08 October 2012

Tembak!!!

Weekend yang super padat. Letih. Tapi macam biasa, seronok.

Hari minggu dimulakan dengana aktiviti sehat. Pagi-pagi dah bangun keluar rumah menuju ke Taman Melawati. Ada aktiviti sehat bersama rakan-rakan . Memang bertuahlah sebab mak mertua dan adik ipar ada kat rumah, boleh tinggalkan Eisya kat rumah sekejap. Kalau nak mengangkut dia sekali, leceh jugak jadiknya. Mau janji pukul 8am, kul 9.30am baru aku muncul.Bila keluar tanpa Eisya, memang rasa macam pelik. Macam ada yang tak kena bila takde budak kecik terlompat-lompat kat seat belakang sambil terjerit-jerit. Rasa janggal. Tapi sekali-sekala merasa 'bujang', best jugak.

jarang dapat peluang macam ni. selalu mesti ada Eisya menyelit kat tengah.

Jom kita ber'paintball' dengan penuh ketenangan sebab takde budak kecik yang akan mengekor.

Ni kali ke-2 aku main paintball, kali pertama awal tahun aritu. Walaupun sakit bila kena tembak, lebam sampai berminggu-minggu, aku tetap teruja bila geng-geng opis ajak gi 'menembak' Bukan selalu dapat beriadah dengan aktiviti ekstrem macam ni. Ditaja 80% pulak tu. Rugi kalau tak turut serta. Baju dapat, makan dah tersedia. Tu yang semangat muncul awal pagi tu. Ingat senang nak bangun pagi hari Sabtu.

Kali ni main di Kombat Zone, Taman Melawati. Best. Ada 3 fields. Padang best, sangat mencabar sampai tercabut tapak kasut aku. Seluar kotor macam baru keluar hutan. Beriya sungguh mainnya. Haruslah, kenalah berkobar-kobar. Tapi sebab teruja sangat nak 'berperang' lupa nak warming up. Akibatnya, rasakan lah sakit-sakit peha arini. Rasa macam mengalamai kecederaan otot.

para marshal sedang menyiap sediakan peralatan perang

aksi kena lebih. ni nak main untuk suku akhir ni. nak kata hebat lah tu konon. main peringkat saringan terror je, masuk je suku akhir terus kalah.

lawan team dia ni lah, terus kalah tau.. sedangkan tadi dah leading dah

Tengahari ada BBQ. Lepas penat-penat berperang, dijamu pulak dengan ayam panggang, kambing bakar.. terduduk masing-masing. Lepas isi perut penuh-penuh, masuk padang semula. Tu yang terus performance merosot. Dah tak larat nak tunduk-tunduk elak peluru sesat.

makan time!!!

Ini memang aktiviti yang menyeronokkan. Tercapai objektif nak merapatkan ukhuwah antara kakitangan. Walaupun aku bukan lagi warga CKJG, aku tetap rasa macam masih salah seorang dari mereka. Walaupun kalah, puas hati. Puas sebab dapat main sampai macam tak larat. Walaupun misi aku nak menembak Ekwan gagal, seronok. Tahniah kepada yang menang. Tapi apa kata 'repeat jom!!!'

Tak pun next time kita go-kart lah pulak. Asyik paintball je, bosan nanti.

Tahniah kepada pasukan juara.

03 October 2012

Akhirnya

Bila perlu menghadapi perpisahan, aku memang emosional terlebih. Bukan setakat dengan insan bernyawa, terpaksa berpisah dengan benda tak bernyawa pun aku sedih.Lagi-lagi yang banyak sentimental value. Achik sedih. Dah 5 tahun aku bersama, banyak khidmat jasa dia kat aku. Tahu-tahu terpaksa berpisah. Macam tak rela dan tak setuju, tapi bila difikirkan demi keselesaan di masa hadapan, aku relakan.

Ini betul-betul namanya rela dalam paksa. Tapi redha. Dan akhirnya menjadi ikhlas. 

Aku sayang Myvi aku tu. Harta pertama yang beli sepenuhnya dengan hasil duit gaji sendiri. Lepas 6 bulan keje. Gaji pun boleh tahan. Time bujang rasalah gaji banyak, takde pape komitmen. Tu yang terus rasa 'baik aku beli kereta' Disokong pula oleh kekasih hati. Makin laju jadiknya. Sedangkan bukan perlu sangat pun kereta tu. Gi keje naik LRT jugak. Nak pakai buat dating je. Hahaha..Sejak ada kereta sendiri, berakhirlah fasa kehidupan pulang ke kampung halaman naik bas Tranasional. Dan setiap Oktober, time gaji sayu je sebab kena renew roadtax dan insurans. 

Orang nak pakai kereta, dia pun nak jugak. Rasakan lah..Tapi kereta ni memang keperluan okay. Selagi sistem public transport kat Malaysia masih di tahap kena menunggu lama, kena transit dan still kena berjalan kaki jauh untuk sampai ke destinasi, kenderaan sendiri adalah pilihan terbaik.

Dulu masa beli tak mengandaikan akan berkereta sepenuhnya ke tempat kerja. Kononnya aku ni akan tetap gunakan LRT, dan Ekwan akan tetap naik motor. Tu yang tak terfikir nak beli kereta bergear automatik walaupun semua dok kata 'duduk KL ni mana larat bawak manual..' Tapi degil, tetap gak nak manual. Salah satu sebabnya murah. Murahlah sikit dari kete auto. Pastu konon kereta auto tak berkuasa tinggi macam kereta manual, tak boleh pecut laju, lambat pick-up..kononnya... Tapi sekarang bila setiap hari kena bawak kereta pergi kerja, duduk jauh pulak tu. Lambat je sikit jalan sesak macam apa, terus rasa 'kan best kalau kete ni auto' 

Dah lah dua-dua kereta manual. Tiada pilihan langsung.

Cuba bersabar. Harung selagi mampu. Tapi akhirnya dah tak terbendung lagi kot. Kita yang bawak sekali-sekala ni boleh lah bersabar. Yang menekan clutch setiap hari tu?? Tak mampu dah nak bertahan. Dia kata kaki dia makin lama makin pendek, asyik tekan clutch je. Lawak je. Dan akhirnya aku redha dan setuju dengan idea menukar ganti Myvi manual ini ke kereta bergear autoamtik. Tak rela aku tengok kaki laki aku makin lama makin pendek. Dah la sedia ada tak berapa tinggi, hilang 2-3cm lagi kang, tak pasal-pasal je.

Aku sayang kamu wahai Vito. Banyak jasa yang telah engkau curahkan untuk aku sekeluarga. Namun jodoh kita tak panjang. Sampai disini sahaja. 5 tahun kita bersama. Kamu memang sangat baik, tak pernah meragam. Bagus. Dan semoga kamu akan bertemu dengan bakal tuan baru yang lebih baik dari aku dan Ekwan. Yang akan jaga kamu sebaiknya. Sungguh aku sedih sebenarnya.

*aku emosional. iye. sebab memang betul-betul sayang