21 January 2013

Review: Borneo Highland Resort, Kuching Sarawak

Setiba di Sibu, malah sebelum tiba lagi akak biras aku dah maklumkan nak bawak kami ke tempat ni. Diaorang sekeluarga dah pergi time cuti sekolah hari tu. Kira ni repeat vacation lah untuk diaorang sambil bawak kami yang datang dari jauh ni berjalan. Tengok gambar-gambar yang Kak Fatin posted memang cantik tempat ni.

Dan bila dah sampai sendiri, iye. Tempat ni sangat tenang. Dah lah sejuk, ya Allah, nikmat sungguh ciptaan Ilahi. Perjalanan sejauh 450km, duduk 6 jam dalam kereta adalah sangat berbaloi. Tapi kalau dari Kuching dekat je rasanya, lebih kurang sejam je.

Kami ke Borneo Highland Resort, Kuching Sarawak. Nak sampai ke atas ni terpaksa melalui jalan macam nak ke Genting Highland, tapi jalan dia tak secantik dan lebar macam ke Genting. Dan lagi berselekoh. Sampai muntah-muntah Eisya dibuatnya. Tapi sejuk je sepanjang nak sampai ke atas tu. Memang 'Back To Nature, Back To Basic' Dan yang lagi menarik, makanan kat sini adalah berasaskan sayur sahaja. Tiada ayam, daging dan juga seafood. Tapi jangan risau sebab sedap. Mungkin sebab segala bahan adalah segar, tu yang makan bendi masak kari pun sedap.

kesian Eisya, pening kepala jalan selekoh tajam je. siap dah tadah plastik dah. tapi akhirnya atas seluar ibu jugak dia muntah.

Tempat ni abang ipar aku jumpa masa dia berlegar-legar di atas awan. Tengah-tengah hutan, tiba-tiba ada resort. Dan dia google, dan merasa sendiri. Sebab berkenan dengan tempat ni, dibawanya kami ke sini sekali lagi. Dan  kami juga sangat suka. 

Bagi aku tempat ni sangat best, dan harga adalah sangat affordable. Boleh lah dikatakan murah, untuk Bilik Deluxe (one king size bed) hanya RM170++ semalam. Duduk hotel tengah bandar tanpa pelbagai kemudahan pun belum tentu dapat harga ni. Bilik pun sangat best, view sangat menenangkan. Bestlah. Sape yang duduk kat Kuching patut pergi. Kalau nak honeymoon tempat ni memang sangat sesuai. Sebab tempat ni sangat tenang, sunyi je. Rasa macam kat private resort pun iye.

Indah kan, masuk-masuk je bilik dihidangkan dengan pemandangan secantik ini. Tenang sungguh rasa. 
Dah lah sejuk. 

di laluan masuk menuju ke reception area

eisya dan abah pun nak jugak gambar depan ni

Kat mana tempat ni? Aku pun tak berapa pasti, yang aku tahu kalau nak ke sini, cariklah Jalan Puncak Borneo dalam GPS tu. Takpun carik je Borneo Highland Resort. Sampailah korang ke sini. Tapi GPS yang Proton bagi sekali dengan Exora tak berjaya jumpa tempat ni, selamba je kata 'The place is isolated' GPS smartphone gak yang jumpa. Dan yang lagi aku pasti dia kat Padawan. Padawan tu kat Kuching lah kan. Sila betulkan fakta aku kalau aku salah.

Jumpa signboard ni, teruskan perjalanan ke hadapan lagi, sikit je lagi. dalam 200m  *klik gambar untuk maklumat lebih jelas*

bergambar berlatar belakangkan pos kawalan imigresen sempadan Padawan

*bilik dia aku review next entry lah eh.. jangan risau, aku tak amik masa yang lama. aku macam tak suka nak kumpul semua dalam satu entry. selain boleh menambah bilangan entry, takde lah korang penat hadap satu entry berjela-jela. 

Bukit Aup, Sibu Sarawak

Bila ditanya 'apa best kat Sibu? nak jalan-jalan mana?' Memang agak sukar nak menjawab sebenarnya. Abang ipar aku samakan Sibu macam Subang Jaya. Boleh lah. Tapi aku tak duduk lama kat Sibu, maka tak boleh nak komen lebih-lebih. Tidur semalam dan terus ke Kuching. Tapi petang sebaik tiba di Sibu, kami dibawa ke Bukit Aup. Bukit Aup ni umpama taman-taman tasik kat KL ni lah, cuma berskala kecil. 

Sampai-sampai je anak aku dah nak terjun tasik tangkap ikan. Teruja melampau.

sibuk nak bagi ikan makan.


sangat seronok bagi ikan makan. ikan sangat banyak. 

banyak kan ikan. ni kat depan kitaorang, yang kat bahagian lain pun melambak. memang tasik ni penuh dengan ikan-ikan ni je. FlowerHorn pun ada


Dan merasalah aku kena paksa mendaki tangga hingga ke Sibu Viewpoint. Letih. Achik dah lah tak fit dan cukup berstamina. Tercungap-cungap ok. Tapi anak-anak sedara aku selamba je berlari panjat tangga tinggi-tinggi tu. Dan haruslah anak aku pun nak join sepupu dia. Dan haruslah aku temankan dia. Tak cukup berani aku nak lepaskan dia mendaki seorang diri.

Sambil teman anak, sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi.

Pemandangan Taman Bukit Aup, Sibu dari pertengahan bukit. Ni baru separuh pendakian. 

Berhenti amik gambar keluarga. Anak-anak dah tak menyabar nak sambung mendaki.

Akhirnya sampai juga ke puncak. Peluh usah ceritalah. Jarang bersenam, ginilah gayanya. Tercungap-cungap. Tapi aku panjat lah jugak view point tower ni, nak tengok bandar Sibu. Tak nak rugi. Entah bila lagi nak sampai kan.

control je ni. dia pun sama gak tercungap-cungap macam aku.


muka orang kepenatan. berpeluh-peluh. tisu lupa bawak. air tak bawak. letih. tapi bergambar, tetap harus.

Bukit Aup ni lawa, menarik tempat dia. Tapi macam tak berjaga sangat. Lagipun struktur dia banyak gunakan kayu. Nampak usang. Masa nak panjat tower ni pun aku cuak gak. Tapi redah je. 

plan view

dari tangga menuju ke bawah

Kampung Budaya 1Malaysia

Hah, depan Bukit Aup, seberang jalan je ada Kampung Budaya 1Malaysia. Boleh lah pergi minum petang melepaskan lelah kat situ, dan pastu jalan-jalan lah kat dalam tu. Masuk percuma je.

Ada je lokasi menarik di setiap tempat,sama ada diketahui dengan tidak je. Maka kenalah rajin bertanya. Tak pun google je. Sekarang ni macam-macam ada.