua, dan sedikan lauk nak bersahur. Ohh, nasib baik masih ada tenaga. Kalau tak sahur makan roti je lah laki aku.
Dan hari ni, 27.8.09.. sepanjang hari kat opis keje nye tido je. Rasa mual dah mula menjelma, tapi muntahnya tidak. Menyampah tau...tu lagi seksa ok. Ikut hati nak je telan orange juice, tapi malas nak gi carik. Tahan je lah..
Hari ni surrender, mmg tak mampu dah nak masak. So ajak suami ke bazaar di Equine Park, nasi kerabu makan setengah je. Pastu buat perangai biasa. Sampai suami aku kata 'org pregnant mmg gini yang eh, asyik hibernate je' Saje tau dia ni. Tapi dia kasik gak lah tido sejam *boleh la dia berinternet dgn tenang kan* Pastu paksa bangun, dia kata mahu ke klinik. Nak confirmkan isi dalam perut, nak tahu bape minggu dah...
Lepas mandi, badan sedikit segar.. terus ke Klinik Ibu Mengandung Dr Jameaton kat Tmn Pinggiran Putra, ni je yang jumpa.
Bila doktor tu scan, bila tengok mesin tu. OMG!! Ni lah perasaan nye yang selama ni hanya baca pengalaman org lain. Bila tengok dr tunjuk janin tu. Keciknya dia. Dan dr tu kata 'confirm u pregnant, dalam 6 minggu ni' Dia pass gambar tu dan explain pasal vitamin2 yang dia nak bagi. Tapi aku kusyuk tengok gambar tu. Agaknya doktor tu pun layan je rasa teruja patient dia ni.
Dengan bekalan vitamin dan ubat-ubatan, 2 hari ni mampu lalu pagi dalam keadaan agak normal. Takde pening yang melampau. Loya pun skit2 je. Boleh masak untuk berbuka dengan bersemangat.
Semoga keadaan ni berkekalan, tak best lah kalau badan lemah, tak larat smua..
28 August 2009
27 August 2009
20.08.09 - there are 2 lines!!!
It is the day we found out that i'm pregnant!!!
Syukur.. Alhamdullilah, keinginan paling tinggi setelah sah dinikahkan hampir 2 bulan lebih akhirnya dimakbulkan. Berakhir juga penantian tu. Syukur sangat. Tak terkata dia punya happy. Sukanya kami suami isteri.. Hadiah terhebat dunia kini kami miliki.
Kitaran bulanan sudah terlambat 2 minggu. Tapi keadaan diri masih normal. Tiada sebarang petanda sedang mengendong nyawa. Biarkan dulu. Mungkin sedikit terlewat. 2 hari sebelum tu pening kepala sangat teruk dan diisytiharkan demam. Ramai yang kata 'ni demam2 ni, ada isi kot' Sengihkan je walau dalam hati menganggap kata-kata tu semua sebagai doa. Harap-harap apa yang dikata tu benar.
Hari ini seharian berseminar di Legend Hotel, bertemu Pa'a, dia tanya 'bila ko nak pregnant ni dayu??' Kawan aku ni pun..ko ingat nak rancang pregnant mcm rancang nak makan pe malam ni ke?? Maka jawapan standard 'belum ada rezeki lagi la, rileks la' Tapi dalam hati dah pasang niat,petang ni gi The Mall beli pregnancy Test. Dan pulang saja ke rumah terus buat. Pejam mata je celup tester tu. Bila muka mata, hati rasa nak menjerit..tapi dalam hati je. Tak mahu suami terkejut. Mahu surprise sama dia.
There are 2 lines!!!
Kuar bilik air, saja letak risalah tester tu atas meja. Pastu dia tanya 'dah buat ke yang?? positif ke negatif' Tak tahu apa motifnya, saja buat muka sedih. Dia lak kata 'alah, takpe lah.. kita usaha lagi, ok??' Hahahahah..lawak siot laki aku. Saja je layankan, teruskan berlakon, sedih la konon. Tapi ingat senang nak kawal rasa excited sendiri. Ingat nak suruh dia sendiri jumpe tester tu, tapi dia boleh layan tengok tv lak. Dan rasa teruja dah tak tertahan lagi. Terkeluar statement 'lepas ni kalau org buncit ke apa, ayang tak boleh marah dah' sambil muka tersengih-sengih. Terus dia kata 'positif ke negatif ni??' sambil bangun mencarik tester tu.
Dan keluar je dari bilik terus dia usap-usap perut bini dia 'baby...'
Ohhh... perasaan waktu tu sangat tak tahu nak kata macam ne dia punya happy. Bahagia nya rasa. Kehidupan ini terasa semakin sempurna. Sangat gembira lah...
Syukur tak terhingga..

Subscribe to:
Posts (Atom)