01 July 2013

Fokus.

Aku terpaksa mengaku, aku ni bukan rajin orangnya. Lagi-lagi bab mengemas. Asal boleh je. Asal tak serabut tahap sendiri rimas sudah. Aku tak pandai nak susun barang elok-elok, kemas dan nampak teratur. Aku jenis yang humban semua benda dalam satu tempat, pastu kalau boleh sorok, sorok. Tersurat nampak elok je, hakikatnya, kau bukak je terus tersembur semua bersepah. 

Kitchen cabinet aku huru-hara, dish rack aku bersepah. Pinggan mangkuk kat rak pinggan bercampur aduk. Peti ais pun aku main sumbat je. Tu baru dapur. belum tengok stor. Lagi haru. Dengan kain baju melimpah ruah dari bakul. Aku ada beli rak kayu kat IKEA, tapi aku tak berjaya susun kotak-kotak dengan teratur kat atas rak tu. Dan lagi satu kawasan horror kat rumah tu adalah bilik tengah. Paling horror sebab dia pegang banyak fungsi, itulah bilik komputer, itu bilik wardrobe, dan situ jugalah bilik tidur Eisya. Rumah kecik, barang menimbun ginilah gayanya.

Tapi aku tahu, semua tu bukan alasan. Aku sepatutnya mampu dan boleh susun barang-barang kat rumah aku supaya lagi teratur dan kemas.

Kena mula sisihkan barang yang tak perlu dan buang mana yang tak pakai. Mungkin aku patut mula terima hakikat bahawa baju-baju lama aku, baju-baju zaman anak dara tu semua memang tak kan mampu aku sarung semula. Kena redhakan diri dan masukkan semua tu dalam kotak dan keluarkan dari rumah. Sediakan ruang untuk baju-baju baru. Buku-buku zaman study pun boleh hantar balik kampung kot. Tak pun boleh longgok kat opis je. Ye, penuhkan book shelf kat opis ni.

Belum bilik air lagi. Belum ruang kat belakang yang aku jadikkan laundry area. Tu lagi sadis. 

Baik, marilah mula menyusun dan mengatur segala barang yang ada kat dalam rumah ni. Mulakan dari dapur, tapi nampak gayanya aku macam tak boleh nak fokus. Semua aku nak buat serentak. Dayu, fokus please!!  Bagusnya kalau aku lakukan semua ni masa mula-mula masuk rumah ni dulu. Tak payah aku nak kena keluarkan semua barang dan susun semula macam sekarang. Tapi aku kena mulakan dari sekarang. Sebelum jadik lagi kritkal. Kena rancang nak mula dari mana. Rasanya dapur dulu kot. Fokus!!

Perlu amik cuti ke? Mungkin.

+ source +
kalau dapat susun kabinet aku kemas macam ni mesti aku sentiasa akan pastikan dia tak kan huru hara semula. lepas guna mesti aku susun elok-elok semula.


28 June 2013

Eisya dah besar

Sekarang aku tak payah beli diapers lagi. Hoyeay!! Jimat RM70 sebulan.

Iye, Eisya sudah diaper free sekarang. Tapi belum sepenuhnya lah, tapi sebagai mak aku tetap bangga dengan pencapaian cemerlang Eisya. Anak aku dah besar, dah pandai. Dah boleh buang air kat bilik air macam orang besar. Tapi masih tak boleh nak tanggalkan sendiri seluar kalau nak masuk bilik air, mesti dia carik aku atau Ekwan 'abu, nak iyak' Pastu berlari-lari lah kami 2 beranak ke bilik air. Paling kelakar bila dia dah terjoget-joget tahan kencing. Sayang sangat nak tinggal kartun kat TV, gitu lah jadiknya.

Secara rasminya, dah 2 minggu Eisya tak pakai diapers kalau dia berjaga. Aku pakaikan time dia tidur je. Usaha aku nak men'diaper free kan Eisya pasti tak berjaya kalau cikgu kat nursery dia tak beri kerjasama. Terima kasih Shima sebab tolong akak potty train Eisya. 

Sebelum Eisya 3 tahun dulu, aku pernah cuba untuk ajar dia tak pakai diaper, tapi usaha aku gagal. Dalam sehari, sekali je dia pass. Yang lain semua melepas sesuka hati dia je, atas kerusi, depan tv, kat dapur.. Dia macam masih belum paham. Dia tak tahu lagi nak bagitau kalau dia nak membuang. Dan terus aku putus asa. Sarungkan diaper balik. Aku pun tak beranilah nak bagi dia tak berlampin kat nursery, kang kalau terbabas buat kena marah je. Kat rumah yang aku hadap dia sorang je pun aku boleh hangin, apakan pulak cikgu dia nanti.

Tapi 2 minggu lepas, tiba-tiba aku terasa sampai bila nak biarkan Eisya pakai lampin, makin hari makin besar. Dan aku tekad je Sabtu, 15/6/2013 tak payah pakaikan Eisya diaper. Alhamdullilah, usaha aku berjalan lancar, sekali je dia terbabas. Lepas-lepas tu dia dah pandai bagitau. Aku rasa kat nursery mesti dah ada budak-budak lain yang tengah potty training gak, mesti dia dah selalu tengok kawan-kawan dia bagitahu cikgu kalau nak kencing/berak. So dia rasa dia pun mesti buat benda yang sama. Budak-budak kan hebat memerhati dan meniru.

Dan aku beranikan diri bawak dia keluar tanpa diaper. Dan Alhamdullilah, sekali lagi usaha aku dipermudahkan. Eisya lulus cemerlang. Tapi kita ni kenalah rajin, sentiasa tanya sama ada dia nak membuang ke tidak. Pantang jumpa bilik air, memang aku angkut dia masuk. Dalam kereta sentiasa ada tuala dan baby wipes. Kalau nak jalan jauh, balik kampung ke mungkin kami perlu bawak bekalan air untuk kegunaan di masa kecemasan. 
Syabas Eisya. Anak ibu dah besar.

Dulu selalu tengok parent stop kereta tepi jalan, anak nak kencing. Sekarang giliran aku pulak.

*memang aku sarungkan Eisya dress atau skirt je sekarang. pastu sarung selipar je. senang nak mengurus dia di bilik air. kalau pakai jeans, pakai kasut leceh. tapi nanti kalau dah betul-betul terror, ibu gayakan awak dengan jeans dan boot semula eh..