06 March 2011

rumusan hari minggu

Hari minggu macam tak reti duduk rumah kan, ada je agenda yang tersedia. Tapi itu adalah lagi elok dari duduk saja di rumah.

Jadual asal sebenarnya tidak lah padat, tapi bila dah Jumaat terus jadik sangat padat. Sepanjang hari ada upacara dan majlis kena hadir. Tidaklah wajib, tapi tanda komitmen kepada perhubungan yang telah dijalin. Tapi tiba-tiba tidak menjadi padat sebab suami saya kena keje hari Sabtu. Tidak dapat lah kami nak meraikan majlis gemilang penyatuan dua hati seorang sahabat tengahri itu. Jadual petang hari je berjaya dipenuhi.

Perancangan hari Ahad gagal dijayakan. Aku bab acara pagi hari memang selalu gagal. Tambahan pulak dengan Cik Eisya yang meragam dari malam hari membawa ke pagi. Memang haru lah aku nak jayakan acara jam 10 pagi.

Kepada rakan-rakan sekalian, minta maaf lah ye. Walau aku memang teringin sangat nak gi perjumpaan kali ni sebab ramai yang aku masih belum bersalam, berlaga pipi kan. Ena, Ann.. Hmmm, tapi kalau dah memang takde rezeki kan. Insya Allah, kita bertemu di lain waktu. Peluang tu akan sentiasa ada kan (:

Aku tunggu je lah korang update

02 March 2011

Apabila menjadi seorang ibu

Aku terlupa pulak yang aku kini adalah seorang mak yang memiliki seorang anak kecil yang baru berusia 10 bulan, yang masih belum mampu berjalan sendiri. Yang perlu aku dukung ke mana sahaja. Yang mana, anak kecil aku itu selalunya apabila dibawa berjalan dengan kereta, dia akan tido setelah kepenatan atau dah tak larat nak godeh segala barang dalam kereta. Lagipun, masa ni je lah nak tido berpangku di lengan ibu.

Bila tiba-tiba sampai di pintu rumah, dan melakukan aktiviti biasa iaitu mencampak kasut. Baru tersedar, kasut ku bertali. Dan berkancing lagi. Uiihhh, anak tgh syiok tido berpangku di lengan, tak kan nak masuk je ngan kasut

zaman berkasut begini dah berlalu

Patut skrg pakai sandal je lah.

Okay, esok gi Bata, carik selipar. Nak tawaf Jalan TAR pun senang.

Ngan nak keluar masuk nursery.. huh, mmg tak sesuai sungguh seorang ibu nak berkasut begini. Memang tak sedar diri lah masa membeli. Zaman nak berkasut begini sudah berlalu. Sudah tiada kesempatan mahu bergaya. Ini bari cerita bab kasut, belum lagi hal nak bergaya sakan ngan lilitan shawl yang pelbagai. Dengan anak kecil yang kini semakin takjub dengan kebolehan tangannya, ohhh.. memang agak mencabarlah. Boleh tu memang boleh, tapi sila banyakkan bersabar.

Tu belum lagi hal baju yang berkedut seribu setiap pagi bila sampai di pejabat. Elok je gosok baju siap-siap dari malam hari. Tapi esok pagi serupa tak bergosok. Yelah, melayan ragam anak selama hampir sejam dalam kereta. Sendiri bayangkan lah, sape yang lalui perkara yang sama. Tahu kan bagaimana... Kalau kadang-kadang baju bertompok, ada kesan biskut kat baju pun. Biasa je tu.

Huhu.. bila dah jadi mak ni.. banyak perkara kena diabaikan..

Redha

Luckily, at the other part.. Menjadi seorang IBU adalah sangat menerujakan. Perasaan yang tidak pernah sama dengan segala keterujaan yang lain.