
Ibu suruh Cha lah yang minum susu tu, bukan kasik Pooh minum
Beginilah setiap malam bila mahu dodoikan anakanda kesayangan hamba ini. Kita hulur botol kat dia, dia amik tapi terus dia bangun carik patung-patung beruang yang ada berdekatan dan bagi susu kat bear. Malam kelmarin, Pooh ni jadik mangsa.
Tapi aku gelak je lah.. dia pandai buat gini pun aku yang ajar. Aku yang main-main bagi hulur botol susu dia kat patung-patung beruang tu kan. Harus la dengan sepantas kilat dia meniru. Budak baya-baya ni kan copycat terhebat. Buat sekali, terus dapat. Maka, mulai sekarang kena sentiasa berhati-hati dengan kata-kata dan tingkah laku. Jangan sampai anak berkelakuan dan bertutur tidak senonoh disebabkan didikan dari kita.
Sekarang sangat mudah dia ikut apa yang kita cakap. Sebut 2,3 kali, terus dia bleh ikut. Tapi haruslah dengan pelat dia tu. Semalam layan gambar binatang, aku nak tergelak dengar dia sebut 'lion' Dahlah gayanya macam susah sungguh nak sebut 'lion' tu..
*nak kena bawak Cha gi zoo la.. jgn nanti dia nak kiss lion sudah. semalam berkali-kali dia kiss lion dalam buku. nampak gajah dalam TV pun dia kiss

