28 January 2010

New Year BBQ Party

Jangan percaya ngan tajuk tu. Kalau korang percaya, entry ni akan jadik entry paling basi pernah dikeluarkan. Dah nak masuk bulan 2 beb, pe kes nak buat entry 'new year' lagi.

Idea nak memanggang dan membakar ni dtg dari Puan Ummi Naziha, bila mana dah terlalu banyak program terancang yang dibatalkan. Ingat nak gi ber'surfing kat Sunway Lagoon. Tapi ramai tak bleh bagi komitmen. Aku lagi lah frust.. gi Sunway, jadik tukang amik gambar je lah nanti. Hampa la aku tak dpt nak terjerit2 main slide2 tu.
Bila dia bagi idea ni.. smua mcm ok je. Siap dah bagi2 tugas dah *kami mmg begini, barulah lg meriah* Tapi aku sangat kesian sama tuan punya idea, last minit dia kena gi BTN. Punya lah hampa membe ni. Seb baik kawan-kawan yang lain ni mcm tak kejam. Ikut hati nak je trus upload gmbar kat FB, tp demi tak nak dia menangis lebih2 kat kem tu. Kita simpan je lah dulu.

Event mcm jadik makin menarik bila idea official shirt diutarakan. Seminggu masing2 semangat buat design. Bagus kawan-kawan aku. Aku tgk dr jauh je sbb idea mcm tak mari. Yang paling aku kagum, perancangan tu berjaya dilaksanakan. Dapat gak pakai masa BBQ ni. Aku je yang tak pakai, sbb aku tak nak jadik nangka kena sarung. Dah besar dah Sal & Hana pilihkan.. maka, jgn nak sangkal lagi. Sememangnya aku yg kembang tak ingat dunia.

Nah.. lihat lah sendiri.. *aku mcm nyampah siot tgk gmbr ni*

*aku sarung baju ni, semata-mata nak amik gambar ni*
perrghhh!! giler besar ko dayu.. takut siot tgk diri sendiri. siyes, lepas ni breakfast oat je lah aku jawabnya. malam mkn sup sayur je.. nekad ni

Majlis diadakan di rooftop umah Salwa & Syafiq.. lokasi yang menjadi pilihan ramai. Terbaik tempat ni. Dah lah angin punyalah kuat malam tu. Dah aku feeling mcm BBQ kat tepi laut je. Janji 4.30pm, tapi kul 6.30pm baru aku ngan Ekwan sampai. Dah lah yang kena bawak BBQ pit tu kitaorg. Mahu tak kena marah.. hahaha, tp akak sengih je. Tak kan la membe sampai hati nak marah si buyung ni lebih2 kan.. Mintak ampun kawan-kawan..

jgn smpai dpt warning letter dr management sudah.. kalau tak sian korang berdua. membe2 smua buat bising di luar kawalan. pe, ingat ni kolej kat UiTM dulu ke hah?? terpekik terlolong..

tukang bakar ayam

tukang makan ayam ... tp as baru seminggu lps BBQ kat Port Dickson, aku makan kepak ayam 2,3 ketul je..

sotong.. perghh!! favorite of the night. asal angkat abis..letak je licin..

tukang marinate sotong dan udang, dan tukang bakar sotong.. kerjasama yang mantap. next time, task ni tetap milik korang

jemput makan!! aku tahu, aku sorang tak pakai baju rasmi, sbb tu aku jadik tukang amik gamabar je. makan la selagi korang larat.

*alahai suami saya, malu2 potong kek birthday*

Lepas masing-masing dah kenyang. Dah potong kek..dah makan kek.. kita main game pulak. Lose, Win & Draw. Hahahahah.. sgt kecoh waktu ni. Sampai lupa nak amik gambar. Sangat bising. Dah la lupa tutup main door ke rooftop tu. Mesti org2 kat level 19 tu hangin je. Seronok giler time tu. Gelak tak ingat dunia masing2. Samai lupa yang tadi aku dah pedih-pedih ulu hati. Laki aku jeling2 je, suruh beringat skit. Takut bini dia terberanak kat atas tu..

sara sgt adorable malam tu. dah lah dah reti ckp. seronok je layan dia. S&B Jr pun ada baju rasmi ok. Azeem kat UK tu pun ada. Nasib baik anak aku dlm perut lagi. Kalau tak mau aunty Sal carikkan romper putih kosong bagi dia pakai.

As sewa rooftop tu sampai pukul 11 je. Maka segera la kami mengemas walaupun masing-masing mcm masih syiok layan game 'conteng & teka' tu. Kang kena halau kang, haru je. Ada lagi niat nak terjun pool lak. Macam larat je masing-masing. Kalau korang masuk pool lak, jawabnya tak tido lah penduduk2 USJ One Avenue malam tu. Amik gambar je pun jadik lah. Tu pun korang dah cukup bising tau...

akhirnya..akhirnya berjaya gak memiliki baju rasmi S&B. perancangan last minit gak baru menjadi. kitaorg mmg terkenal begitu. pe yang rancang awal2, smua cancelled. BBQ ni seb baik berjaya gak direalisasikan.
ok, aku eksyen je lebih ngan baju,mana muat nak sarung siot

as usual, sesi bermanja terlebih ngan pasangan masing2 harus ada
apsal jadik tangga gambar ni??

27 January 2010

sekali lagi: lelaki ke perempuan

Orang-orang tua, easpecially orang melayu ni banyak betul hint kan dalam meneka jantina baby yang dikandung. Pegang-pegang perut pastu kata 'laki anak awak ni' Tengok gaya kita makan pun dia boleh kata 'ni nanti mesti kuar pompuan anak kau ni' Kadang mcm betul, tp mungkin gak kebetulan kan. Tapi seronok gak kadang-kadang bila teka meneka ni.

