31 December 2009

last

Malam tahun baru. Aku tertido jap petang tadi. Bangun tido, lepek2 tepi suami, sambil tgk dia main FB. Pastu bangun jap, sediakan dinner. Dah habis makan, tanya dia 'kita nak kuar ke??' Dia tanya smula, nak keluar ke?? Aku tgk dia, dia tenung aku balik. Tiada mood nak gi bersesak-sesak kali ni. Entah.. dah tua kot. Dulu muda-muda boleh lah kot.. 3 hari sebelum malam new year dah sibuk pikir nak lepak mana. Siap kalau ptg ni ada kelas, harus aku dah ponteng je. Balun tido dulu, kata malam nakterpekik terlolong macam orang jakun tgk bunga api..

Ok, sah terbukti aku dah tua...

Tak sesuai nak gi berpeluh sesak kat orang ramai-ramai tu. Tapi..tapi.. aku macam nak kuar gak. Last.. tahun depan, bila dah ada anak.. confirm dan sahih tak kan kuar nyer. So, aku rasa nak gak kuar malam ni. Nak gi mana?? Tak tahu.. aku serahkan tugas tu kat suami pujaan hati..

*jom bersiap

rajinkan diri

Hari ni ada jamuan bulanan terakhir 2009 di BKJ. Dan sempena nak smabut tahun baru, ngan gediknya kami menyediakan menu berunsurkan western. Dan aku pulak dengan bangganya gi tawarkan diri nak masak makanan utama, iaitu bolognise sphageti. Ahhh, amik ko.. sakit2 pinggang aku masak 4 bungkus sphageti..

Pukul 12.30 malam gak baru siap smua...

Dan aku trus rasa nak gi beli kuali besar, standard org masak kenduri punya. Senang aku nak buat birthday party anak aku nanti. Ngan kuali sedia ada ni. Nak tak nak, aku kena masak sos bolognise tu sebanyak 2 kali. Leceh.. ingat aku rajin nak basuh2 kuali ke hah?? Sebab dah terpaksa, kena lah gak...

nak potong segala benda ni pun aku dah mcm senak dada dah. menunduk lama sgt kot. baby dlm perut lak punyalah aktif semalam. selalu diam je dia.. potong dadu bawang sampai 10 biji yang paling aku tak larat tu.

Hasil dia?? jap lagi lah aku snap masa jamuan.. sekarang aku nak gi menyibuk kat pantri tgk derang buat salad buah ngan sandwich.. Aku nak tgk je. Sebab semalam aku masak sorang2. So arini, aku jadik food tester je..

*bila ada jamuan, mmg tak keje lah satu ari