10 March 2012

Mangkuk Princess

Alaha anak aku.. dapat mangkuk sebijik gembira bukan main. Suka habis dia ngan mangkuk princess dia tu. Sendiri pilih. Tapi tak 100% pilihan dia lah, harus aku tonggeng belakang mangkuk tu tengok harga dulu. Hehehe.. ikut dia, dia amik yang sebijik RM20++ sesaje. Huhuhu..selera tinggi anak aku ni. Tak berbaloi la Eisya sebijik mangkuk sampai RM20++. Belas2 pun ibu letak semula. RM6 sudah.. (:

Ibu tolong pilih lagi best pe.. Barbie ada, Cinderella ada.. Semua princess ada. Ni la namanya pembelian berbaloi-baloi Cha.

Masuk kereta terus konon-konon makan guna mangkuk baru.


Eisya.. Eisya.. sekarang tak layan dah Gyro Bowl dia. Makan anggur nak dalam mangkuk princess, makan nasi mangkuk princess. Semua dia suruh isi dalam mangkuk baru dia ni. Suka bebenor gayanya. Tapi yelah kot, dah lama giler kot aku tak belikan mangkuk berkonsep girly gini. Balik-balik ikut selera aku. Manalah dia berkenan. Beli kasut pun ikut selera ibu, tapi sejak dia dah pandai memilih ni. Redha lah.. terimalah hakikat anak aku kecik lagi. Masih budak-budak, harus la yang dia berkenan smua mesti ada Hello Kitty, ada Garfield..

Ikut kamu la Cha.. tapi nanti dah besar skit kita boleh gi shopping sama-sama eh.. Tak sabar ibu nak tunggu waktu tu Cha..

06 March 2012

Eisya & riadah

Eisya sekarang pantang nampak playground, terus dia 'maman' Dari dalam kete pun dia boleh menjerit-jerit minta nak keluar gi 'maman' Kemaruk dah anak aku tu. Kalau dah bagi, bukan reti sekejap. Dah berpeluh-peluh dah ibu ni hah turun naik ikut dia main, dia tak jugak puas. Nak dibiarkan lepas main sorang-sorang tak pass lagi nak memanjat tangga segala. Nak tak nak kena juga join dia main sama.

maman!! maman!!
budak tengah tak tahu nak tuju mana dulu. tapi aku tau dia tengah seronok tgk patung lion ngan dinosaur time ni

Loteh weehh.. badan dah lah x berapa cergas. Tapi demi anak, layan je lah.

Paling senang keje, masukkan dia dalam swing ni. Hayun je lah, selagi dia tak nak turun, hayun je lah. Pastu hangin je lah budak lain menunggu dia turun. Nasib kat Tasik Perdana ni swing dia melambak.

-amik gambar guna handphone, ginilah gayanya- Seronok aku tengok playground super bagak dia. kawasan ni sesuai gak nak buat potluck birthday gathering kita nanti.

Aktiviti bawak Eisya ke playground ni macam dah wajib la pulak. Every weekend mesti bawak dia keluar gi mana-mana taman. Bagi dia lepas bebas, berlari sana. Yelah, nursery dia kan indoor. Seharian dia duduk je dalam bilik, kesian dia. Tu kadang kalau asyik duduk dalam rumah je mesti dia cranky. Buat perangai. Pastu pantang pintu terbukak, cepat-cepat dia amik kasut berlari keluar rumah. Pastu punyalah seksa nak ajak dia masuk rumah semula. Budak dah besar, dah pandai bosan dah.

Sekarang pantang kalau tengok kita bersiap, terus dia peluk kaki 'ikutttt' Lagi-lagi kalau abah dia yang bersiap, tak dapat ikut meraung-raung. Tapi aku umpan BoboiBoy je. Diam terus. Biar pun dah ulang entah berapa ratus kali, dia tetap syiok layan. 

Tapi bukan anak je yang asyik duduk memerap dalam rumah. Ibu dia ni pun sama je.

tiada apa yang lebih bermakna selain melihat anak kegembiraan.