Jom buat hint checklist...

Bab Menghias dan Mengurus Diri
Orang kata, kalau si mak tu malas je nak bermekap. Gi keje pakai bedak pun malas. Muka comot je. Besar kemungkinan anak dia perempuan. Tapi kalau jenis yang time pregnant bermekap habis, katanya anak dalam perut tu laki
  • Ohhh.. kalau ikut aku.. muka mmg pucat lesi lah.. mmg selekeh habis. Lagi2 1st trimester dulu. Tapi sekarang ok lah skit.. rajin la gak aku nak pakai eye liner, sapu2 blusher skit. Ohhh, lelaki ke anak i?? Ok, 1st hint for Boy.
Next hint...

Posisi Tido Waktu Malam
Kalau lagi selesa tido mengiring ke kanan, budak dalam perut tu adalah lelaki. Kalau tido lebih ke kiri, anak perempuan katanya.
  • Mula-mula dulu boleh lagi tido macam biasa. Masih boleh lagi nak terlentang ke,ngiring pun ikut suka lah. Tapi masuk 3, 4 bulan. Bila dah ada gerakan dari dalam perut tu. Dah tak boleh nak tido sesuka hati. Kena mengiring. Tu pun kena ke kanan je. Kalau ke kiri, rasa tak selesa sgt kat perut tu. Tak reti nak describe. Hmmm.. saje je tak kasik aku tido ngadap muka laki sendiri tau. Ok, maka 2nd hint for Baby Blue.
Petunjuk ke -3..

Arah Berat Perut
Katanya, kalau perut lebih berat ke kanan, itu anak lelaki. Dan perempuan kalau lebih berat ke kiri.
  • Ohhh, yang ini sendiri tak pasti, tak tahu nak tgk mcm mana. Tapi perut ni memang macam tak balance. Ekwan pun selalu cakap 'yang, perut awak senget' Ye..ye, dia macam membesar lebih ke kanan. Maka, adakah anak saya lelaki?? Dah 3 hints dah ni..
Garisan Perut
Garisan perut pun jadik penentu. Macam pape je. Tapi siyes, waktu pregnant je ada ni. Dulu-dulu mana ada. Yelah, perut dah membesar, kulit menegang. Tu yang muncul tu agaknya. Dan mengikut petua, kalau garisan tu terang dan tak putus-putus, anak dikandung adalah lelaki. Kalau putus-putus2 perempuan.
  • Garisan perut aku adalah tidak jelas, dan terputus. Ohhh.. hint pertama untuk memiliki baby girl
Bentuk Perut
Perut tajam.. anak lelaki. Perut bulat dan bundar.. anak pompuan.
  • Perut guwe?? Membulat dengan comel. kecik je. Malu-malu nak tersembul. Girl ke..girl ke?
perut yang didakwa oleh tuannya kecil dan comel itu. alah, ni waktu baring lah geng, mmg lah besar mcm ni.. sendiri kasik imagine lah, camne nak tido dgn selesa ngan perut yg mcm ni. ni baru nak masuk 7 bulan ni. aku dah terbayang gaya mana lah aku tido bulan 3 nanti.. masuk bulan 4 tak tido agaknya.

Ikut kepercayaan orang tua-tua, peratusan kebarangkalian adalah sama banyak. Boleh jadik anak aku laki, tak pun perempuan. 50-50.. kalau tgk perut mcm pompuan, tp bila tang tido2 tu macam laki. Tapi kalau ikut kata doktor..dah 3 orang doktor jumpe ni. Semua kata benda yang sama. Semua kata anak kami adalah 'PEREMPUAN'

Ye..ye..hari ni saya nak buat pengumuman terbuka ni..

Dari imbasan pertama masa 4 bulan lagi doktor kat klinik gomen tu dah kata yang baby ni perempuan. Tapi dia kata 70% je, sbb tak baper jelas. 70% pun doktor kata, aku dah caya 100%. Hahahah.. dah start jeling-jeling baju kaler pink yang cute2 tu. Masuk kedai barang baby, dok belek barang kaler pink je. Biar pun daddy dia kata 'kang kalau kuar laki kang, sape nak pakai baju2 ni??' Tapi guwe ada kesah... tetap gak beli warna pink..

baju cop 'i luv daddy' dah ada byk.. cukup lah ye. meh, kita gi beli baju sayang mommy pulak. jgn nak jadik anak bapak sgt, mommy jeles.

Bila gi scan kat private pun doktor tu kata 'baby girl..tengok ni..' puas lah doktor tu tunjuk itu ini kenapa dia kata girl. Ingat aku paham?? Tak langsung.. yang penting dalam hati dah kata 'yeay, baju pink tu smua confirm boleh kasik baby dalam perut ni pakai' Lepas ni dah boleh membeli dengan yakin. Tiada lagi nak ragu-ragu. Tapi.. reserved gak lah, 3,4 helai baju universal color.

daddy awak pilih dan disokong oleh mommy.

koleksi terkini yang mommy rembat waktu melilau-lilau kat Sogo tunggu daddy dtg kutip mommy.. kan mommy dah kata, jgn bagi mommy masuk kids & infants dept. harus 2,3 helai awak dpt baju baru.

Aku nak tambah satu lagi hint. Kalau kaki membengkak dari 2nd trimester lagi.. pompuan lah anak korang. Ni berpandukan pengalaman sendiri ni. Hahahahah.. sesuka hati aku je.
Maka, no more secret.